Jumaat, 2 Januari 2009

SUARA HATI SAHABAT SEPERJUANGAN

Sekupangdua telah pulih, berikut adalah suarahati beliau;

Assalamualikum semua! Sekupangdua is back! terimakasih doa kawan2 ahkirnya teman udah semboh insyallah sehari dua aktif balik. HIDUP MELAYU! Allahuakbar!

Ya Allah kau berikan sedikit ruang & peluang serta kekuatan kpd sahabat2ku Apai, Tuah, Mamak, Putera Kuntakinte dan lain-lain moga mereka dikuniakan kesihatan yang sempuna, keluarga yg bahagia, hati yg cekal, islam yg penuh moga lahir diazankan dan perginya dgn ucapan kalimah Lailahaillalah Muhammad Rassullulah... kerana aku tahu ya Allah hati mereka perjuangan mereka, keiklasan mereka kerana mu ya Allah, tiada yang lebih berharga dari hati seorang pejuang bangsa & agama.


Catitan Penulis;

Selain ahli-ahli BPN, Sekupangdua, Kuntakinte, Mamak Haji, Apai Ngelai, Putera, Mok, Yeop KK, Battle Ship, Ikan Kecil, Bakal PM dan lain-lain juga adalah diantara sahabat maya penulis. Kami sama-sama berjuang tanpa mengira masa dan tenaga menyumbang apa yang terdaya bagi mempertahankan agama dan bangsa ini dari suara-suara sumbang maya.

Penulis amat sukacita kerana Sekupangdua yang jatuh sakit mungkin kerana terlalu giat berjuang telah kembali sembuh seperti sediakala. Alhamdullilah.

Pertalian persahabatan maya antara kami semua amat erat dan akrab. Persahabatan kami bukan pula disempadani atau dibatasi oleh wang ringgit, harta benda, rupa atau kedudukkan.

Tetapi persahabatan yang terjalin setelah masing-masing faham dan mengenali hati masing-masing, mengerti hala tuju perjuangan yang sama melalui suarahati. Ya, itulah suara tanpa wajah tanpa bunyi tetapi ikhlas dan jujur terpancar jernih dari hati.

5 Comments:

Mohammad Roslan said...

salam abng tuah,
Alhamdullilah..syukur sahabat kita sekupangduas sihat.Catatan abang tuah amat tersentuh dan terasa persaudaraan kita dalam zaman persaudaraan Islam tidak lagi dipentingkan dan diabaikan.Terima kasih saudar ku yang budiman.Hati tuan memang class sukar nak diucapkan dengan kata-kata.....Mamak doakan untuk semua saudara solat subuh nanti..insyallah saudar ku sekelian.

Tai said...

Semoga dia akan terus sihat dan dapat meneruskan perjuangannya.

Sangtawal Sakranta said...

salam abang tuah.

semoga beliau sihat dan diberi kekuatan untuk berjuang!

MAWAR BERDURI said...

salam abe tuah?

syahdu lah pulak post hari ni.sekupangdua? unik nama nya ada unsur2 lucu dan berupa wang ringgit

pa pun syukurlah ye dah sihat...tc

ikhlas dariku.

kuntakinte said...

salam, syukur pejuang kita sdr sekupangdua dah sihat walafiat... doa yg baik juga unt semua sahabat2 sekelian, terutama mamak jaga diri baik2 nooo.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online