PERSOALAN DARI SHA….
Ok sya nak menjawab soalan diatas,yang dibangkitkan oleh Abang Tuah BPN...Isu yang dibahaskan ialah masalah sosial...Abang Tuah kata isu tudung ni di politikan,dimana kebenarannya???Memang bila anak kita dalam rumah kita dijaga dan diberi pendidikan agama akan baik adanya dan segala kesilapan boleh tertanggung kepada kita,akan tetapi jika anak kita keluar dari asuhan kita melihat dunia yang penuh dengan masalahnya ia salah siapa??salah ibubapa??atau salah pemerintah???...
Siapa yang memerintah negara ibubapa atau pemerintah???Kalau anak yang baik pun bila dia didedahkan dengan perkara yang tak baik melebihi yang baik so apa cerita...takan salah ibubapa lagi kot!!!
Pemimpin yang tak jaga negara dan asyik dedahkan anak muda dengan kelalaian dan keseronokan hingga melibatkan banyak masalah sosial berlaku itu antara puncanya!!!Pusat Hiburan yang bersepah-sepah hingga tak terkira banyaknya....
Bab tudung ni ingat RAKYAT melihan acuan diatas...anak kecil melihat tauladan ibubapanya,so kalau yang diatas pun serabai yang dibawah apa macam!!!
PEMIMPIN HARI INI AKAN DITANYA OLEH ALLAH SWT NANTI,SEBAB ITU TANGGUNGJAWAB MEREKA..KALAU DITAKBIR NEGARA DENGAN KEBAIKAN MAKA YANG MENGIKUT AKAN SAMA BAIKNYA...KALAU TAK....FIKIR-FIKIRLAH!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
JAWAPAN DAN ULASAN ABANGTUAH…
Salam
Sha..sha..
Maaf abangtuah terpaksa mengatakan bahawa penjelasan Sha terlalu dangkal (singkat) , sedikit emotional dan kepartian.
Kenapa ye..selalu bersikap menyalahkan Kerajaan dan orang lain didalam sesuatu hal. Kenapa enggan terbuka sedikit…
Berkaitan agama dan iman. Ianya bukanlah semata-mata tanggungjawab kerajaan sahaja menentukan. Ia nya juga adalah tanggungjawab individu sendiri.
Sekiranya diri dan keluarga terdidik dengan ilmu agama yang cukup dan iman yang kuat makanya datanglah sekelian dugaan dan badai tetap mampu di harungi juga.
Insyallah jika anak-anak dilentur dan di bentuk dengan baik oleh ibubapa penjaganya ianya akan selamat mengharungi waima apa jua dugaan yang datang. Sebagai contoh Sha dan Ummi sendiri...apakah pernahkah terjerumus didalam kancah maksiat ? ..hahaha...(Jawab)
Jadi disitulah madsud abangtuah..walau dimana kita berada..jika cukup ilmu agama didada maka tentu selamat.
Jadi dimana salahnya Kerajaan pula. Wal hal, Kerajaan telah pun menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya iaitu menyediakan berbagai kemudahan bagi rakyat untuk mempelajari ilmu agama bagi membentuk diri dan keluarga.serta masyarakat.
Apa kemudahan agama yg masih tidak mencukupi yang belum di sediakan oleh kerajaan...surau..mesjid...imam-imam...sekolah agama...universiti islam...ustad...ulama...bahan bacaan dan rujukan agama...program dan rancangan keagamaan...kuliah-kuliah...Cuba sebut apa yang tak mencukupi lagi? Malah Malaysia inilah antara Negara Islam yang terbaik dari segi pendekatan dan dan perlaksanaan serta penerapan nilai-nilai islam kepada penganutnya.
Kenapa semua ini Sha dan kaum semertabat enggan lihat…enggan tafsirkan dan terjemahkan. Apakah perkara yang baik dibuat oleh Kerajaan itu amat memedihkan mata Sha…membingitkan telinga Sha.
Kenapa perubahan yang amat ketara dalam masyarakat islam dari segi kefahaman nilai-nilai dan ketakwaan mereka jika dibandingkan dalam tempoh 30-40 tahun dahulu tidak Sha fikirkan..tafsir dan bandingkan dengan sekarang. Apakah kejayaan Kerajaan membawa nilai-nilai Islam dan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam jiwa masyarakat membuatkan Sha sakit di jiwa.
Kerajaan sebenarnya telah berjaya Sha…walau pun belum sepenuhnya tetapi telah berjaya dengan cara beransur-ansur…berterusan menanamkan nilai-nilai keislaman dan ketakwaan kepada masyrakat Islam di Malaysia ni. Kejayaan ini hanya dapat dirasa dengan hati yang terbuka…di lihat dengan penglihatan yang jujur.
Jadi salahkah abangtuah mengatakan bahawa isu tentang bertudung dan segala hal yang ditimbulkan oleh Sha dan pihak PAS hanyalah retorika politika PAS sahaja. Sebagai senjata utama sahaja..untuk meremehkan…mencemuh Kerajaan yang ada.
Kenapa Sha tak tanya sebab abangtuah berkata demikian. Sha..Sha.. ini adalah kerana segala usaha dan kebaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan tetap PAS enggan ikhtiraf…enggan terima sebagai satu kejayaan. Malah tetap di cemuh..diremehkan hanya kerana ianya diusahakan dan dilaksanakan oleh Kerajaan.
Abangtuah tetap percaya sekiranya para isteri pemimpin negara semua bertudung,,tentu akan dicari lagi kesilapan-kesilapan yang lain untuk di ketengahkan..untuk dijadikan senjata bagi mencemuh segala usaha kerajaan. Heheh..mungkin agaknya di intai sama ada mereka bersetokin atau tidak…..Aktibiti tersebut hanya akan berhenti sekiranya PAS atau PR berjaya memerintah.
Itulah sebabnya tetap abangtuah terpaksa mengatakan sebahagian blogger PR gagal dalam kejujuran iaitu blogger bermisi…dengan usaha-usaha mencemuh..meremeh dan seterusnya mengobjektifkan kejatuhkan kerajaan.
Ya Sha, benar pemimpin kelak akan disoal diakhirat tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka didunia…Tapi kenapa persoalan ini hanya Sha tujukan kepada Kerajaan UMNO/BN…Kenapa pula Sha gagal melihat…menganalisa dan seterusnya terjemahkan didalam bentuk penulisan kegagalan pihak Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan PAS atau PR mengekang segala kegiatan maksiat di negeri dibawah penguasaannya. Malah negeri tersebut kegiatan maksiat..arak…judi…masih beterusan.…hmm..mungkin lebih teruk lagi agaknya…hahaha..tak percaya tanya Perak Bangkit.
Jadi kenapa segala kenyataan sumbang hanya untuk kerajaan UMNO/BN sahaja, tidak pernah untuk kerajaan PAS atau PKR atau DAP. Rasanya pemimpin Islam di negeri-negeri Islam tersebut juga tak terkecuali dari di persoalkan berkaitan tanggungjawab mereka diakhirat kelak.
Jadi apakah Sha juga berkata rakyat di negeri tersebut dan mungkin termasuk Sha sendiri terikut-ikut tidak baik kerana berada di bawah pemerintahan negeri tersebut.
Jadi sesekali tu berjalan-jalanlah…melihat-lihatlah dan tafsirlah lokasi-lokasi seperti Langkawi ke…Ipoh ke...
Semasa UMNO memerintah dulu kawan tahu keadaannya boleh dikatakan terkawal juga…Sekarang entahlah….Jadi Sha..jangan tutup hati tu..dan juga jangan butakan mata..kalau mamandang lihatlah secara jujur-sejujurnya..agar kelak tidak dipersoalkan pula tanggungjawab awak sebagai blogger yang jujur, adil dan saksama…keh..keh..keh
Dengar sini ya Sha dan kaum semertabatnya.
Dalam hidup Islam meliputi soal politik, pentabiran negara, ekonomi, sosial, seni dan budaya. Walau pun keduanya tidak dapat dipisahkan tetapi keduanya mempunyai sifat dan tabiat berbeza.
Islam sebenarnya membezakan antara permasalahan politik dengan agama dari segi cara pengarapan kedua perkara tersebut. Agama bersifat jitu dan tepat manakala politik bersifat umum yang sentiasa difikir.
Disinilah berlakunya salah faham bagi sebahagian penganut agama islam. Ada puak yang menyamakan kedua-dua perkara tersebut. Sebenarnya agama islam membezakan antara agama dan persoalan politik dalam pengertian yang sempit atau berbau kepartian.
Itu sebablah usah digunakan nama agama untuk kenyataan atau isu yang berbaur dan bermotifkan politik. Atau lebih spesifiknya usah digunakan agama untuk isu rhetorik demi kepentingan politik sempit.
Gunakanlah politik untuk kebaikan agama..seperti perpaduan ummah...pembangunan modal insan…kesejasteraan ummah…pembangunan negara…dan lain-lain yang baik-baiklah selain dari mencemuh sana…mencemuh sini.
POLITIK TU TAK SEMPIT TAPI HANYA INDIVIDU YANG BERPOLITIK SEMPIT.
ITU SEBABNYA ADA SESETENGAH ULAMA YANG SENTIASA BERDOA AGAR DIJAUHI DIRI MEREKA DARI TERJERUMUS KE DALAM KANCAH KEJAHATAN BERPOLITIK SEMPIT.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
5 Comments:
salam abang tuah...ok first abang tuah teliti balik text sya tu dan tunjukan pada sya dimana ada ayat UMNO/bn..???adakah kerana sya yang menulis dan ia terus dituju kepada umno/bn???faham betul-betul siapa pun yang bergelar pemerintah ia pasti disoal tak kira parti kerajaan ke lawan ke waimah sekecil-kecil kita pun akan disoal..mungkin kerana sebutan PEMIMPIN NEGARA menbuatkan abang tuah merasa sya mengata hanya pada pemimpin UMNO/BN...
ok memang pemimpin ada siapkan kemudahan semua yang abang tuah sebut tapi dimana fungsinya???cukupkah sekadar dibuat masjid beratus ribu tapi hasilnya lebih banyak ruang kosong dari dipenuhi..dan Akhlak manusia bukan dapat dinilai dari banyaknya masjid-masjid..ini juga harus diambil berat oleh pemimpin,menyediakan asas memang kerajaan sekarang bagus tapi dalam aspek memimpin Rakyatnya...bagaimana???
Rumah yang bagus ialah baik pemimpinnya..dan belum tentu juga rumah yang baik pemimpinya maka baik penghuninya!!!!cuba abang tuah lihat masalah sosial yang melanda negara hari ini...bagaikan tiada kesudahan..pemimpin harus mengambil berat kepada anak-anak muda yang akan mewarisi negara satu hari nanti!!Ok kita lupakan parti sebentar dan sya bukak isu ini kepada semua untuk fikirkan...ini bukan masalah parti tapi rakyat!!!!
Lagi sekali sya tegaskan sya tak melebelkan mana-mana pihak untuk isu ini siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya....
wassalam....
Assalamualaikum
Bagus abg tuah. Satu ulasan cukup menarik. Sebenarnya pembangkang mesti nak menentang walaupun ada sesuatu perkara itu benar. Kalau menyokong bukanlah pembangkang namanya kan hehe.
"cukupkah sekadar dibuat masjid beratus ribu tapi hasilnya lebih banyak ruang kosong dari dipenuhi..dan Akhlak manusia bukan dapat dinilai dari banyaknya masjid-masjid"
Hurmm isu masjid kosong yek. Boleh saya beri pendapat?
Muazin melaungkan azan lima kali sehari. Dan azan ini boleh dilaungkan tanpa halangan seperti di Singapura. Tapi mengapa masih kosong ye? Ianya berbalik semula kepada jawapan iman. Iman dibentuk oleh diri sendiri dan terlebih dahulu dibentuk oleh ibu bapa. Bukan oleh orang lain. Dan hidayah pula diberi oleh Allah S.W.T. Bukannya manusia.
Rasullullah S.A.W pernah bersabda, Didalam diri manusia ada seketul daging, Sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan. Sekiranya daging itu buruk maka buruklah seluruh anggota badan. Maka ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.
hati yang tidak disinari iman, walaupun dia tinggal disebelah masjid sekalipun, dia tidak akan masuk ke masjid. Percaya atau tidak itu adalah kebenarannya.
Dan saya ada soalan.
Rasanya sepanjang ingatan saya, tiada masjid didalam kawasan UMNO mengeluarkan khutbah, ceramah yang menghasut, memburuk dan menghina orang lain serta parti lawan. tetapi mengapa ceramah agama PAS di masjid boleh mengeluarkan kenyataan buruk sedemikian?
Maaf sekiranya ianya lari dengan soalan sya tetapi ianya tetap berkait dengan masjid, rumah Allah S.W.T.
salam Sha,
ambOi-amboi, beremOsinya apabila kemukakan usul.. Em.. Sha sendiri kata "PEMIMPIN NEGARA". pemimpin negara itu berasal daripada parti yang mana?PAS KER? atau PKR? BN kan, sebab itu abg Tuah beranggapan bahawa Sha kata itu dituju khaskan kepada Parti BN,UMNO.. Jangan salahkan Abg Tuah pulak yer..hehe. Jangan marah sha nanti cepat tua:) Wssalam.
Yang tak cukup lagi adalah iman, kefahaman agama dan tindakan berdasarkan lunas agama
Tumpang Iklan:
Kepada penyokong-penyokong DSAI sila kunjungi http://ayorlemuju.blogspot.com/ untuk membaca posting terbaru penuh sensasi berjudul "MALU! Inikah kelaku bakal Perdana Menteri Malaysia"
Post a Comment