Jumaat, 12 Disember 2008

Surat terbuka siri 1 untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku Surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!

Selanjutnya>>>

Sumber : SANGTAWAL sakranta....



Penampilan terbaru Mr Surind
Kenapa Surind, sakit gigi jumpalah Dentist.


Ulasan penulis;

Lihatlah wahai rakan senegara ku Mr. Surind Raj, walau pun hati kami terluka oleh posting awak tapi kami masih tetap mampu berfikiran rational, masih mampu berhemah dalam mengeluarkan kata-kata. Lihat sajalah bagaimana lembut dan baiknya tuturkata surat terbuka sangtawal kepada awak. Itulah sebenar-benarnya kami, insan yang beragama, setiap sesuatu yang kami lakukan masih terbatas, terikat oleh norma-norma kemaknusiaan dan hukum-hukum agama. Begitu juga dengan agama-agama lain semuanya menyarankan agar penganutnya berbaik-baik terhadap satu dengan lain.

Jadi terimalah nasihat kami, hormatilah semua agama dan usahlah dicemuhkan apa-apa yang kita sendiri tidak mengerti hakikatnya. Usah jugalah dikaitkan agama Islam dengan mana-mana keganasan kerana agama Islam tidak sesekali menyeru atau menganjur kepada keganasan. Fahamilah, kami juga tidak pernah sesekali menyokong mereka yang melakukan keganasan diatas nama agama.

5 Comments:

Ali Abdullah said...

Salam abangtuah,

elok lagi abgtuah bagi gambar singa tu.. Cuba bagi sebijik gambar beruk tua yang dah hilang gigi! Tak ke naya mamat tu.

Ikut hati kawan surat yang dituju kat Surind tu bagi pampang besar2 kat harakah. Biar diorang paih tu tau yang kita ni sensitif juga hal agama tapi masih lagi boleh bertindak rasional..betul tak? Tak sampai nak mengkafirkan sesama sendiri...

Eh, ada tak dengar apa2 respon dari pihak pembangkang berkaitan hal nih? Diorang ada hantar bantahan ke? Kalau takde memang dah sah le tu kene pukau dek ilmu ala-ala babi tu!!

Mohammad Roslan said...

Kepada pengunjung non- muslim Mamak ingin memberi sedikit panduan untuk non-Muslim mengetahui serba sedikit Agama Islam dengan toleransinya.Semoga janganlah labelkan agama ini dari pandangan luar seseorang yang mengaku Islam tanpa mengerti apa yang disebutkan Islam.

Islam Tolerence Towards Non-Muslim.

Al-Quran 2:256
"There is no compulsion in Religion - Surah Al-Baqarah.

Al-Quran 16:82
"But if they turn away from you.Your duty is a clear delivery of the message(entrusted to you).

Al-Quran 6:107
"Yet if god so willed,they would not have ascribed divinity to ought beside him.hence,we do not made you to their keeper,nor are you (of your own choice)a guardian over them.

Al-Quran 17:53,54
"And tell my servants that they should speak in a most kindly manner (unto those who do not share theirbbeliefs)Verily satan is always ready to stir up discord between men,for verilly satan is man foe...Hence,we have sent you (un to me O prophet)with power determine their faith.

Al-Quran 21:107 to 109

"(O prophet)we have not sent you exept to be a mercy to all mankind.

Al-Quran 60:8

"Allah forbids you not,with regard to those who fight you not for (your)faith nor drive you out of homes,from dealing kindly and justly with them:for Allah loveth those who are just.

And In hadith by Bukhairi -prophet Mohammad s.a.w Said "Whoever hurts a non-muslim citizen of a Muslim state hurts me,and he who hurts me annoys Allah (Bukhari).

Surah Al-Israa':53 &54

Dan katakanlah (Wahai Muhammad)kepada hamba-hamba ku(Yang Beriman),supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran).Sesunguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antar mereka(Mukmin dan Kafir)Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

Surah Al-An'aam :107 & 108

Dan kalau menghendaki ,nescaya mereka tidak mempersekutukanNya;dan kami tidak menjadikan engkau(Wahai Muhammad)penjaga dan pengawal mereka,dan engkau pula bukanlah yang menguruskan hal-hal mereka kerana semuanya terserah kepada Allah semata-mata.

Dan jangan pula kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah,kerana mereka kelak,akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah kami memperelokan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka;lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Nota:
Allah telah mencipta masyarakat berbilang kaum,kebudayaan dan Agama dengan bersebab(contohnya kitab yang berlainan,undang-undang dan cara hidup)di Surah 5:48 Allah bersabda"semuanya akan pulang pada dia dan dialah mencipta kita untuk mengetahui perbedzaan.Bukan tugas manusia menetukan mana yang baik dan mana yang tak baik dengan akal fikiran kita.Menggunakan akal fikiran tanpa Iman yang benar kadangkala menyebabkan kekeliruan dan tidak mencapai keamanan didunia ini.

Captain Jack said...

Salam bg tuah...

Setelah kita semua berpakat menyiarkan artikel sangtawal, Jack berharap ada pihak yang tertentu akan mengambil tindakan terhadap laman blog surind tersebut..
Harap surind sudah terbaca artikel tersebut dan dapat pengajaran bahawa islam bukanlah seperti apa yang dia fikirkan.

Salam Perjuangan...

Jack Sparrow

kuntakinte said...

Salam, abangtuah, species bentuk macam si surind ni patutnya puak2 PAih kena jihad tarik dia masuk Islam, teman ingat mungkin dia sentiasa terdedah dan lihat gerak kerja penonjolan puak2 PAih macam taliban dan mula kaitkan Islam dengan berbagai persepsi.

Captain Jack said...

HANCURKAN BLOG IBLIS INI!!!!
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/2008/12/fake-police-report-filed-against.html

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online