Rabu, 10 Disember 2008

GEMPAR, 1000 PENYOKONG LARI.

1,000 penyokong PKR Padang Serai sertai MIC

KULIM 9 Dis. – Setelah sekian lama berasa tertipu dengan janji manis Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekumpulan 1,000 penyokong parti pembangkang itu di kawasan Parlimen Padang Serai bertindak keluar parti untuk menyertai MIC semalam. Mereka menyerahkan borang keahlian MIC kepada Setiausaha MIC Kedah, S. Ananthan pada satu majlis di Padang Serai dekat sini malam tadi. - Utusan


Pandangan penulis;

Penyokong sekarang telah sedar dan secara beransur-ansur akan meninggalkan parti kerana pemimpin yang hanya pandai bermain dengan kata-kata, dan juara dalam politik menjerit-jerit. Mereka telah mulai muak jemu dengan wakil yang tidak menunjukan kaliber dan telah tersedar hanya BN yang benar-benar mampu memperjuangkan dan membela nasib mereka.

12 Comments:

CaBaiKeRinG said...

hello orang penang

saya singgah lompat dari url surin..

saja nk kenal kenalan..

www.cabai-kering.blogspot.com

sila sila...

Tai said...

Ha, ini cabai kering, kalau buat gulai, sedap nak habaq bagi kat hang.

jadi, bagoihlah kalau depa dah kembali ke pangkuan BN. mailah kita sama-sama pulihkan BN.

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog surind.blogspot.com kerana Allah

Captain Jack said...

Baguslah kalau ada sebahagian dalam kalangan PKR yang telah boleh menilai Anwarisme secara jujur dan nyata. Sebenarnya bukan saja ahli PKR tersebut yang terpegun dengan sandiwara September-16 malah ia turut menggoda ramai golongan minoriti.

Dalam Islam, orang yang MENIPU dan BERBOHONG adalah tidak layak sama sekali diangkat menjadi pemimpin.

Salam Perjuangan...

Jack Sparrow

Cheguman said...

Salam,
Satu tindakan bijak oleh kaum India yang sudah dijangka. GAP sudah membisikkan perkara ini beberapa bulan lalu. Sebenarnya ini baru permulaan. Ramai

Cheguman said...

Ramai lagi yang akan menyusul...

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam,
selepas ini dijangka semua akan meninggalkan pkr yang penipu....

Ali Abdullah said...

Salam,

Keluar masuk orang pergi parti tu, pergi parti ni dah biasa dah.. Pakatan PKR,DAP dan PAS sendiri pun tak boleh tolong sesama sendiri, inikan pula nak tolong rakyat!

Kita tengoklah masa kempen kat Kuala Terenagganu nanti. Apa betul ke diorang nak sokong PAS bagi plak sokongan gila maut punya, atau sekadar macam sokongan yang PAS dan DAP bagi masa kat Permatang Pauh?
Itukah kerjasama dalam kamus Pakatan?

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com kerana Allah

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kadangkala orang bukan kaum India selalu sahaja memperkudakan mereka.Kaum India ini terlalu suka dengan hidup berillusi terutama amat sangat minat pada filem-filem.Ada pemimpin parti pembangkang kerajaan sengaja tonjolkan diri dia macam filem lakunan Rajinikanth "The Boss".Dia mengelarkan diri dia the boss.Orang-orang India yang kurang faham sejarah negara ini dan perlembagaan dikotak katikan pemimpin pembangkang ini.Sebelum PR12 undi kaum India boleh katakan 90% pada BN tetapi disebabkan silap mata yang ditunjukkan oleh pemimpin bangkang ini mereka telah diperdayakan oleh Illusi tukang silap mata ini.Ini baru 1,000 orang telah bangun dari Illusi tetapi bagaimana dengan orang Melayu yang masih sokong dia di luar sana!Bila kah mereka sedar dari ILLUSI pemimpin bangkang ini?.Wassalam.

Tai said...

Bukan saja melayu encik. Cina pun sama. Walhal mereka tak tau sejarah tentang bangkang ni.

kuntakinte said...

Salam, botak lagi kepala si Gopalakrishnan, ini lah akibatnya kalau Ahli Parlimen duduk sedap di Ipoh Perak jadi Wakil Rakyat di Padang Serai Kedah, kalau dah keling tak percaya pada keling siapa lagi nak percaya, AN War kena cari akai baru untuk tangkis isu ini.....

Rakyat mula tersedar dari kesilapan mereka, apabila susah, anak nak masuk Universiti, anak nak masuk sekolah asrama, nak minta kurang bayar bil hospital, nak minta wheel chair mak mertua tak boleh jalan dan seribu satu macam masalah, cari Ahli Parlimen kena jumpa di Ipoh mana boley tahan aneee.

Boleh ke kita bertahan setakat cari Wakil Rakyat setakat berkokok dalam dewan Parlimen je.... India dah sedar, Melayu camna.....

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online