Jumaat, 7 November 2008

MASIH TAK CAYA LAGI KA??







Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Pengerusi ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid (BN – UMNO)

Naib Pengerusi ialah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (DAP)

Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin MohamedAhli bagi kawasan Pulai (BN-UMNO)

Yang Berhormat Puan Tan Ah EngAhli bagi kawasan Gelang Patah (BN-MCA)

Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin SamuriAhli bagi kawasan Ledang (BN-UMNO)

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@WilfredAhli bagi kawasan Tuaran (BN-UPKO)

Yang Berhormat Tuan Liang Teck MengAhli bagi kawasan Simpang Renggam (BN-GERAKAN)

Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta LinggiAhli bagi kawasan Kapit (BN-PRS)

Yang Berhormat Tuan Lee Chee LeongAhli bagi kawasan Kampar (BN-MCA)

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji DahlanAhli bagi kawasan Kota Belud (BN-UMNO)

Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin AbbasAhli bagi kawasan Teluk Kemang (PKR)

Yang Berhormat Tuan William Leong Jee KeenAhli bagi kawasan Selayang (PKR)

Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin JaffarAhli bagi kawasan Tumpat (PAS)

Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam WeeAhli bagi kawasan Petaling Jaya Utara (DAP)

Sumber: pemudaenggang@wordpress.com


Penulis berpendapat, dengan begitu ramai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yg di ambil dari kalangan berbagai parti sudah tentu keputusan PAC tidak perlu dipertikaikan lagi.

Wahai pihak pembangkang, terima ajelah keputusan tersebut dan renti-rentikanlah, usah lagi dipertikai lagi integriti dan kredibiliti Kerajaan, dah muak dengar!!.

2 Comments:

Mamak Penang said...

Keikhlasan kerajaan harus dipuji dengan PAC tersebut.Sikap kerajaan sentiasa terbuka dengan pembangkang.Cuma pembangkang tiada sikap terbuka pada kerajaan..inilah masalah pembangkang di Negara ini.Apa jua kemajuan terbantut...yang amat menyedihkan ialah tiada seorang pun mengambil kisah tentang keselamatan anggota TUDM dan keluarganya yang terpaksa melalui lagi mimpi buruk setiap kali heli Nuri membuat penerbangan di udara!.Bayangkanlah bagaimana perasaan anda yang bawa kenderaan tiba-tiba brek kenderaan ada tiada berfungsi?.Begitu jualah keadaan anggota TUDM sekarang!.Satu ketika Heli Nuri dikatakan tak selamat digunakan tapi kerana birokrasi politik ia masih digunakan.Nasib Angkatan Tentera Malaysia selalunya bergantung pada keputusan reotrik ahli politik!.Keputusan-keputusan kerap kali digantung atau perkaaan yang lebih suka digunakan KIV dulu!.

Tentang rasuah ini di mana-mana didunia ada.Dinegara-negara maju mereka merasuah negara miskin untuk mereka sentiasa dalam era maju!.Di negara-negara membangun mereka sentiasa menerima rasuah untuk majukan diri mereka.Di Negara miskin mereka menerima rasuah untuk diri mereka dan juga untuk kelurga mereka.Rasuah dimana-mana bukan di kerajaan sahaja di sektor swasta lagi teruk...dari orang jaga pintu pagar hingga kedalam pejabat pengarah sentiasa ada rasuah!.Tentang pembelian senjata...lagi teruk cara pelobi-pelobi penjual senjata buat kerja.Parti pembangkang cuma tak dapat kadangkala mereka cemburu juga!.Tak akan bekas Menteri kewangan Malaysia dan yang digelar terbaik didunia (itu mat salleh kata ..orang penang pulak kata hapraak punya menteri!)yang menjadi ketua pembangkang tak terima kot!.Ini no.ekor punya duit pun kebas!tak akan tak rasa habuan kot?.Nak cerita pasai saham-saham free untuk wakil umno yang disogok unuk mengalahkan TGB tak akan dah lupa kot?.Mana dapat duit nak sogok lompat parti itu bukan rasuah kot?.Masa pilihanraya Permatang Pauh sogok tak akan perbuatan itu nak panggil rasuah...itu bukan rasuah...itu pemberian ikhlas dari bangau obama kot?.Jadi rasuah berada dimana-mana negara didunia.LKS nak bendung konon...Pas nak bendung konon..anwar nak bendung konon!.Tentang rasuah ini negara menteri-menteri negara maju lagi teruk!.

Sapa tak tahu cerita syarikat Lockheed dalam tahun -70an itu.Apabila lingkup syarikat penjual senjata termasuk kapal-kapal terbang awam dan pejuang F--104 starfighter lagi kecoh di merata dunia kerana skandal rasuah yang amat besar dan mengegarkan negara - negara maju seperti German Barat,Belanda,Italy dan juga Jepun.Sehingga bekas PM Negara Jepun Kakuei Tanaka didapai bersalah menerima rasuah dari pendedahan Pelobi Lockheed Earnest Houser pada dewan Senate Amerika sebab - sebab syarikat muflis!.Dengan itu selepas pendedahan PAC ini janganah tunjuk hero kononya ketua-ketua parti pembangkanglah orang yang paling jujur didunia!!!.

Mamak juga bukan mengatakan rasuah itu perkara biasa dan tak perlu ambil tindakan..tapi benci memainkan cuma isu ini tanpa bukti dan tanpa memikirkan keselamatan negara dan juga anggota TUDM adalah lebih-lebih macam nasi tambah!.Kerajaan yang memerintah ini bukan pandang ringan tentang amalan rasuah.

Punca Berlakunya Rasuah;

1.Kelemahan peribadi seperti kurang Iman dan Taqwa.Seseorang bukan tak tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan juga Undang-undang negara tetapi dilakukan dengan seribu satu alasa.Sikap mahu hidup mewah,riak,menunjuk-nunjuk,tamak,ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah.

2.Kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi.Pengurusan yang kurang penyeliaan,tiada pemantauan,lebab dalam menjalankan tugas danterbuka kepada penyelewengan khususnya dalam gejala rasuah!.

Soalan Lazim "Apa kerajaan UMNO buat selama 50 tahun?.

Jawapanya:

1.Menerapkan Nilai-nilai Islam di kalangan kakitangan pentadbiran kerajaan.Dengan ini dapat memantapkan Iman dan Jati diri.

2.Memasukan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan negara.Dengan mendedahkan gejala rasuah dan kesan terhadap negara pada golongan muda dari awal bangku sekolah lagi.

3.Meningkatkan penguatkuasaan Undang-undang dan juga hukuman yang lebih berat!.

4.Memudahkan urusan kerajaan dengan menggunakan ICT.

yang lain blogger boleh sambung je!.

Wassalam.

ApaiNgelai said...

Salam,

Permasalahan rasuah memang sudah sinonim dengan mana-mana kalangan ahli politik dalam menentukan sesuatu keputusan memihak kepada mereka. Amat sukar kita hendak membendung perbuatan ini jika tidak dibasmi dari peringkat akar umbi.

Kita sedih, pendedahan yang mengejutkan apabila aduan rasuah mengaitkan UMNO baru-baru ini bukan satu malah ratusan aduan. Ketelusan tidak akan ada dalam parti jika tiada ketegasan dalam perlaksanaan untuk menghapuskannya. Kini terpulanglah kepada Badan Disiplin untuk memantau perlakuan ini dari menjadi darah daging UMNO.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online