Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 29 Nov. -
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.
Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.
Baginya, pemimpin yang mengungkit perkara itu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.
''Selepas 8 Mac, kita berada dalam landskap politik yang baru dan semua tercari-cari macam mana nak posisikan diri dan perjuangan.
''Namun kalau letakkan diri dalam takuk lama seperti dalam keadaan pembangkang, maka akhirnya lebih baik mereka duduk dalam pembangkang,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.
Bagi Pemuda UMNO, katanya, sayap itu mengetahui dan memahami apakah sejarah dan kedudukan Perlembagaan negara.
Justeru menurut beliau, bukan cara Pemuda UMNO untuk menjadi relevan dengan mengungkit sesuatu perkara yang hanya boleh menyebabkan diri menjadi hero tetapi kemudian meletakkan rakan-rakan lain dalam situasi menjawab.
''Justeru kita selepas Mac ini mahu lakukan perubahan dengan mendengar apa yang menjadi kehendak ramai agar terus diterima semua dalam landskap politik yang baru.
''Saya yakin UMNO dan BN boleh lakukan tetapi nampaknya masih ada pemimpin yang belum lagi sedar bahawa mereka perlu berubah dengan melihat dalam konteks kaca mata baru,'' katanya.
Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada membangkitkan sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama.
Beliau berkata, rakyat telah mula muak dan penat dengan gelagat politik seperti itu yang lebih mencerminkan pandangan sesuatu individu itu sahaja.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat mahu pemimpin politik bekerja melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan setelah lapan bulan pilihan raya umum berlalu.
''Kita telah lalui pilihan raya dan orang nak lihat kita ke depan, laksanakan kerja kita. Kalau terbelenggu dalam isu seperti ini, bila kita nak buat kerja.
''Terbaru, orang yang meluahkan hal itu juga hanya membangkitkan sekarang, bukan dulu ketika berada dalam kerajaan, pegang jawatan Kabinet,'' tegasnya.
Sumber Utusan Online;
Penulis menyokong kenyataan DS Hissamuddin, penulis juga berpandangan isu-isu sensitif yang melibatkan sesitibiti kaum di Malaysia ni usahlah lagi di mainkan oleh mana-mana ahli politik demi kepentingan perkumpulan atau peribadi. Isu-isu sebegini impak risikonya amat besar kepada keharmonian bermasyrakat negara majmuk yang berbilang kaum dan agama ini. Perlembagaan yang gubal itu telah dipersetujui oleh semua kaum satu ketika dahulu, kenapa kini saban hari ianya kerap dipertikaikan. Oleh itu penulis berharap agar setiap warga Malaysia yang bertanggungjawab akan lebih berhati-hati dengan apa jua kenyataan sensitif yang melibatkan perlembagaan, kaum, agama dan adat-resam agar kita semua boleh menikmati keharmonian dan kedamaian bermasyarakat.
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
10 Comments:
Benar Abang Tuah..
Teman sokong 110 peratus tuan hamba..
Apa tunggu lagi Abang Tuah, gunakan tamingsari moden tuan hamba di blog ini..
kita hapuskan mereka dengan laser taming sari blog kita...
Serangggggggggggggggggggg .....
Dia sebenarnya adalah akibat pengaruh satu buah parti yang memang mempunyai semangat kebangsaan yang kuat tapi tak kena gaya. Parti ni adalah serpihan parti negara jiran yang sememangnya berdendam dengan kerajaan yang ada sekarang kerana tidak mahu mengwujudkan konsep Malaysian Malaysia.
Dan mereka lebih bersemangat untuk melaga-lagakan BN kerana ada segelintir bangsa melayu yang merupakan bangsa pengkhianat telah bersekutu dengan mereka. Jadi, marilah kita semua yang memahami sejarah negara ni, membanteras kebiadaban mereka yang sengaja ingin menghancurkan perpaduan Malaysia demi kepentingan sempit mereka.
Salam, kalau dah tak ter defend dik pemimpin sudah nya perang jugak kita ni..... ramai ke yang dah bersedia ni, teman risau cakap berdegor2 last2 ada yang terkecing2 dlm seluor. kiri kanan depan belakang atas bawah UMNO kena provok ni isu melayu ni...
Salam, teman kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dasambut pulak oleh parti komponen dalam BN, sedih teman lihat pemimpin2 UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti2 isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan orang2 melayu, bukan hanya untuk orang melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang melayu di mukabumi ini, kestabilan orang melayu bermaksa stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti cina dan india serta bangsa2 lain di malaysia ini.
Chua Soi Lek yang kita kenali tak bermaruah, Chua yang kita sedar tak beretika kini mengambil kesempatan untuk menjadi hero dikalangan bangsanya konon nya pejuang kepada bangsa cina mengunakan isu perkauman menghidupkan suara api pembangkang dalam komponen, Ketuanan Melayu di sentuh, diulang2 kan isunya, berkali2 kita perjelaskan maka berkali2 lah isu ketuanan ini diulangi semata2 bertujuan untuk kepentingan diri sendiri demi mempopularkan kepopulariti yang hilang sejak dia melakukan seks zaman kini, sudah tentu popular dikalangan bangsa cina akan di perolihi maka UMNO akan di benci kerana pertahankan isu tersebut. Akhbar Cina akan mula lah mempamerkan semula di dada akhbar mereka DS Hisham mencium keris, gambar KJ menunding jari kepada orang cina akan berulang2 ditayang kelak di dada akhbar mereka semata2 untuk memanaskan badan bangsa cina.
Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan melayu umpama melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itu lah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu yang disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Kesitimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, ini lah yang dikesan dan di cium oleh AN War dan pembangkang kelemahan UMNO dalam keadaan ini, itu lah kelemahan yang di lontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang recist. UMNO terpaksa bakar diri untuk menerangi melayu lain dan keseluruhan bangsa2 lain, ini lah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yag condong kura2 cuba memanjat, ini lah sedang berlaku, MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untong dengan senyum puas.
Chua Soi Lek di templak oleh Presidennya Ong Tee Kiat diatas keceluparannya, dan mengangap itu suara individu Chua Soi Lek untuk mendapat kepopulariti murahan, ini sedikit melegakan orang melayu, Ketua Wanita MCA turut mengambil kesempatan untuk popularkan diri dengan menyambung ungkapan jahat Chua, Presiden MCA perlu tegas, Ong perlu keras mengambil tindakan seperti yang diambil oleh UMNO terhadap suara berani Dato Ismail dengan mengantung keahlian UMNOnya, tetapi apakah tindakan MCA terhadap Chua dan Ketua Wanita MCA terhadap Isu yang serupa seperti Dato Ismail?, MCA perlu mengantung, mengugurkan jawatan mereka berdua demi menjaga semangat BN, celupar dan jahat tindakan mereka perlu dihukum tanpa kompromi.
Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati2 tetapi berani dan tegas.
Sedar atau masih lalai kah orang Melayu UMNO dan orang melayu keseluruhannya, mampukah kita hadapi keadaan ini, mampukah anak bangsa kita di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu, dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh melayu ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat2 cina yang dikuasai oleh cina secara total, apakah nasib anak cucu, cicit piat piut kita di masa mendatang, tak sedarkah oleh kita untuk bersatu kembali, perpaduan melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu, kita tersepit dalam isu ini, kita memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang melayu kini dilontarkan isu yang sama untuk kita pertahankan dengan di perhatikan oleh bangsa cina dan india dan akhirnya UMNO tidak mendapat sokongan. apa kah UMNO yang kukuh dan gagah perkasa sekian lama yang dapat mengatasi rekod pemerintahannya berbanding dengan parti2 besar lain di negara lain akan di robek2 di carik2 dengan gelojoh oleh bangsa cina dan india, apakah sejarah tanpa kubur seperti Parti2 besar seperti kongres di India, Gurka di Indonesia, Konsevertif di UK, LDP di Jepun yang berkubur tanpa Nesan akan berlaku kepada UMNO, mungkin YA atau mungkin TIDAK semuanya terserah kepada orang Melayu UMNO dan keseluruhan orang Melayu yang cintakan negara dan berkecuali.
Apapun aku berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar memelihara Agama Islam, memelihara Bangsa Melayu, memelihara Parti UMNO dan memelihara Negara, teman insaf diatas apa yang Engkau kurniakan dan jadikan adalah atas keredhaan mu jua, sesungguhnya padaMU jua aku berserah. amin ya rubil alamin.
Bagus! Suatu penulisan yang amat bersemangat. Ingat, melayu harus pertahankan hak tanahair ini. Ini Malaysia yang dulunya Tanah Melayu, milik orang melayu. Ingat, walau pun Umno buruk, tetapi dialah yang membela orang melayu selama ini berbanding dengan parti lain.
Pembangkang hanya mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak faham dan buta sejarah sahaja. Ini termasuklah orang melayu yang sanggup membantu si buta sejarah ini untuk menjatuhkan bangsa sendiri. hak dabn maruah bangsa digadaikan semborono.
kuntakinte
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
KENYATAAN YANG SENSITIF":
Salam, teman kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan,
atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dasambut pulak oleh parti komponen dalam BN, sedih teman lihat pemimpin2 UMNO terpaksa berhadapan
tanpa henti2 isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan orang2 melayu, bukan hanya untuk orang melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang
melayu di mukabumi ini, kestabilan orang melayu bermaksa stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah
sejahteralah bangsa lain seperti cina dan india serta bangsa2 lain di malaysia ini.
Chua Soi Lek yang kita kenali tak bermaruah, Chua yang kita sedar tak beretika kini mengambil kesempatan untuk menjadi hero dikalangan bangsanya konon
nya pejuang kepada bangsa cina mengunakan isu perkauman menghidupkan suara api pembangkang dalam komponen, Ketuanan Melayu di sentuh, diulang2 kan isunya,
berkali2 kita perjelaskan maka berkali2 lah isu ketuanan ini diulangi semata2 bertujuan untuk kepentingan diri sendiri demi mempopularkan kepopulariti
yang hilang sejak dia melakukan seks zaman kini, sudah tentu popular dikalangan bangsa cina akan di perolihi maka UMNO akan di benci kerana pertahankan
isu tersebut. Akhbar Cina akan mula lah mempamerkan semula di dada akhbar mereka DS Hisham mencium keris, gambar KJ menunding jari kepada orang cina akan
berulang2 ditayang kelak di dada akhbar mereka semata2 untuk memanaskan badan bangsa cina.
Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan melayu umpama melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itu lah di niatkan oleh
mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu yang disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan,
UMNO mempertahankan Hak Kesitimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, ini lah yang dikesan dan di cium oleh AN War dan pembangkang kelemahan
UMNO dalam keadaan ini, itu lah kelemahan yang di lontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat
oleh bangsa cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang recist. UMNO terpaksa bakar diri untuk menerangi melayu lain dan keseluruhan bangsa2 lain, ini
lah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yag condong kura2 cuba memanjat, ini lah sedang berlaku, MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula
dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba
digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untong dengan senyum puas.
Chua Soi Lek di templak oleh Presidennya Ong Tee Kiat diatas keceluparannya, dan mengangap itu suara individu Chua Soi Lek untuk mendapat kepopulariti
murahan, ini sedikit melegakan orang melayu, Ketua Wanita MCA turut mengambil kesempatan untuk popularkan diri dengan menyambung ungkapan jahat Chua, Presiden
MCA perlu tegas, Ong perlu keras mengambil tindakan seperti yang diambil oleh UMNO terhadap suara berani Dato Ismail dengan mengantung keahlian UMNOnya,
tetapi apakah tindakan MCA terhadap Chua dan Ketua Wanita MCA terhadap Isu yang serupa seperti Dato Ismail?, MCA perlu mengantung, mengugurkan jawatan
mereka berdua demi menjaga semangat BN, celupar dan jahat tindakan mereka perlu dihukum tanpa kompromi.
Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan,
Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati2 tetapi berani dan tegas.
Sedar atau masih lalai kah orang Melayu UMNO dan orang melayu keseluruhannya, mampukah kita hadapi keadaan ini, mampukah anak bangsa kita di masa hadapan
menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu, dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh melayu ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu
tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat2 cina yang dikuasai oleh cina secara total, apakah nasib anak cucu, cicit piat piut kita di masa mendatang,
tak sedarkah oleh kita untuk bersatu kembali, perpaduan melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit dan mengutamakan perpaduan
agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu, kita tersepit dalam isu ini, kita memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang melayu
kini dilontarkan isu yang sama untuk kita pertahankan dengan di perhatikan oleh bangsa cina dan india dan akhirnya UMNO tidak mendapat sokongan. apa kah
UMNO yang kukuh dan gagah perkasa sekian lama yang dapat mengatasi rekod pemerintahannya berbanding dengan parti2 besar lain di negara lain akan di robek2
di carik2 dengan gelojoh oleh bangsa cina dan india, apakah sejarah tanpa kubur seperti Parti2 besar seperti kongres di India, Gurka di Indonesia, Konsevertif
di UK, LDP di Jepun yang berkubur tanpa Nesan akan berlaku kepada UMNO, mungkin YA atau mungkin TIDAK semuanya terserah kepada orang Melayu UMNO dan keseluruhan
orang Melayu yang cintakan negara dan berkecuali.
Apapun aku berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar memelihara Agama Islam, memelihara Bangsa Melayu, memelihara Parti UMNO dan memelihara Negara, teman insaf
diatas apa yang Engkau kurniakan dan jadikan adalah atas keredhaan mu jua, sesungguhnya padaMU jua aku berserah. amin ya rubil alamin.
I'm really impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Either way keep up the excellent quality writing, it is rare to see a great blog like this one nowadays.
Stop by my homepage ... payday loans
Hi, Νeat pоst. There iѕ a prοblem alоng with уour site іn inteгnet еxplогеr,
could test this? IE nonethelеss іѕ the mаrkеtplасе leader and a goοd component of other рeоple will miss your great writing
beсause of thіs problem.
My ωeb-site - quick loans
fantaѕtiс ρоints altоgethеr,
yοu just gаіned а new rеadеr.
Whаt might уou гесοmmend about уour submіt that you made sοme dаyѕ аgo?
Any sure?
Alѕo visit mу web pаge ... payday loans uk
I am genuinelу thankful tо the holdеr of thiѕ web site ωho has shаrеԁ this fantastiс piесe of wгiting at at thіs tіmе.
my web ѕite :: payday loans
I viѕited sevеrаl wеb sites hoωеveг the audio quаlity for auԁіо ѕongs
ехіsting аt this wеb ѕitе is tгuly supеrb.
Mу wеblog :: payday advance
Post a Comment