Selasa, 18 November 2008

JANGAN MEMULAKAN PERTELINGKAHAN DARI MESJID

Berikut adalah laporan dari sebuah akhbar.
KUANTAN 14 Nov. - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyiasat seorang imam di Kratong yang dipercayai menggunakan khutbah Jumaat untuk menghentam kerajaan.Beliau mendakwa kejadian itu berlaku di Masjid Keratong 4 apabila seorang imam yang dipercayai tidak bertauliah menggunakan khutbah Jumaat untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Salam,

Cerita fasal mesjid dan surau ni, kalau penulis pergi solat jumaat di mesjid yg imannya bertauliah, hati penulis sentiasa mendapat ketenangan. Cara penyampaian khutbah mengikuti tatacara yang baik. Iman amat berhemah dalam menyampaikan tek ucapan khutbah, iaitu secara lembut dan sopan dalam menyeru dan memberikan saranan. Tiada langsung unsur politik, tidak ujud unsur pro kepada kerajaan mau pun kontra kepada sesiapa. Penulis dapat banyak pengajaran dan munafaat dari kisah-kisah teladan sejarah islam, pengajaran hukum-hakam agama dan saranan-saranan semasa yang disampaikan.

Keadaan sebaliknya yang penulis dapati sekiranya iman solat jumaat itu terdiri dari mereka yang dipercayai tidak bertauliah atau yang terlalu taksub kepada politik kepartian. Kerap kali tek khutbah semacam diolah semula dan kadang-kadang mungkin langsung tidak mengikut teks yg disediakan. Daripada pengamatan penulis unsur-unsur politik kerapkali diselitkan didalam khubah-khutbah tersebut. Terdapat elemen-elemen negatif seperti memburukan, mencela dan lain-lain. Khutbah tersebut seolah-olah lebih menyeru umat bangun berperang dengan saudara seislam sendiri daripada mengajak kepada penyatuan dan kebaikan. Kerapkali selepas selesai bersolat jumaat di mesjid dengan iman seumpama itu hati penulis berasa tidak tenang, khuatir memikirkan kenapa yang hendak diperangi itu adalah umat islam sendiri.

Pandangan penulis mesjid janganlah dijadikan platform atau gelanggang berpolitik bagi tujuan menyampaikan dakyah atau propaganda. Secara khususnya, mesjid mestilah bersih dari segala elemen-elemen negative tersebut. Walaupun alasan yang diberikan adalah bagi menyatakan kebenaran tetapi keburukan dalam elemen negative yang disampaikan tersebut lebih banyak memberikan kemudaratan dari kebaikan.


Mesjid adalah tempat umum umat islam berhimpun bagi mengerjakan ibadat serta tempat bagi umat islam mendapat keberkatan dari ibadahnya, keberkatan dari penyatuan ummah dan keberkatan dari ilmu yang diperolehi. Kesucian mesjid perlu sentiasa dipelihara dari disalah gunakan oleh pihak yang tertentu yang mempunyai kecenderungan peribadi atau politik. Cukuplah segala segala tomahan, fitnah dan cercaan dihadkan di blog-blog dan akhbar parti politik. Kita hindarkannya dari menular masuk kedalam mesjid demi menjaga kesuciannya.
Justeru itu penulis berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang bersesuai bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Risiko gejala ini amat memudaratkan dan telah pun mengakibatkan perpecahan ummah yang serius.

9 Comments:

. said...

tahniah, blog yang baik dan pandangan yang bernas. teruskan perjuangan.

AbgTuah said...

Salam,

Terima kasih diatas penghargaan dan pandangan Tuan.

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Wah,orang terkenal memberi pujian

Ali Abdullah said...

Salam,

Kawan nak cakap sikit, masa duduk kat dalam masjid dengar khutbah Jumaat sikit masa lalu hati kawan sering berdebar-debar bila khatib yang baca khutbah terkeluar sikit dari tajuk.

Bila masuk bab khutbah Jumaat, perkara yang disampaikan haruslah mempunyai kaitan yang sangat rapat antara dunia dan akhirat kerana itu adalah perkara yang menentukan kejayaan kita di akhirat.

Namun apabila orang yang menjadi khatib yang sepatutnya berkata hal-hal kebaikan tetapi menukarkannya dengan hal duniawi politik lebih-lebih lagi bertujuan untuk memecahan-belahkan umat Islam maka setiap satu perkataan yang keluar dari lidahnya itu dianggap sebagai 'fitnah'. Lagi jahat, jika ada antara perkataannya yang belum tentu lagi sahih kebenarannya dan bersalah-salahan pula dengan kata-kata bohong.

Fitnah itu haram, jika ia datang dari seorang khatib yang kemudiannya mengimami sembahyang itu maka apakah alasan dia kelak untuk bertanggungjawab di hadapan /Allah?
Bayangkanlah jika kata-katanya itu dipegang dan diamalkan pula oleh orang-orang yang menjadi makmumnya. Bukankah tanggungjawab pemimpin itu sangat berat?

Janganlah pula ibadat yang sepatutnya dianugerahi pahala itu kemudiannya dibebani dengan dosa pula. Makmum dia yang dengar khutbah, yang ikut solat waktu tu selagi tiada kemungkaran dilakukan dapat pahala dan rahmat. Sedangkan imam yang tak betul dan tersalah langkah pula dapat dosa. Nau'zubillah. Sia-sia perbuatan dia nih..

Kita yang mempunyai sedikit ilmu agama tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dari apa yang kita nilaikan. Itulah gunanya akal yang dikurnia Allah. Tidak perlu memanjangkan fitnah dalam rumah Allah pada waktu yang tidak sepatutnya. Kita kene ingat, segala amalan yang baik pada hari Jumaat itu berlipat ganda pahalanya jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Begitulah juga sebaliknya.

Mohammad Roslan said...

Salam,

IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU

Dalam tahun 1946 orang Melayu adalah pemenang dan jaguh sebenar dalam perebutan kuasa politik di Malaya dengan PKM/keturunan Cina dan British.Perjuangan Melayu dalam menuntut kuasa mutlak dalam politik berubah dari satu fasa ke sesuatu fasa dengan mewujudkan ramai pejuang bangsa Melayu yang telah dilupakan atau pun berada dalam lipatan sejarah Tanah Melayu.Dalam Fasa Penaklukan Jepun KKM dikenali sebagai satu gabungan yang bukan bangsawan telah bangkit untuk menjaga kepentingan orang Melayu.Selepas tamat pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu,orang-orang Melayu telah menghadapi satu lagi cabaran yang getir dengan perebutan kuasa politik dan mempertahankan hak Melayu dengan kuasa baru MPAJU/MPAJA yang semakin ganas dan kuat.Kuasa MPAJA ini terlalu kuat sehinggakan pihak Jepun sendiri mengakui kekuatan mereka.Harapan untuk mempertahankan Hak Melayu di Tanah sendiri nampaknya menjadi igaun dengan kelemahan Melayu sendiri dengan tidak bersatu.Harapan menyatupadukan Melayu dari Pihak Istana,Golongan Bangsawan Melayu, Elite Melayu ,Polis Melayu ataupun dari ‘Malay Giyu Gun’ telah pudar dan tidak ada harapan lagi bagi orang-orang Melayu.Disebelah pihak Kekuasaan MPAJU/MPAJA semakin kuat dan ganas terhadap orang-orang Melayu.

Dalam keadaan beginilah telah terbit kesedaraan Islam yang di tiupkan dalam hati orang-orang Melayu dari gerakan Guru-guru Agama diserata Kampung-kampung untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam perjuangan mempertahankan Hak Melayu di Tanah Melayu.Agama suci Islam memainkan peranan utama untuk mengembalikan Semangat Melayu untuk terus berjuang memepertahankan hak mereka.Melayu yang lama kecewa,lemah,tidak bersemangat dan tidak bersatu serta hilang pedoman ini kembali bersemangat melalui Islam dengan syarahan-syarahan yang menyentuh jiwa oleh guru-guru agama yang berasal dari kampung-kampung serata pelusuk tanah air.

Dengan penyatuan jitu melalui Islam ini orang Melayu telah bersedia untuk menghadapi apa jua halangan didepan untuk mempertahankan hak mereka.Cabaran –cabaran keatas Hak Melayu yang telah diberikan oleh Kaum Cina ,PKM dan juga pihak British melalui Malayan Union dipatahkan dengan semangat Islam.Perkelahian antara China- Melayu di sesetengah negeri tidak mengoyahkan perpaduan Melayu keseluruhannya tapi Orang-orang Melayu bertekad untuk menentang habis-habisan sesiapa juga nak merampas Hak Melayu walau pun hanya bersenjatakan dengan sebilah keris.Perjuangan seperti ini telah mematahkan semangat lawan dan membawa mereka yang menentang Hak Istimewa Melayu ke rundingan damai dengan kemenangan di pihak Melayu.

Nasionalis Melayu dalam KMM dan Orang – orang China yang berfahaman komunis dan gerila-gerila Komunis telah mengikut arah masing-masing dan lenyap.Orang – orang China yang menentang Melayu Raya yang dibawa KMM dan Orang-Orang Melayu pula Menentang Komunis.Kedua-dua aliran iaitu KMM dan juga Komunis telah digagalkan. jDengan ini wujudlah sebuah Aliran Melayu dan Cina yang lebih liberal iaitu UMNO dan MCA untuk mewujudkan perpaduan perkauman bertujuan untuk mengalahkan penjajahan British dan memaksa British menyerahkan Malaya pada orang-orang Melayu.Tanpa perpaduan ini diantara Melayu-Cina British Cuma jadi penonton dalam percaturan perebutan kuasa.Perebutan kuasa politik diantara China-Melayu itu banyak menguntungkan kepentingan mereka sebagai penjajah.Dengan kebijaksanaan kedua pihak ,dalam tahun 1955 UMNO dan MCA telah mencipta satu sejarah tawar – menawar dalam politik dunia (“Historic Bargain”) Ini terbukti Orang Melayu telah membunuh dua ekor burung hanya dengan seketul batu.Ia itu satupihak British dan satu kuasa kaum Cina dengan ‘KEDUDUKAN ISTIMEWA(KETUANAN) UNTUK ORANG-ORANG MELAYU’ dan sebagi balasan ‘ORANG-ORANG CINA YANG LAYAK BOLEH MENERIMA KERAKYATAN DENGAN SYARAT KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.Selagi orang-orang Cina tidak menyentuh dan tidak persoalkan hak-hak Istimewa Melayu selagi itu, orang Melayu pula jangan menyentuh isu kerakyatan kaum Cina di Negara ini.Dalam formula yang sama juga MIC telah diterima dalam gabungan ini dan diterima sebagai rakyat Negara ini.Dalam konteks ini salah kah sekiranya Kaum lain boleh mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu dan Melayu pula tak boleh persoalkan kerakyatan Mereka?.Ada kah kuasa Melayu sedang layu dan kabur?.

Dari sejarah yang dikupaskan seba-sedikit,Tanpa Penyatuan Melayu Islam sukar diramalkan nasib Bangsa Melayu ini di masa akan datang. Soalnya sekarang siapakah yang sebenarnya ikhlas di dalam mempertahankan dan memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu Islam di negara kita?? Dan siapakah di kalangan pimpinan politik orang Melayu yang melihat isu ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan memiliki sifat dan sikap keterbukaan mereka di dalam memperbincangkan persoalan orang-orang Melayu Islam ini?? Dan juga manakah pihak melalui prinsip, dasar dan perlembagaannya yang benar-benar lebih bersifat jitu dan mampu menjamin tercapainya hasrat penyatuan yang melampaui batas perkauman atau bangsa di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa seperti negara kita??
Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung didalam pemimpin Melayu telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi muda kini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik pemikiran manusia yang dipenuhi nafsu kebendaan.

Wassalam.
Mamak Penang

cikgu tomoi said...

Salam..

Abg Tuah,lekir dan lima bersaudara serta saudara2 umno ingin tahu kisah sejarah sebenarnya yang telah di gelapkan british? Bukti-bukti telah mencukupi cuma anda semua perlu terima hakikat sahaja. Apakah kaitan SIAM dengan melayu? Siapa melayu? Apakah kaitan THAi dengan dengan SIAM? Minta anda semua masuk ke dalam link di bawah ini..Baca dari mula untuk kefahaman,insya Allah,anda semua akan faham. Semoga dimudahkan. Amin

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

ATAU

http://themalaypress.blogspot.com/

Tanpa Nama said...

Andai khutbah nak sedap ikut halwa telinga, baik tak usah ada dosa dan pahala atau neraka dan syurga. Dengar dulu apa yang dikatakan kemudian rujukkan kepada guru2 agama. Kemudian barulah nak katan tok khatib gila ke, tak betul ke, apasahajalah. Kita nilai khutbah dengan pengetahuan agama kita yang tak seberapa, sampai kiamat tak jadi apa-apa.
Allah banyak menguji manusia dengan apa yang dikatakan nikmat, sedap, seronok dan macam-macam lagi. Nak uji bagaimana manusia kawal nafsunya. Orang2 tua ada kata yang pahit itu ubat tapi kita sekarang ni ubat direka jadi manis-manis. Kaya itu sedap, harta tu nikmat, pangkat itu seronok....kalau tersalah olah dosa dan sekiranya diolah sepertimana diajar oleh Rasulullah, jadi pahala.
Muhasabahlah diri.
**Taliban**

Tanpa Nama said...

Mengumpat. Sekiranya kita kaji kupasan AsSyahid Syed Qutb, ada satu umpatan yang diharuskan dalam Islam. Kita mendedahkan keburukan seseorang agar orangramai tak terpedaya dengan dakyahnya ataupun terikut akan sikap orang itu. Jadinya, umpatan ini bertujuan untuk menyelamatkan manusia dari melakukan maksiat (perkara2 mungkar) kepada Allah. Maka ia diharuskan.
**Taliban**

Tanpa Nama said...

Dalam keadaan beginilah telah terbit kesedaraan Islam yang di tiupkan dalam hati orang-orang Melayu dari gerakan Guru-guru Agama diserata Kampung-kampung untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam perjuangan mempertahankan Hak Melayu di Tanah Melayu.Agama suci Islam memainkan peranan utama untuk mengembalikan Mamak Penang berkata "Semangat Melayu untuk terus berjuang memepertahankan hak mereka.Melayu yang lama kecewa,lemah,tidak bersemangat dan tidak bersatu serta hilang pedoman ini kembali bersemangat melalui Islam dengan syarahan-syarahan yang menyentuh jiwa oleh guru-guru agama yang berasal dari kampung-kampung serata pelusuk tanah air."

Sayangnya mamak penang menyembunyikan fakta tentang golongan agama diatas. Merkalah penggerak PKMM, API dan sebagainya. Mereka ini telah ditangkap dan kemudiannya dipenjarakan oleh British. Ada yang diantara mereka kemudiannya dibebaskan dan mereka ini menyambung perjuangan melalui Hizbul Muslimin dan kemudiannya bertukar menjadi PAS. Idea untuk melahirkan Hizbul Muslimin tercetus didalam penjara hasil perbincangan antara Pak Sako, Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. Ianya dizahirkan di pondok Gunung Semanggol.
Nyatakanlah yang benar sekalipun ianya pahit.
**Taliban**

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online