BAHTERA MELAYU.
Bahtera Melayu yang pernah gagah
Di lautan samudera belayar megah
Besar teguh tak dapat dikalah
Dilanggar melanggar semuanya patah
Ribut taufan tak jadi masalah
Nahoda bijak mencari arah
Kelasi hebat, menurut perintah
Dalam bahtera pantang berbalah
Di setiap benua bahtera singgah
Bahtera disambut dengan meriah
Warga bahtera terpuji ramah
Barang dagangan laris dipunggah
Bahtera jangan di turuni kifarah
Saranan agama, jangan tak kisah
Usah berebut harta berpecah belah
Nakhoda dan kelasi kenalah beralah
Lanun kian menunjuk gagah
Bahtera melayu dibenci disumpah
Bahtera berjasa dianggap sampah
Nahoda budiman di anggap lemah
Wahai bahtera yg pernah gagah
Terus belayar jangan mengalah
Nahoda jangan kehilangan arah
Hadapi badai dugaan dengan tabah.
Bahtera Melayu yang pernah gagah
Di lautan samudera belayar megah
Besar teguh tak dapat dikalah
Dilanggar melanggar semuanya patah
Ribut taufan tak jadi masalah
Nahoda bijak mencari arah
Kelasi hebat, menurut perintah
Dalam bahtera pantang berbalah
Di setiap benua bahtera singgah
Bahtera disambut dengan meriah
Warga bahtera terpuji ramah
Barang dagangan laris dipunggah
Bahtera jangan di turuni kifarah
Saranan agama, jangan tak kisah
Usah berebut harta berpecah belah
Nakhoda dan kelasi kenalah beralah
Lanun kian menunjuk gagah
Bahtera melayu dibenci disumpah
Bahtera berjasa dianggap sampah
Nahoda budiman di anggap lemah
Wahai bahtera yg pernah gagah
Terus belayar jangan mengalah
Nahoda jangan kehilangan arah
Hadapi badai dugaan dengan tabah.
4 Comments:
Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dilempar fitnah
BN yang baik ku sokong juga
salam abang tuah,
" sesuatu bangsa itu tidak mempunyai sebarang erti jika bangsa itu sendiri sanggup melupakan sejarah masa silamnya pasca menukar warisan bangsa dan kebudayaannya.Ini adalah satu hakikat yang tidak boleh ditolak kerana setiap bangsa di dunia ini mempunyai identitinya yang tersendiri iaitu sejarah bangsanya"
----prof.Dr Arong Suthasasna, university of chulalongkorn.
-di blog kerdil hamba ada ilmu al-maghazi untuk panduan pejuang pembela agama dan negara.
sangtawal sakranta
http://www.sangtawal.blogspot.com
Salam sang tawal,
Terima kasih diatas kunjungan saydara, inshallah kawan akan mengunjungi blog saudara nanti.
Salam,
Mamak terlihat atau terdengar cerita berkenaan..mungkin di muzium RN di portsmouth cerita legenda "THE MIGHTY BLACK JOE SEVEN SEA SAILOR'.Tapi mamak dah lupa..dah lama 1972 macam itu.Kalau sesiapa yang pernah melawat muzium navy di portsmouth,England dan mempunyai gambar Black Joe tolong buat posting.Mat Salleh ini kalau orang asia semua black....orang cina dan Melayu pun masuk kategeri itu jugak!.Sistem apartheid.
Post a Comment