Sabtu, 18 Oktober 2008

MELAYU HEBAT


BENAR WAHAI RAKAN WAHAI SAHABAT
JATIDIRI MELAYU SEBENARNYA KUAT
MELAYU JUGA PERNAH HEBAT
PAHLAWAN GAGAH CEKAP BERSILAT

BAHTERA 200 KAKI DAPAT DIBUAT
700 KELASI MELAYU MAMPU DIMUAT
PERNAH MENJAJAH LAUT DAN DARAT
SAMPAI KE CINA SEJARAH TERPAHAT

TAPI TAMADUN KURANG BERKAT
MAJUNYA SINGKAT LAYUNYA CEPAT
ASHIK BEBALAH TIADA SEPAKAT
TEWAS PADA PENJAJAH YANG JAHAT

KINI MELAYU DIKATAKAN TERGUGAT
HIDUP MELAYU DIKATAKAN MELARAT
MELAYU GAGAL MENCAPAI MATLAMAT
PELUANG BANYAK GAGAL DIMUNAFAAT

SALAHNYA MELAYU MEMBUANG ADAT
SALAHNYA MELAYU KURANG MAUFAKAT
SERUAN AGAMA TAK AMBIL BERAT
PENYATUAN UMMAH TAK DIHIRAU SANGAT

KIKISLAH SIKAP BURUK DAN TABIAT
SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT
MELAYU PERLU KEMBALI HEBAT
BERSAMA BANGSA LAIN KITA BERPAKAT.

5 Comments:

Tanpa Nama said...

Suatu ketika lalu rumpun bangsa melayu di rantau nusantara amat disegani. BENAR. Kenapa? Pegangannya kepada agama. Amalan2 keagamaan diterap dalam kehidupan.Sunnah2 nabi jadi ikutan. Tapi la ni.... tuah dulu lain, tuah sekarang lain. Amalan dah terbalik. Sunnah dah jadi senak dan entah apa2 lagi. Melayu dulu perjuang Islam (agama), melayu sekarang perjuang bangsa.

ApaiNgelai said...

Salam,

Itu pasailaa apa sebab satu negara yang kuat di dunia sekalipun boleh tumbang sekelip mata hanya bermodalkan pungkhianat-pungkhianat bangsa sendiri.

La nii tok sah dok mengata tuh suma salah kerajaan, salah UMNO. Pi tanya kat PKR sapa yang sebenaqnya mula-mula mempersoalkan hak melayu kat tanah ayaq sendirik?

UMNO dah tak dan nak layan hangpa kat PR pengotoq politik negara dengan isu-isu bodoh. Ni suma nak cari pasal sebab kuasalah. Kalau tak, apa pulak cerita sampai sanggup nak berpeluk dan bercium dengan DAP membangkang hak bumiputra dalam politik?

Sendiri ada juga mau tanya kawang, bukan maing hangtam sebab kene tipu dek PKR pasat salahlaku pemimping BN. Apa kalu kene sendirik PKR punya orang itu suma sedekah laa? Haprak punya alasan..

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Kehebatan Melayu patut digunakan dlm berjihad di jalan Allah.

Sepertimana pahlawan Melayu Datok Bahaman dan Mat Kilau menggunakan kehebatan bersilat dlm menentang penjajah Inggeris

AbgTuah said...

Salam

Kehebatan PAIH dan PKR lawan MELAYU. Mereka nak menghalau Melayu kebukit-bukit.

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum Abg Tuah,

Inilah dinamakan PAMALAYU iaitu Perang Melawan Melayu

Iaitu satu perang saraf oleh Dap,Pkr dan Pas menentang Melayu

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online