Ahad, 7 September 2008

KAUM TRASADAI NAN MELAYU

Melihatkan polimik politik Melayu yang kian mengusarkan dan kian genting maka tiba-tiba teringat kawan pada satu artikel lama yang pernah kawan baca lama dulu. Artikel tersebut kawan pun dah lupa siapa pengarangnya. Sejauh mana kebenaran kisahnya kawan tidak jua mengetahui. Cuma sekadar nak re-story dan diharapkan kisah ini diihsankanlah kepada kawan demi menyedarkan bangsa melayu Malaysia sekarang.


Al-kisahnya begini, pada ribuan tahun dahulu, sebelum ujudnya empayar-empayar hebat-hebat di Asia Tenggara telah ujud penempatan dan kerajaan di Semenanjung Melayu ini. Hmmm…kalau sekali dengar rasa macam tak logik.

Diceritakan di zaman tersebut kerana terlalu lama maka catitan tarikhnya tak dapat di ketahui secara tepat bila bermulanya penghijrahan dan penempatan satu bangsa yang berkulit sawo matang ke Semenajung Melayu bagi membuat penempatan.
Penghijrahan mereka tu mungkin sebagai pelarian perang ataupun mencari tanah baru untuk dijadikan penempatan kerana huruhara di tempat asal mereka.

Mereka datang ke Semenanjung melalui jalan laut mengunakan perahu yang mungkin dipanggil canoe. Dari arah mana mereka datang samaada dari daerah Yunan atau dari kepulauan Pacific atau mungkin juga keturunan dan pengikut Nabi Allah Ibrahim dan Siti Sarah kawan kurang arif.

Al-kisahnya diringkaskan, berbulan-bulan lamanya kaum ni merentas lautan sehinggalah sampai ke satu teluk iaitu Teluk Siam dimana kumpulan mereka telah dilanda ribut taufan. Semua perahu mereka musnah dan terbalik, ramai yang telah mati lemas. Dengan kehendak Tuhan, sebahagian dari kaum tersebut ada yang terselamat dan dihanyutkan arus hingga terdampar dan tersadai di satu kawasan pantai di bahagian utara Negeri Terenganu yang kita kenali sekarang.
Maka, mereka yang terselamat ni mulalah membuat penghidupan baru dikawasan tersebut. Oleh kerana mengambil sempena peristiwa mereka tersadai maka kaum tersebut telah di gelarkan Kaum Trasadai. Mereka mula mendirikan rumah dan dari hari-kesehari semakin banyak rumah terbina dan sehinggalah lama-kelaman menjadi kampong. Mereka ahli didalam bidan pelayaran dan menjelajah sehingga sampai ke New Guinee dan Kepulauan Australia. Pekerjaan meraka adalah bercucuk tanam dan menjadi nelayan bagi mencari rezki. Maka setelah beberapa puluh tahun kaum ini telah membiak dan bertambah ramai maka semakin banyaklah kampong-kampung baru yang di buka. Setelah masa berlalu, selang beberapa ratus tahun maka telah ada bepuluh-puluh buah kampong dan akhirnya kampong-kampong tersebut menjadi kota pula.

Maka bermulalah satu kerajaan bernama Kerajaan Trasadai dengan pemerintahannya dipilih dari kalangan ketua mereka yang mereka gelar raja.Maka, masa pun berlalulah, silih berganti juga raja-raja yang memerintah Kerajaan Trasadai. Mereka semakin lama semakin maju dan hebat hasil dari kebijaksanaan kepimpinan raja-raja tersebut.

Mereka telah menerokai dan berjaya dalam berbagai bidang ilmu, ilmu astronomi, pelayaran, perdagangan dan lain-lain. Mereka telah mempunyai kota-kota yang besar, bangunan-bangunan hebat, pelabuhan-pelabuhan mashor, kuasa maritim yang besar dan tentera yang digeruni oleh kerajaan-kerajaan lain.

Kaum Trasadai ini walaupun mereka bijak dan kuat mereka juga sejak-turun temurun mewarisi sikap buruk iaitu sifat iri dan dengki hati. Sifat buruk ini bukan sahaja diwarisi oleh rakyat jelata malah turut di warisi oleh para pemimpin dan kaum kerabat. Semasa mereka susah dan daif mereka boleh berkerjasama, tetapi apabila mereka telah maju dan hampir menjadi bangsa yang cermerlang, gemilang dan terbilang mereka mula bersikap iri hati, dengki-mendengki dan juga tamak haloba berebut harta kekayaan dan kuasa negara.

Maka, terjadilah perang sesama sendiri untuk merebut kuasa dan harta. Masing-masing mengunakan bebagai strategi untuk menjatuhkan lawan mereka. Mereka berperang dilaut, didarat dan dimana-mana di setiap pulusuk negeri. Perang saudara tersebut telah berlarutan selama beberapa puluh tahun lamanya, maka banyaklah kota-kota yang musnah dan ramailah rakyat jelata terbunuh. Oleh kerana masing-masing terlalu ashik berperang maka pentadbiran kerajaan telah menjadi tidak terurus, para pedagang dari luar pula takut untuk datang berdagang dan akhirnya ekonomi kerajaan merudum.

Setelah tamat perang tiada apa lagi yang masih tinggal yang boleh dibanggakan di dalam kerajaan Trasadai. Tiada lagi kota-kota besar dan kukuh, tiada lagi kekuatan pertahanan, dan rakyat menderita kerana kesukaran mendapatkan makanan Akhirnya, oleh kerana tiada lagi kekuatan pertahanan maka Kerajaan Trasadai tidak lagi dapat mempertahankan diri dari serangan luar dimana akhirnya mereka tewas kepada serangan Kerajaan Sriwijaya dan telah menjadi sebagai jajahan takluknya.

Selang beberapa lama selepas tamatnya perang maka lalulah beberapa buah kapal dagang dari Arab kekawasan pelabuhan Kerajaan Trasadai. Dilihat oleh juragan kapal, amat daif sungguh keadaan pelabuhan, kota dan rakyat kerajaan tersebut. Maka perkara tersebut telah dirujuk kepada beberapa orang Trasadai dan dikisahkan oleh orang Trasadai tersebut bahawa dulunya kerajaan Trasadai adalah kerajaan yang amat hebat dan makmur, tetapi pemimpin dan rakyatnya mewarisi sifat buruk iaitu dengki hati dan iri hati terhadap bangsa sendiri, maka bangsa kami telah di laknati oleh Tuhan sehingga me-layu sebagaimana yang tuan juragan saksikan. Orang Trasadai itu juga mengumpamakan Kerajaan Trasadai seumpama sekuntum bunga yang harum dan cantik tetapi me-layu sebelum sempat berkembang.

Maka sorotan peristiwa tersebut Kerajaan Trasadai itu pun telah dipanggil oleh semua pedagang dari Arab dan India yang lalu atau singgah untuk berdagang dengan nama Kerajaan Melayu sempena perkataan me-layu.

Mengikut kajian sejarah memang telah wujud kerajaan Melayu ribuan tahun dahulu di Semenanjung Tanah Melayu ini, iaitu kerajaan Langkasuka,Tambralinga, Pan-Pan, Phe-heng dan Chi-lan-tan.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online