Sabtu, 16 Ogos 2008

PUISI HIKAYAT SIGILA

Pematang Pauh, disitu pusaranya
Tempat berakhir hikayat SiGila
Penghujung jalan penamat cerita
Penamat riwayat para penderhaka

Tempat berkuburnya para pendusta
Terbunuh dek sumpah seorang pemuda
Hanya ketua-ketua enggan menerima
Hakikat sebenar yang telah nyata

Penyokong pula terpinga-pinga
Mulut telopong terganga-ganga
Terkedu sedih tertipu rasanya
Rupanya semua kebatilan jua

Perjuangan menjadi sia-sia belaka
Mengeluh hati, jiwa dan raga
Kekesalan amat tidak terhingga
Terkenang akan kesilapan mereka

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online