Sabtu, 28 Februari 2009

Penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic boleh mengelirukan anak-anak Muslim.

Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.

Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.

Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?

Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.

Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.

Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")

Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.

Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.

Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.

Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.

Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

Petikan dari http://panglimaperangcyber.blogspot.com

RESOLUSI BPN 3/2009 MENGUTUK TINDAKAN KARPAL SINGH DAN SARANAN KEPADA AHLI BPN AGAR RESOLUSI DISIARKAN BERSAMA-Malaysiakini

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

Khamis, 26 Februari 2009

BUKTI KERAJAAN BENAR-BENAR JUJUR.

Pelantikan dua Ahli Parlimen pembangkang sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan sebagai bukti keterbukaan serta kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kegiatan rasuah di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, sekurang-kurangnya dengan pelantikan dua ahli Parlimen itu, Abdullah mengiktiraf peranan pembangkang untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah yang sehingga kini masih berlaku.

”Saya yakin dan percaya dua ahli Parlimen tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (Pas) mempunyai idea-idea serta cara yang berkesan untuk menghapuskan gejala rasuah.

”Yang penting penglibatan mereka di dalam jawatankuasa itu dapat mengatasi masalah ‘pendakwaan terpilih’ kerana mereka mempunyai platform untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada Utusan Malaysia

Beliau mengulas pelantikan Seng Giaw dan Salahuddin sebagai anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah seperti mana yang diumumkan semalam.

Sumber

http://pemudaenggang.wordpress.com


Pandangan penulis:

Ye, begitulah yang sepatutnya diamalkan. Ini adalah satu perkembangan yang baik nan positif. Ini menunjukan kejujuran dan ketelusan pihak kerajaan selama ini dan ianya kini dibuktikan pula dengan mengihtiraf suara-suara yang membina dari pihak pembangkang.

Pada pandangan penulis pihak pembangkang juga perlu diberikan perananan dalam memastikan kelancaran sesuatu mekanisma sebegini. Maka tentu mereka juga akan dapat berbangga menjadi sebahagian dari tenaga penyumbang kearah pembentukan negara Malaysia yang bersih dari amalan rasuah khasnya dan seterusnya menjadi negara yang berjaya amnya..

Maka pihak pembangkang sewajarnya mengambil kesempatan ini bagi menyumbangkan tenaga dan buah fikiran secara jujur dan telus. Diharap mereka dapat menjadi agen-agen yang neutral yang mampu mengenepikan kepentingan individu dan politik parti masing-masing serta mengutamakan kepentingan rakyat sebagai visi dan misi utama.

So then next time diharap tak ujud lagi suara-suara ketidakpuasan hati dari sebelah pihak sana ye…berkaitan ketelusan sesuatu penyiasatan atau pendawaan yang di tuduh PENDAKWAAN TERPILIH. Maka AMK tak perlulah lagi membawa lembunya untuk berdemonstrasi bagi menyatakan protesnya.

Selasa, 24 Februari 2009

TERNYATA KERAJAAN NEGERI DAHULU LEBIH ELOK

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah mengusir 80 peniaga Melayu di Batu Feringgi.

Kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi di sini akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan oleh pegawai pejabat itu bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat Ketua Menteri yang mahu pengusaha mengosongkan premis perniagaan masing-masing dalam tempoh empat hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

"Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


CORETAN PENULIS:

ISH..ISHHH..ISHHHH..PENULIS BENAR-BENAR SIMPATI DENGAN NASIB PERNIAGA MAKANAN KECIL-KECILAN DAN LAIN-LAIN DITEPI PERSISIRAN PANTAI BATU PERINGHI. ADA DIANTARA MEREKA YANG TELAH BERNIAGA DI KAWASAN TERSEBUT SELAMA 30 TAHUN TANPA DIGANGGU-GUGAT OLEH KERAJAAN TERDAHULU.

KINI TERBUKTI KERAJAAN NEGERI TERDAHULU AMAT PRIHATIN TERHADAP NASIB RAKYAT YANG SUSAH DAN MISKIN TEGAR.

ITULAH MELAYU, MAMAK MAMU DAN MAMI PENANG..PADAN DENGAN MUKA HAMPA…HAWATTT HAMPA TAK PIKIAK TERLEBIH DULU SEBELUM MEMANGKAH KERTAS UNDI. DULU. ORANG DAH BAGI TAHU DS KOH TSU KOON TU BAIK ORANGNYA HAMPA TAK MAU PERCAYA..HAMPA PERCAYA LAGI PADA CERAMAH SONGSANG PUAK TAK TENTU HALA…

OH YA..KALAU GERAI HAMPA DAH TAK DA HAMPA KIRA MISKIN TEGAR JUGALAH…TAPI HAMPA JANGANLAH RISAU, AKAUN AMANAT LIM ENG GUAN KAN ADA…KAHKAHKAHKAH…

BERDUYUN-DUYUN MASUK UMNO..APA YANG TUNGGU LAGI..?

TAIPING 23 Feb. - Penyertaan beramai-ramai bekas ahli Pas ke dalam UMNO memberi petanda awal bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mencapai kejayaan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung 7 April ini.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau yakin dengan sokongan yang diterima itu, hasrat BN untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan terbabit akan dapat direalisasikan.''Ini merupakan permulaan yang baik bagi BN kerana yang masuk ini adalah terdiri daripada mereka yang bukan dipaksa atau sengaja dibuat-buat cerita tetapi timbul kerana keikhlasan mereka sendiri," katanya kepada pemberita di sini lewat petang semalam.

Terdahulu, beliau menerima borang keahlian menyertai UMNO daripada 70 bekas penyokong Pas di Kampung Changkat Iboi iaitu antara kawasan kubu kuat Pas di Bukit Gantang.Melihat sambutan yang diterima pada majlis tersebut, Zambry yakin, lebih ramai pengundi akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar berkata, sekiranya BN menang, kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah tempatan yang berbangkit.Sementara itu, beberapa bekas penyokong Pas ketika ditemui menjelaskan, mereka bertindak keluar daripada parti tersebut kerana kecewa dengan sikap para pemimpinnya.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Cawangan Changkat Iboi, Ibrahim Ahmad, 62, berkata, dia kesal apabila masjid sering dijadikan tempat untuk menyerang' peribadi orang lain.''Imam masjid pun dilantik dari kalangan orang luar, bila berlaku perkara-perkara yang memerlukan nasihat tertentu, dia tak ada," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.Beliau yang telah menjadi ahli Pas sejak 1960-an itu, perjuangan politik pemimpinnya yang sanggup membelakangkan kaum sendiri turut mendorong dia mengubah fikiran.

Seorang lagi bekas ahli Pas, Zainal Shaari, 59, berkata, isu janji yang tidak dikotakan menjadi alasan utama mendapa dia tidak mahu terus menyokong parti tersebut.''Cara mereka (pemimpin Pas) yang sanggup ikut sahaja apa yang dikata oleh DAP itu yang saya tak setuju. Selain itu, tiada apa pun pembangunan yang dibawa mereka," katanya.

~Utusan

AYOH SEMUA..AYOH MANJUNG..AYUH JEBAT..AYUH NAVY PENCEN...AYUH SEMUA PENGIKUT PAS..MARILAH KITA BERSATU HATI BERGABUNG TENAGA DI DALAM UMNO. YAKINLAH UMNO ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MEMBAWA ISLAM DAN NEGARA KEARAH KEJAYAAN.

Isnin, 23 Februari 2009

RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI TERGELAK.

Guan Eng mengaku gagal tangani kemiskinan tegar

Oleh Norakmah Mat Youbnorakmah@bharian.com.my

Pakatan Rakyat Pulau Pinang beri alasan sukar buka akaun amanah BUTTERWORTH: Kurang sebulan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan ulang tahun pertamanya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terpaksa mengakui gagal menunaikan janji menghapuskan miskin tegar di negeri ini.

Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, kerajaan negeri sering meuar-uarkan mampu membasmi kemiskinan tegar dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun, hanya tinggal kurang tiga minggu lagi, Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri gagal menunaikan janji berikutan masalah kesukaran membuka akaun amanah.

Beliau tidak menjelaskan dengan lanjut masalah teknikal membuka akaun berkenaan, sebaliknya menyatakan terpaksa melalui prosedur yang panjang. "Kita menghadapi kesukaran membuka akaun amanah.

Akaun ini akan digunakan untuk memasukkan dana yang disumbangkan penderma supaya turut mendapat faedah," katanya selepas merasmikan klinik kesihatan percuma sempena kempen kesihatan di Padang Lucky Garden, di sini semalam.

Sumber Berita Harian online.

PENULIS JUGA MENONTON TV, DIMANA KM PULAU PINANG LIM GUAN ENG DENGAN WAJAH YANG SELAMBA MENGUMUNKAN KEGAGALAN PIHAK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGATASI DAN MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SETELAH HAMPIR SETAHUN MEMERINTAH.

MENGIKUT KATA BELIAU INI ADALAH DISEBABKAN KESUKARAN MEMBUKA AKAUN AMANAH UNTUK TUJUAN TERSEBUT.

MENURUT BELIAU ENTAH MENGAPA BEGITU SUKAR UNTUK MEMBUKA AKAUN TERSEBUT.

PENULIS TERGELAK SEHINGGA BERGULING-GULING DENGAN PENGAKUAN TERSEBUT…AKHIRNYA BELIAU TERPAKSA MENGAKU KESUKARANNYA…KAHKAHKAH….

BETULAH TU KM…MEMANG SATU USAHA YANG BAIK JIKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BERJAYA MEMBUKA AKAUN TERSEBUT DAN MENGUTIP SUMBANGAN DARI MASYRAKAT UNTUK MEMBANTU MEMERANGI KEMISKINANA TEGAR.

TETAPI YANG PENULIS HERAN KENAPA HANYA BERGANTUNG KEPADA SUMBANGAN DARI SYARIKAT ATAU INDIVIDU SAHAJA. SEKIRANYA BERJAYA MEMBUKA AKAUN AMANAH TERSEBUT PENULIS MASIH TAK YAKIN JUMLAH YANG DAPAT DIKUTIP AKAN CUKUP UNTUK MENGATASI MASALAH KEMISKINANAN TEGAR SELURUH PULAU PINANG.

KENAPA KERAJAAN PULAU PINANG TIADA PERANCANGAN YANG RAPI DAN TERSUSUN LAGI SISTEMATIK DAN BERTERUSAN BAGI MENGATASI MASALAH TERSEBUT ?

BUKANKAH SEMASA DEBAT DENGAN BEKAS KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG PERNAH MENGATAKAN KERAJAAN BELIAU MENGADAPTASI DAN MENGIMPLEMENTASIKAN SATU SISTEM PERANCANGAN DAN PENTABIRAN YANG PROFESTIONAL BERTARAF ANTARABANGSA. (LUPA LAK NAMA SISTEM TU) ?

APAKAH KERANA TERLALU SIBOK MEMBELEK-BELEK DAN MENELITI FAIL LAMA DALAM BILEK ARKIB BAGI BAGI MENCARI KESALAHAN ATAU KELALAIAN KERAJAAN SEBELUMNYA SEHINGGA TERLUPA SISTEM BARU YANG DIUAR-UARKAN.?

PENULIS KHUATIR DENGAN GELAGAT-GELAGAT TERKINI PAKATAN RANAP NI…PENULIS KHUATIR SEHABIS PENGGAL PEMERINTAHAN MEREKA NANTI RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MATI TERGELAK.

KALAU MAHU BETUL-BETUL KEJAM..

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak boleh mentafsir undang-undang mengikut ideologi politik kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak stabil dan huru-hara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) berkata, belum pernah terjadi di negara anggota Komanwel, seorang Speaker DUN menggantung ahli dewan selama 18 bulan di luar sidang seperti dilakukan Sivakumar.

Katanya, tindakan Sivakumar itu tidak mengikut peraturan kerana keputusan tidak dibuat di dalam sidang DUN dan tempoh penggantungan biasanya selama dua hari sahaja.
''Sebagai Pengerusi CPA, saya sangat kecewa dengan tindakan Speaker DUN Perak kerana ini telah mencemarkan sistem demokrasi negara, ini satu penyalahgunaan kuasa secara total.
Mohd. Shafie berkata, sekiranya tindakan Speaker DUN Perak itu dianggap mengikut undang-undang, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga boleh mengambil tindakan sama terhadap Ahli Parlimen pembangkang.

BEGINILAH PENULIS JUGA SUKA NAK KASI TAMBAH SEDIKIT…

1. APA PANDANGAN PIHAK PEMBANGKANG SEKIRANYA SPEAKER DEWAN PARLIMEN MENGANTUNG KESEMUA MP PEMBANGKANG YANG PERNAH MELANGGAR PERATURAN DEWAN SELAMA 18 BULAN.

2. APAKATA KESEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENYOKONG PEMBANGKANG DI KENAKAN TINDAKAN DISPLIN YANG KERAS?

3. APAKATA KESEMUA ANAK-ANAK PEMBANGKANG DIKECUALIKAN DARI MENERIMA BANTUAN BUKU TEK PERCUMA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN?

4. APAKATA GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN YANG MENYOKONG PEMBANGKANG DI KECUALIKAN DARI MENERIMA APA-APA BANTUAN ATAU SUBSIDI DARI PIHAK KERAJAAN?

5. APA KATA GOLONGAN BUMIPUTRA YANG MENOLAK DEB DI KECUALIKAN DARI MENERIMA BANTUAN DAN KUOTA-KUOTA PERUNTUKAN DEB?

HMM..ADA MUNGKIN LOGIKALNYA PENDAPAT PENULIS KERANA BUAT APA BERBUDI PADA MEREKA YANG TAK PERNAH TAHU BERSIKAP ADIL SERTA JAUH SEKALI TAHU BERTERIMA KASIH

Sumber: utusan online

SEMAKIN LAMA SEMAKIN PELIK

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.

"Saya hormat jika dia (Elizabeth) hendak berundur sebagai Exco tetapi saya tidak suka dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana ini menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi, sekali pilihan raya diadakan berbelas juta habis, jadi ini bukan kerja senang.

WAHAI TUAN GURU..APA BEZANYA PILIHAN RAYA UMUM NEGERI PERAK SEKIRANYA DUN DIBUBARKAN. BUKANKAH PEMBAZIRANNYA LEBIH BESAR IAITU MENELAN BELANJA RATUSAN JUTA WANG RAKYAT.

PENULIS HERAN KENAPA TOK GURU SELALU KELUARKAN STATEMENT YANG TARAK INTEGRITI TARAK BOLEH PAKAI.

"Oleh itu, saya minta tolong jangan letak jawatan 'Yang Berhormat', kalau hendak berundur sebagai Exco dia punya pasal, bagi saya itu tidak apa sebab ini bukan salah dia, salah yang orang menceroboh rumah dia, orang lain salah kita hukum orang lain, ini tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

MEMANG BETUL KATA TOK GURU YANG BERSALAH ADALAH MUSANG YANG MENCEROBOH RUMAH ELIZABERT. TETAPI SATU YANG MENJADI KEMUSKILAN BAGAIMANA MUSANG TERSEBUT MASUK..IKUT PINTU DEPAN, BELAKANG ATAU IKUT TINGKAP?

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

AIKK...BAGAIMANA TOK GURU SETUJU DENGAN TINDAKAN TAMBI TU..SEDANGKAN KESEMUA SPEAKER DUN NEGERI LAIN TIDAK BERSETUJU DENGAN TINDAKAN TAMBI TERSEBUT..KECUALI SPEAKER DUN KEDAH.(ORANG PAS)

Katanya, kekalutan yang berlaku di Perak akan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN negeri tersebut dibubarkan dan diadakan pilihan raya.

KEKALUTAN APANYA TOK GURU..KALAU PAS MENGHORMATI DAN AKOR KEPADA DYMM SULTAN IAITU TIDAK MENYANGGAH MAKA SEMUANYA TENTU AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

DYMM SULTAN TELAH PUN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TUBUH, PELEMBAGAAN SERTA DIDALAM BIDANG KUASA BAGINDA TETAPI TERGAMAK PULA DIKATAKAN TIDAK ADIL LAGI...HABIS SIAPA YANG ADIL..PAS KE..? PORAHHH..TOK GURU PUNYA SATEMENT PUN TAK ADIL KERANA PRK SEMULA BUKIT LANJAN DIKATAKAN PEMBAZIRAN TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENYARANKAN AGAR DUN DIBUBAR UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI PERAK.

"Speaker adalah raja Dewan, kalau Menteri Besar cakap dalam Dewan suruh Menteri Besar duduk maka beliau kena duduk, begitu juga di Parlimen, kalau speaker suruh Perdana Menteri berhenti bercakap dan suruh duduk maka beliau kena patuhi," katanya.

TOK GURU JANGAN SALAH TAFSIR KUASA SPEAKER DALAM DEWAN DENGAN LUAR DEWAN. KEPUTUSAN PENGATUNGAN TERSEBUT BERLAKU DILUAR DEWAN…KALAU DIDALAM DEWAN DIA RAJA TAPI DILUAR DEWAN DIA MASIH RAJA KE?

Sumber rujukan: utusan online

Jumaat, 20 Februari 2009

SPRM KINI SEMAKIN HEBAT

SYABAS DAN TAHNIAH…MEMANG TELUS DAN BERWIBAWA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM). DULUNYA BERNAMA BADAN PENCEGAHAN RASUAH (BPR)

KITA SEMUA PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA PUAK JUAK PAKATAN RANAP YANG BERSUNGGUH BERTEMPIK..MENJERIT SAMPAI NAK TERCABUT ANAK TEKAK MEREKA AGAR BPR MENJADI SATU ENTITI BEBAS BERDIRI, BERSTATUSKAN SURUHANJAYA. WELL…KINI MEREKA SENDIRI DAH DAPAT MELIHAT HASILNYA KAHKAHKAHKAH…..

KETELUSAN BPR KE ATAU SPRM KE….DARI DULU SEHINGGA KINI TIDAK DAPAT LAGI DISANGKAL ATAU DINAFIKAN. MEREKA AKAN MENYIASAT DAN SETERUSNYA MENDAKWA SESIAPA SAHAJA YANG MELAKUKAN KESALAHAN RASUAH DAN MENYALAH GUNAKAN KUASA TANPA MENGIRA STATUS…KEDUDUKAN …PANGKAT…ATAU IDELOGI.

PANAZZZZ!!…TERKINI APA YANG PENULIS DENGAR DALAM TV DAN TERBACA… DIBERITAKAN MB SILANGOR KHATIB IBRAHIM JUGA TELAH DISIASAT BERKAITAN TUDUHAN MENYALAH GUNAKAN KUASA. TERDENGAR JUGA SPRM DAH DAPAT BUKTI KUKUH DAN KES INI TELAH PUN DIMAJUKAN KEPADA PEGUAM NEGARA. AIKKK.. DALAM KEMERDUAN SUARA SERAK-SERAK BASAHNYA BELIAU JUGA TAK TERLEPAS DARI DISIASAT. TELUS DAN HEBAT JUGA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH NEGARA KITA..TAK BEGITU MB.?

ITULAH MB….ORANG DAH SEDIAKAN KERETA PERDANA EXSEKITIF FREE..KENAPA TAK SUKA GUNA KERETA BUATAN MALAYSIA..BUKANKAH KERETA PROTON PERDANA TU BANYAK CIRI-CIRI KESELAMATANNYA..HIKHIKHIK…

OH YE LUPA PULA KEPADA MR TAMBI DARI PERAK TU…APA YANG PENULIS DENGAR DI BERITA TV…DIA JUGA AKAN DISIASAT.

ITULAH TAMBI…KENAPA BUAT BEGITU PADA MB LANTIKAN DYMM SULTAN SERTA EXCONYA. WELL…SUKA HATI YOU LAH…SAYA TARAK MAHU KOMEN LAGI…YOU BUAT YOU TANGGUNG SENDIRILAH…CUMA SAYA MAHU KASI TAHU MELAYU PUNYA RAJA ADA BANYAK BUSAR PUNYA DAULAT YOU KNOW…!

PADA PENDAPAT PENULIS INI SEMUA TERJADI KERANA DOSA DURHAKA KEPADA DYMM SULTAN PERAK IAITU ULIL AMRI YANG ADIL DAN SAKSAMA. TAK SATU-SATU BALA DAH TURUN KEPADA PAKATAN RANAP. SEBENARNYA MEREKA TAK MEMAHAMI BUKAN SEBARANGAN ORANG YANG LAYAK MEMAKAI GELARAN SULTAN DAN SHAH…HANYA MEREKA YANG KENAL AKAN JATI DIRI MELAYU DAN BAPA MELAYU AKAN MEMAHAMINYA.

JADI NASIHAT PENULIS PADA SESIAPA YANG TERASA TELAH MELAKUKAN PENDUHAKAAN MAKA BERTAUBATLAH SEGERA..MOHON AMPUN SECEPAT MUNGKIN SEBELUM TIBA ZAMAN KERUNTUHAN....

Khamis, 19 Februari 2009

TAMBI PUNYA AUTAH..

Penulis terkejut dengan tindakan V. Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri, Perak, ADUN DAP Tronoh) mengambil tindakan terdesak dan tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (Menteri Besar) bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Berani betul Tambi ni menafikan kuasa pelantikan sultan kepada MB baru. Inilah sikap biadab dan kurang ajar serta menghina sultan perak selaku yang melantik MB.

Apa punya autahlah Tambi ni mainkan. Bukannya dia tak tahu peraturan dewan atau dia ni sememangnya naive. You tarak tahu ka you sudah salah guna kuasa.

Deii Tambi you dengar sini, you punya tindakan ini jelas tidak menghormati keputusan institusi raja melantik Menteri Besar baru di Perak.

Lagi awak sudah langgar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan).

Ayoyo Tambi siapa lebih tinggi kuasanya, Sultan ke Lu?

So you dengar sini lain orang punya pendapat:

Ahmad Shabery kata tindakan yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah sama seperti dalam Dewan Rakyat berkaitan dengan ucapan dan tindakan yang dibuat dalam dewan dan bukannya digunakan untuk mengambil tindakan terhadap perkara yang berlaku di luar dewan.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula cakap awak punya tindakan jelas bermotifkan politik.

Katanya ia merupakan satu taktik terdesak pembangkang.

“Beliau tidak sepatutnya berbuat demikian,” kata Azalina.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kata you punya tindakan adalah subjudis kerana isu pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar telah dirujuk ke mahkamah.

You punya tindakan adalah tidak wajar. You sudah bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu. Awak tahu ka awak tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu

Menurut Datok Dr. Zambri you melakukan satu penipuan yang besar apabila you mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa beliau dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan DUN Perak itu sebagai kelakar dan mempersenda dewan berkenaan.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.

Manakala Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata tindakan speaker DUN menggantung serta-merta dan melarang Dr Zambry serta enam exco daripada menghadiri sesi dewan, tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu," katanya.

Seorang perguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, berkata tindakan Sivakumar itu "jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan)."
Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan.
Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya.

Dan terkini memalui berita TV Karpal Singh berkata Sivakumar telah tidak mengikuti peraturan dewan kerana membuat keputusan pengantungan di luar dewan.

Ayoyo Tambi apa you sudah bikin…saya advice you kasi stoplah bikin cerita lawak…orang sudah tak larat gelak dengan PR punya AUTAH...

Sumber rujukan:

Bernama
The Star online

Rabu, 18 Februari 2009

SIAPAKAH TERBAIK ANTARA YANG BAIK?

SOROTAN DARI RANCANGAN HUJAH DI TV 9 PADA HARI SELASA 17 FEB 09.

DARI PANDANGAN PENULIS SETELAH MENONTON RANCANGAN TERSEBUT PENULIS MENDAPATI KETIGA-TIGA TOKOH TERSEBUT AMAT BERWIBAWA. AKAN TETAPI TENTUNYA SALAH SEORANG AKAN MENJADI YANG TERBAIK DIANTARA YANG BAIK UNTUK MENGISI JAWATAN KETUA PEMUDA. WALAU BAGAIMANA PUN SETIAP TOKOH TERSEBUT JUGA TENTUNYA MEMPUNYAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG MASING-MASING. DISINI INGIN PENULIS MENGULAS DAN MEMBERIKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS.

KELIHATANNYA, DS KHIR TOYO ADALAH SEORANG TOKOH YANG AMAT BERPENGALAMAN. MAKLUM, BELIAU PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR DAN KEKUATAN BELIAU IALAH BELIAU DAPAT MENGUNAKAN KELEBIHAN PENGALAMAN TERSEBUT DALAM MENJAWAB SETIAP PERSOALAN SECARA TERATUR, KEMAS SERTA BERHEMAH. TETAPI DARI PENGAMATAN PENULIS MASIH TERDAPAT BEBERAPA KELEMAHAN YANG KETARA IAITU MESSAGE ATAU IDEA YANG CUBA DISAMPAIKAN ADALAH KURANG JELAS DAN KELIHATAN BELIAU GAGAL MENGUTARAKAN PENDAPAT MELALUI HUJAHAN YANG BERFAKTA BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA.

PENULIS SEDIKIT KECEWA DENGAN DATO MUKRIZ KERANA PADA AWAL SESI HUJAHAN TERSEBUT BELIAU SEOLAH-OLAH KELIHATAN KETINGALAN DARI SEGI KEWIBAWAAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN DUA TOKOH YANG MENJADI SAINGAN BELIAU. BELIAU SEOLAH-OLAH BEGITU GEMURUH SEHINGGA MENYEBABKAN BELIAU BEGITU GUGUP UNTUK MENGUTARAKAN FAKTA MELALUI HUJAHAN BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIKETENGAHKAN. HANYA PADA PERTENGAHAN SESI HUJAHAN TERSEBUT BARU KELIHATAN BELIAU DAPAT MENGAWAL EMOSI DAN SETERUSNYA MAMPU MENGUTARAKAN BEBERAPA FAKTA BERKESAN BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA. WALAU BAGAIMANA PUN SECARA KESELURUHANNYA DAPAT DILIHAT TOKOH INI MEMPUNYAI DAYA TARIKAN YANG LUARBIASA MANAKALA ELEMEN YANG LAIN ADALAH BERKADAR SEDERHANA SAHAJA.

YB KHAIRY JAMALUDDIN PULA KELIHATAN BEGITU KONSISTEN SEPANJANG SESI HUJAHAN TERSEBUT. SETIAP PERSOALAH YANG DIAJUKAN MAMPU DIJAWAB DENGAN YAKIN DAN BAIK MELALUI HUJAHAN-HUJAHAN YANG TENANG, TERATUR SERTA BERILMIAH. MEMANG JELAS SEPANJANG SESI TERSEBUT BELIAU MAMPU MEMBERIKAN HUJAHAN LANCAR DAN TERBAIK BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA. KEKUATAN BELIAU YANG PALING KETARA IALAH IDEA DAN KONSEP YANG INGIN BELIAU BAWA BEGITU JELAS, REALISTIK SERTA MUDAH DIFAHAMI. SEPERKARA LAGI YANG PENULIS KAGUMI IALAH BAGAIMANA BELIAU MAMPU MENGAWAL EMOSI DAN KEADAAN APABILA DITANYA BERKAITAN SEGALA LIABILITI YANG DIKAITKAN DENGAN BELIAU. DENGAN CARA YANG AMAT BIJAK DAN BERHEMAH BELIAU TELAH MEMBERIKAN JAWAPAN YANG JAUH DARI MENYAKITI HATI TOKOH SAINGAN BELIAU.

ULASAN PENULIS ADALAH SEMATA-MATA BERSIFAT PANDANGAN DAN PENDAPAT PERIBADI. PENULIS TIDAK MENAFIKAN TERDAPAT PANDANGAN YANG BERBEZA-BEZA BAGI SETIAP ORANG. WALAU BAGAIMANA PUN PENULIS AMAT KAGUM DENGAN KEWIBAWAAN KETIGA-TIGA TOKOH TERSEBUT YANG MANA PADA PENDAPAT PENULIS KETIGA-TIGANYA BERKEMAMPUAN UNTUK MENERAJUI PERGERAKAN PEMUDA DENGAN BAIK.

EHHH..BETUL KE NI...?

Isu Hakim "PAS" akan mendengar Petition Nizar ? - Malaysiakini

ARTIKEL INI DIHARAP DAPAT DIULAS/ DISALIN/ DISEBAR/ DICETAK / DI-SMS OLEH AHLI BPN DENGAN KADAR SEGERA..INI BAGI MEMASTIKAN TIADA BERLAKU SEBARANG KEPUTUSAN TIDAK ADIL OLEH HAKIM YANG DISEBUT DI BAWAH INI DALAM ISU TUNTUTAN SAMAN PENDERHAKA PERAK TERHADAP MB YANG DIPERKENAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH... DEMI UNTUK KEDAULATAN RAJA MELAYU KITA.DAULAT TUANKU !!!
Satu SMS baru saya terima dan mesejnya memerlukan tindakan segera para Blogger yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut SMS tersebut, kes petition saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak dan secara tidak langsung, saman terhadap keputusan yang telah dibuat oleh DYMM Sultan Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS ini pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis. Para blogger dipohon membantu memainkan peranan supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama. Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan sebelum ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana ia boleh akan mempertikaikan kuasa prerogative Raja dalam membuat keputusan dan membawa impak terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Nizar ini dilihat sebagai wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina sistem mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan telah dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik.
Perkara ini amat berat sekali. Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincangkan perkara ini dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.


cilok dari :

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/hakim-pas-akan-mendengar-petition-nizar.html

Selasa, 17 Februari 2009

BUKIT HAI BUKIT

Berita hangat terkini…gambar separa bogel seorang Anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong yang berbangsa cina berumur 37 tahun telah disebar melalui sistem MMS.

Menurut utusan online, difahamkan, gambar bogel itu diambil tanpa pengetahuan Elizabeth dengan menggunakan telefon bimbit sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu.

Dalam MMS berkenaan, ahli politik yang masih bujang itu berada dalam keadaan berbogel ketika sedang tidur di atas sofa.

Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh bekas teman lelakinya.

Penulis sebenarnya tidak berminat untuk mencari gambar tersebut kerana menyimpan atau menyebarkan gambar-gambar tersebut adalah salah disisi undang-undang dan juga dilarang oleh agama.

Cuma yang bermain difikiran penulis, bagaimanakah gambar-gambar tersebut boleh diambil. Mengikut laporan dari berita mengatakan bahawa gambar tersebut mungkin diambil oleh bekas teman lelakinya.

Persoalan yang bermain difikiran penulis, sejak bilakah penjahat tersebut menjadi bekas teman lelaki mangsa. Adakah sejak kebelakangan ini atau pun sejak sedari PRU 12 tahun lepas.

Berdasarkan dari laporan berita, penulis juga tidak menolak kemungkinan sebelum PRU 12 mereka masih lagi intim sebagai pasangan dan mungkin baru sahaja memutuskan perhubungan.

Penulis amat tidak bersetuju dengan tindakan bekas teman lelaki mangsa sengaja menyebarkan gambar-gambar tersebut bertujuan menjatuhkan imej mangsa demi membalas dendam.

Sepatutnya segala yang berlaku semasa masih didalam keintiman perhubungan mestilah dirahsiakan dari umum bagi menjaga maruah dan imej bekas pasangan masing-masing.

Ishh..ishhh..ishhhhh..kesian mangsa..apakah salahnya….musnah kerjaya politiknya..

Didalam keadaan begini mangsa terpaksalah meletakan jawatannya kerana adalah sukar bagi rakyat untuk menerima seorang wakil yang telah tercalar imejnya. Pihak PR sepatutnya usah juga mempertahankan perkara sebegini kerana bukankah PR amat terkenal mengariskan kredibiliti sesaorang pemimpin.

Walau bagaimana pun penulis tetap memuji tindakan bijak mangsa melapor perkara tersebut kepada pihak Polis.

Oh ya, pujian juga patut diberi kepada kesemua ahli PKR yang mulai mempercayai kewibawaan dan kebolehan pihak polis kita.

Kadang-kadang penulis tergelak sendiri mengenangkan bebagai kejadian pelik-pelik telah berlaku berkaitan BUKIT. Mula-mula kekosongan kerusi BUKIT GANTANG. Selepas itu berita hangat BUKIT SELAMBAU…dan terikini pula timbul kisah BUKIT LANJAN pula.

Maka tentu sekali sekelian ahli UMNO/BN akan berlari-lari menuju ke BUKIT-BUKIT tersebut bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan atau mungkin ditinggalkan.

Syabas Tuan GURU Nik Aziz..memang Tuan Guru seorang seorang USTAD yang telus mata..maka benarlah telahan Tuan Guru, bahawa UMNO AKAN BERLARI-LARI KE BUKIT-BUKIT….

Kah..kah..kah..ke BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT LANJAN…rupanya.

JADI WAHAI UMNO/BN MARILAH KITA SEMUA BERLARI MENUJU ARAH BUKIT GANTANG...BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT LANJAN....KITA RAMPAS SEMUA BUKIT-BUKIT TERSEBUT...KAH..KAH..KAH

Sabtu, 14 Februari 2009

KASI BUANG NEGERI AJE..??

Kalau ikut kemarahan bangsa Melayu kepada sesiapa saja yang menderhaka kepada Raja Melayu dan jika negara kita ini tidak mempunyai undang-undang seperti di zaman dahulu, mungkin telah lama mereka yang menderhaka kepada Raja telah kita kirimkan ke suatu tempat untuk mereka berehat dalam keamanan.

Namun kita masih mempunyai undang-undang. Saranan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar Nizar di buang negeri adalah wajar. Tidaklah perlu dipertikaikan siapa KJ untuk menyaran perkara berkenaan, kerana beliau adalah anak melayu yang hidup berbudaya beraja, beliau juga mempertahankan hak budaya Melayu yang turun temurun hidup berbudayakan beraja.

Saranan beliau perlu di pertimbangkan. Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.

Sebagai anak Melayu KJ berhak memendam rasa marah, kita ketepikan pasal politik, KJ berhak marah, bukan KJ saja, sesiapa sahaja yang bernama Melayu berhak marah. Yang tidak marah adalah Melayu yang biadab kepada Sultan yang termakan racun pembangkang untuk membenci Sultan. Apa hak pula bangsa asing hendak pertikaikan apa yang KJ luahkan, itu hak dia. Apa hak bangsa asing yang pertikaikan hak orang Melayu, ini hak kami, bukan hak bangsa asing.

Kita patut bangga kerana anak Melayu yang berani bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu.. Kalau kita terus hipokrates takut akan populariti dalam politik menjadi luntur kerana bercakap yang benar dan memperjuangakan yang benar adalah lebih baik kita jangan berbicara mengenai masalah Melayu dan bangsa Melayu. Kita seharusnya memberikan sokongan padu kepada KJ dan kita seharusnya jangan pertikaikan hak beliau untuk menyarankan agar Nizar di nyahkan dari negeri Perak.

Kita juga harus dapat membezakan antara hasutan dan juga dengan saranan, kita juga harus dapat membezakan ini adalah satu saranan yang serious yang diluahkan dengan niat, ini bukan perkara yang boleh kita permain-mainkan. Ibarat tercemarnya nama kepala Agama Islam di Negeri Perak, Ibarat tercemarnya nama baik pemimpin pertama di negeri Perak. Yang paling menyedihkan lagi, sikap kurang ajar penyokong Nizar yang sanggup menghalang kereta rasmi Sultan, ini adalah sikap yang paling biadab dan seharusnya Nizar bertanggungjawab ke atas perbuatan penyokong beliau. Apa hebat sangat ke Nizar ini, kebal sangat ke Nizar ini. Di sini kami menyokong penuh saranan KJ agar Nizar di buang negeri.

Kalau tidak boleh hormat dengan Raja Melayu, nyah kamu dari negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan Perak Darul Karpal Singh atau Perak Darul Lim Kit Siang. Jika dahulu sebelum kepala mereka ini di saiko oleh Anwar Ibrahim, pantang mereka jika Raja Melayu di permainkan, sekarang mereka dah sama dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh.. Mereka penyokong PR dah sekapal dengan Karpal Singh.

Oleh KPMU

Jumaat, 13 Februari 2009

MASUK TAK BERSALAM MAKA KENA PALAM

BERIKUT ADALAH KOMEN SEORANG ANON DI BLOG TUAH...

Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga, pada Abang Tuah, kalau Ilmu tak tinggi mana jangan nak pandai2 cakap ttg agama, baca kitab jawi pun tak reti, semagat hanya dililit kepala dengan kain kuning, lalu menjerit.. daulat tuanku.. nanti padah jawapnya... setakat baca buku2 versi hadari naik semangat nak bela agama, tapi sebenarnya semangat bangsa.. teman nak pinjam semangat sultan Muhammad al-Fatih.

Abang Tuah ni tinggi semangat bangsanye, tapi teman nebgok erdogan teringat teman pada sultan muhammad yang berbangsa Turkey, orang turkey sejarahnya hebat, bangsanye hebat membela Islam keserata jagat, bila agaknya nak muncul sultan melayu sepertinya, atau ada menteri melayu yang berani seperti erdogan, orang turkey sudah membuktikan, melayu hanya pandai menghulur keris dan lilit kain kuning.


JAWAPAN DARI TUAH YANG BUDIMAN ..HAHA..HAHA..

Wah Kashaf betul awak ni ya
Boleh membaca tentang diri saya
Cuba awak jelaskan bagaimana cara
Internetkah atau bisikan jin sahaja

Ku sambut cabaran tuan hamba
Dengar sini ku punya cerita
Berhemahlah dalam berkata-kata
Jangan buat perangai lebai cilaka

Biar kail ku sejengkal sahaja,
Lautan dalam ku pukat tunda,
Tiada guna nafas mu dihela,
Kepada ULIL AMRI kamu DURHAKA..!!

Ku hunuskan keris tanda setia
Agama dan bangsa tetap ku bela
Tiada guna berserban di kepala
Jika hanya mencerca menghina

Bijak sungguh Hang Tuah berkata
Takan hilang melayu didunia
Melayu beradat lagi beragama
Mengapa TALIBAN yang kamu puja?

Kekuatan HADHARI pada konsepnya
Kenapa saranan baik sukar diterima
Selain lebai PAS jadi pengajurnya
Macam-macamlah beb lu buat cerita

Apa dipandang keluar negara
Sejarah Melayu 900 tahun kisahnya
Kini SULTAN pula yang kamu hina
Apakah PERAK menjadi penyebabnya

Tak terkecuali Mufti Negara
Kamu cemuh pula pandangannya
Kerana menyaggah puak derhaka
Mufti UMNO pula yang kamu kata

SULTAN yang arif lagi bijaksana
Telah menimbang dengan seadilnya
Jika keputusan PERAK sebaliknya
Berduyun pula Tok Guru memuji baginda

Wahai golongan manusia hina
Munafik gelaran yang selayaknya
Kepada SULTAN jangan DURHAKA
SULTAN PAYUNG AGAMA dan BANGSA.

Rabu, 11 Februari 2009

AKIBAT MELANGGAR SUMPAH DI HADAPAN SULTAN

Salam, episod 10 bulan yang lalu diimbau kembali, setelah bertelingkah dan berkelam kabut 3 parti berlainan idiologi mahu memerintah negeri Perak, beberapa calon di kemukakan untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan shah, raja yang memerintah negeri Perak darul Ridzuan, yang juga ketua Agama Islam bagi Negeri Perak, maka dipersembahkan kepada Tuanku oleh Ketua2 Parti masing2 antaranya Ngey Ko ham wakil DAP, Zulkifli Ibrahim wakil PKR dan Nizar jamaluddin wakil PAS, masing2 mengemukakan calon kecuali DAP yang terpaksa akur akan undang2 tubuh negeri Perak hanya menetapkan mereka yang berbangsa melayu saja boleh di pertimbangkan oleh Tuanku untuk dilantik sebagai MB, dalam masa yang sama Tajol Rosli selaku Pengerusi UMNO ng Perak juga mengadap Tuanku untuk mempersembahkan Calon MB kerana di dakwa pakatan Rakyat bukan pertubuhan yang berdaftar dan didakwa tidak cukup kerusi jika diasing2 asing kan kedudukan kerusi mengikut parti masing2 sedangkan BN sebuah Pertubuhan berdaftar menjadi satu Parti yang mempunyai 28 DUN yang menang UMNO 27 dan MCA 1, atas kebijaksanaan Tuanku ketika itu mempertimbangkan pula bukti surat pengakuan atas tidakan kecekapan 3 parti mengemukakan surat menyokong dan persetujuan bergabung menyokong antara satu sama lain 3 parti tersebut maka Tuanku menolak cadangan dan dakwaan Tajol Rosli dan dengan akur dan patuh tajol dan UMNO menerimanya malah tanpa henti Tajol terus mempelawa PAS bergabung dengan UMNO untuk menubuh kerajaan dengan menawarkan MB dan 5 exco diberi kepada PAS, Tetapi tawaran tersebut pantas ditolak oleh Nizar dengan kata2 lebih baik bergabung dengan DAP orang cina daripada bergabung dengan UMNO, berbalik semula kepada peranan Tuanku, maka setelah Tuanku mempernilaikan pula calon2 yang dikemukan oleh 3 parti tersebut maka Nizar Jamaluddin diperkenankan oleh tuanku atas dasar beliau yang paling layak diatas kelulusan dan perwatakan beliau, maka menjunjung kasih lah pemimpin2 PAS, DAP dan PKR terhadap tuanku kerana memperkenankan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baru dan memperkenankan Nizar jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke 10.

Justeru itu Majlis mengadap untuk mengangkat sumpah Menteri Besar diadakan di Istana Bukit Chandan di Balairong Seri Istana Bukit Chandan berlansunglah episod Nizar dititah mengadap kehadapan DYMM Sultan Azlan Shah dengan mengangkat tangan kanan bersaksikan kerabat dan orang besar Negeri dan dif2 kehormat termasuklah wakil rakyat dari UMNO dan BN menyaksikannya walaupun berat mata memandang, maka lafaslah sumpah taat setia kepada Raja serta sumpah menjalankan tugas sebagai MB dan sumpah simpan rahsia diakhirnya lafaz diseru DAULAT TUANKU!!!.

Begitulah juga yang berlaku terhadap episod terbaru terhadap kerajaan baru yang dipersembahkan kepada Tuanku dan begitu juga lah episod mengankat sumpah tata setia dilafazkan oleh Dr Zambry sebagai MB ke 11 yang baru.

Apa yang mengusarkan kuntakinte, adakah Nizar telah terkena "BADI" sumpah, adakah nizar telah ditimpa "BADI" daulat, adakah Nizar telah menerima "BADI" taat setia terhadap Tuanku yang sememangnya cukup berdaulat sebagai seorang Raja Negeri Perak yang mengakibatkan badan diri Nizar tidak tentu arah, tidak tenteram, tidak normal sebagai seorang yang dikatakan pejuang Islam, gila lakunya, gila lagaknya, gila perangainya, memang bukan calang2 orang mampu mengadap Sultan didalam Istana Bukit Chandan malah di depan Balairong Seri, berdiri bulu roma teman, sebab teman pernah juga 2 kali masuk ke balairong Seri menerima Pingat Ahli Mangku Perak (AMP) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (bukan nak suka2 cerita dapat pingat) tapi nak maklumkan perasaan benar apa yang teman rasai tubuh badan teman ketika mengadap Tuanku di Balairong Seri.

Gila nya Nizar bagai di rasuk, gila nya bagai diganggu sesuatu, melawan juga Nizar perasaannya hingga sanggup beliau MENDERHAKA, ini bukti kenyataan beliau selepas Tuanku tidak perkenan kan permohonannya membubar Dewan Undangan Negeri, selama hidup teman ini satu2 nya anak melayu malah seorang MB sanggup MENDERHAKA terhadap Tuanku, bagaimana sekiranya selepas ini beliau kembali menjadi MB diatas satu2 hal kelak apa riaksi nya ketika itu, perkenankah tuanku terhadapnya untuk dilantik sebagai MB, semuanya itu bagai kan hilang dari akal fikiran dan hilang dalam pertimbangan, hilang dalam konsep sabar itu separuh dari iman, hilang bagai kan bukan seorang yang mempunyai ilmu agama didada sikap dan perangainya diluar normal2 seorang pemimpin Islam.

"BADI" yang terkena kepada Nizar mempetonjolkan "BADI" yang sebenar hati budi seseorang, terlalu angkuh mungkin, terlalu riak mungkin juga, terlalu gelojoh pun ada kemungkinan memberi kesedaran keoada kita bukan semua manusia dikurnia oleh Allah S.W.T mampu atau layak bergelar pemimpin, mungkin Nizar tak layak menjadi pemimpin tetapi beliau berkelayakan menjadi seorang IR yang berjaya membuat duit dalam perniagaan yang dikurniakan projek oleh Kerajaan Persekutuan dan kejayaan Kerajaan UMNO melahirkan seorang IR yang berjaya MAKA layaknya hanya sebagai seorang ahli perniagaan lahiran kerajaan UMNO atas perkenan dan kurniaan Allah S.W.T.

Boleh kah Nizar muhasabah diri, terfikirkah otak nya, atau tiada kah ulama2 dalam PAS mengingatkan nya atau menasihatkannya atau meminta beliau mengucap kalimah shahadah...., tak mampu ke Harun Din memberi air jampi kepada Nizar yang parah kelakuannya, seram teman lihat kelakuannya. gila kuasa, gila talak, gila bayang, gila kepayang, gila cinta, gila harta, gila pangkat dan berbagai2 gila lagi...ish..ish... sanggup sungguh sanggup ulama2 PAS hanya menonton dalam TV1, TV3, TV7 dan TV9 kelakuan Nizar tanpa menghulurkan bantuan sekadar ala kadar pun cukup lah... kesian anak bini Nizar, bagaikan kawan hanya dikala senang yang bapa dan suami nya ada di keliling sebelum ini... itu lah kalau BADI tak diurus dengan baik dan sempurna akibatnya.....sendiri fikir le yeop!!!! seram bulu tengkok teman.

Selasa, 10 Februari 2009

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.


salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Isnin, 9 Februari 2009

DOA MEREKA YANG TAK BERDOSA




APALAH DOSA KAMI...YA TUHAN KAU TUNJUKANLAH.....!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

DI PP KE..PERAK KE..KEDAH KE....TAPI BALANYA TELAH MENIMPA..PERRRRRLAHAN-LAHAN. MULA-MULA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK MUSNAH..KEMUDIAN SELANGOR..KEMUDIAN KEDAH AND SO ON..KEH..KEH..KEH....!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ambil alih balai raya: Pusat ada bukti

IPOH 20 Jan. - Kerajaan Perak telah mengeluarkan arahan rasmi melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu meminta semua Pegawai Daerah mengambil semula kunci balai raya dan dewan orang ramai hingga memaksa Tabika Kemas di tutup.

Itu merupakan bukti yang dimiliki Kerajaan Pusat berhubung penutupan tabika itu bagi menjawab dakwaan exco kanan kerajaan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa tiada arahan demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan rasmi itu meminta penghulu atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri mengambil alih balai raya dan dewan orang ramai yang digunakan sebagai Tadika Kemas atas dakwaan ia milik Kerajaan Perak.

"Saya menyangkal kenyataan Exco kanan negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa dua menteri berbohong kerana tiada arahan daripada Kerajaan Perak supaya menutup dewan orang ramai yang sebahagiannya dijadikan kelas Tabika Kemas.

"Saya mempunyai bukti kukuh iaitu surat rasmi bertajuk Pengurusan Balairaya atau Dewan Orang Ramai di Kampung Tradisional yang mengarahkan semua pegawai daerah mengambil kunci dewan daripada Pengerusi JKKK lama untuk diserahkan kepada Pengerusi JKKK yang baru," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini hari ini.

Sumber utusan online...

Ahad, 8 Februari 2009

RUKUN PAKATAN..KAH..KAH..KAH..


















KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MASING-MASING,


KESETIAAN KEPADA RAJA(JIKA MENYOKONG KITA),


DERHAKA KEPADA RAJA(JIKA MENENTANG KITA),


KETAATAN KEPADA PEMIMPIN DAP,


KESETIAN KEPADA PEMIMPIN PKR,


KEPERCAYAAN KEPADA PEMIMPIN PAS.


Sumber asal:

http://suarasukj.blogspot.com/

Sabtu, 7 Februari 2009

TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!

KERANA MELAYU TELAH DURHAKA

AKAN KU BONGKAR SATU CERITA

BERMULA KISAH SEJARAH NUSANTARA

KISAH KERAJAAN DAHULU KALA


TERUTUS, TERSURAT LAGI TERSIRAT

TIBA SEORANG WALI KERAMAT

BAPA MELAYU TERIMA TALKIN AMANAT

SULTAN AULIA KURNIAKAN TONGKAT


CAMPURAN DARAH PELBAGAI WARNA

AHLIL JAWI JADID DIBERI NAMA

TURUNAN MANUSIA AGUNG GELARANNYA

WAHAI MELAYU FAHAMI MAKNA.


SYIAR TERSEBAR KESELURUH NUSANTARA

DIBAWA OLEH PARA WALI DAN AULIA

TURUNAN SAPURBA AMBIL BEBANANNYA

SULTAN DAN SHAH PEMAKAIANNYA


BAPA MERDEKA ARIF BIJAKSANA

PERLEMBAGAAN DILAKAR DENGAN SEMPURNA

HAK MELAYU TAK TINGGAL NAMA

BAPA MELAYU MENDAPAT TEMPATNYA.


WAHAI MELAYU JANGAN KAU LUPA

MELAYU BANGSA PANTANG DURHAKA

BAPA MELAYU BUKAN SEDIKIT DAULATNYA.

MEMIKUL TALKIN AMANAT AGAMA


DAULAT TUANKU….!!!! DAULAT TUANKU…!!!! DAULAT TUANKU...!!!!

Jumaat, 6 Februari 2009

NIZAR TIADA PILIHAN.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu menerima hakikat yang beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau tidak lagi mempunyai sebarang pilihan lain kecuali akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pakar undang-undang perlembagaan menegaskan, atas apa alasan sekalipun, keputusan Sultan Azlan itu tidak lagi boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan menurut undang-undang dan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

PERUNTUKAN 16(6) UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK MEMPERUNTUKAN:

JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESCO MAJLIS.

Pandangan penulis peruntukan tersebut jelas menyatakan bahawa Menteri Besar layak meminta untuk memansuhkan dewan perundangan. Akan tetapi disini juga amat jelas dan difahami bahawa DYMM Sultan berhak untuk menimbangkan dahulu permintaan tersebut dan mempunyai kuasa exsekutif sama ada memperkenankan atau menolak.

Pandangan penulis DYMM Sultan Perak tentunya boleh memperkenankan permintaan tersebut sekiranya mendapati ianya akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat jelata. Akan tetapi baginda juga berhak menolak permintaan tersebut sekiranya mendapati ianya gagal mematuhi syarat-syarat tertentu.

Dengan majoriti BN telah melebihi PR makanya baginda tentunya ada pilihan selain bersetuju membubarkan dewan demi kebaikan rakyat Negeri Perak. Mungkin baginda mepunyai alasannya tersendiri iaitu tidak memilih jalan yang akan mendatangkan pembaziran (pilihan raya), membantutkan pembangunan atau segala perkara yang menyebabkan kesulitan kepada rakyat dizaman kemelesetan ekonomi ini.

Menurut Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, biarpun boleh mendakwa wujud keraguan terhadap cara penyingkirannya termasuk tidak dilakukan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), namun keputusan itu tetap sah.

Kata beliau, ini berdasarkan peruntukan undang-undang iaitu baginda perlu berpuas hati yang Menteri Besar sedia ada sudah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli ADUN.

‘‘Seperti mana pelantikan Menteri Besar, begitulah juga dengan kaedah pelucutan seseorang daripada jawatan tersebut. ADUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah dibawa menghadap baginda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, situasi di Perak adalah jelas kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Katanya, apabila itu berlaku walaupun di luar DUN, maka apa sahaja keputusan Sultan Perak sama ada memutuskan pelantikan Menteri Besar baru atau dibubarkan DUN untuk satu pilihan raya baru, ia adalah pada budi bicara baginda.

‘‘Apabila baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN maka kita kena hormat dan akur. Sekarang ini bukan sekadar soal tidak menghormati raja, tetapi ia juga satu pelanggaran undang-undang kalau ingkar.

‘‘Jadi atas alasan apa baginda tidak memilih untuk membubarkan DUN, itu adalah hak mutlak budi bicara Sultan yang tentunya mempunyai sebab tersendiri.

‘‘Lagi pun jika ada pilihan raya baru, tiada jaminan juga akan ada parti yang boleh bentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat selain keutamaan negara adalah untuk berdepan cabaran ekonomi bukan lagi soal politik,’’ jelasnya.

Pendapat penulis disini elok juga kita ambil perbandingan terdekat iaitu dengan merujuk kepada beberapa peristiwa yang berlaku sejurus pru 12 yang lepas. DYMM Sultan Kedah dan DYMM Sultan Terengganu telah menolak perlantikan Menteri Besar yang telah diberikan mandat oleh BN. Maka disini juga jelas menunjukkan bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk memperkenankan atau menolak perlantikan sesaorang Menteri Besar dan ianya bergantung kepada kebijasanaan dan budi bicara Sultan. Cuma bezanya disini UMNO/BN telah mengambil jalan penyelesaian yang baik dan pendekatan yang berhemah iaitu setia dan akor dengan titah Sultan dan jauh sekali tergamak untuk menderhaka.


Sumber rujukan utusan online.

Khamis, 5 Februari 2009

TELEX TERUS MENERUS DARI SELATMELAKA POST.

Kerusi Emas Merentasi Selat Dinding ke Pangkor ia terdampar

Di Pasiran Pantai Pasir Panjang aku dikosongkan, aku lantas menaiki feri ke Pangkor... dan di sana aku akan mula bertugas kembali..... Dan tugas pertamaku ialah Mengoyakkan Perjanjian Pangkor II..... Sekianlah adanya.... Maka kunoktahkah segala perjalanan yang sangat panjang ini.... sepasiran yang amat panjang... Namun panjang lagi hajat murni di hati...


SEKALUNG TAHNIAH BUAT DATO DR ZAMBRY BIN ABDUL KADIR


sumber: Selatmelaka Post

http://selatmelakapost.blogspot.com/

---------------------------------------------------------------------------------------------------

PANDANGAN PENULIS:


INILAH TOKOH KEPIMPINAN YANG SELAYAKNYA MENJADI MB PERAK.

TOKOH KEPIMPINAN INI ADALAH SEORANG YANG BERPELAJARAN, REALISTIK, PRAKTIKAL BERPENGALAMAN, LANTANG, BERANI DAN MESRA RAKYAT.


ALHAMDULILAH PERAK DAN RAKYATNYA KINI BERADA DITANGAN YANG SELAMAT.


PENJIMATAN WANG RAKYAT DAN KETERUSAN PEMBANGUNAN DAN JANGAN CUBA JADI PENDERHAKA.

PENJIMATAN WANG RAKYAT DAN KETERUSAN PEMBANGUNAN.

YA ITU YANG PENTING SEKALI DIDALAM MEMBUAT APA-APA KEPUTUSAN BERKAITAN DI NEGERI PERAK.


SEKIRANYA DUN DI BUBARKAN DAN PILIHAN RAYA DI ADAKAN SEMULA MAKA CUBALAH KITA SEKELIAN BAYANGKAN BERAPA BANYAK WANG RAKYAT YANG AKAN HANGUS SERTA IANYA AKAN MEMBANTUTKAN PROSES PEMBANGUNAN NEGERI TERSEBUT.


PEMBANGUNAN NEGERI PERAK TENTUNYA AKAN TERJEJAS KERANA TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU POLITIK, PILIHAN RAYA..DAN PEMILIHAN PEMIMPIN…MAKA SETAHUN LAGI PULA BARU NAK BUAT PERANCANGAN PEMBANGUNAN YANG BARU.


BUKAN RIBUAN RINGGIT…BUKAN JUTAAN RINGGIT…MALAH ANGKA TERSEBUT BOLEH MENCECAH SEHINGGA PULUHAN MALAH JUTAAN RINGGIT UNTUK MENGADAKAN PILIHAN RAYA SEKALI LAGI.


SUDAH TENTUNYA KITA SEBAGAI RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI TIDAK MAHU WANG TERSEBUT DIBELANJAKAN BEGITU SAHAJA HANYA KERANA KEINGINAN SEORANG MB BERSERTA EXCONYA YANG BERMINAT SANGAT KEPADA PILIHANRAYA SEMULA.


BUKANKAH SELAMA INI YANG DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT…"USAH DI BAZIRKAN WANG RAKYAT"…"WANG PEMBAYAR CUKAI HAK RAKYAT"…JADI SEKIRA JUJUR APAYANG DILAUNGKAN SELAMA INI MAKA ELOKLAH PEMBUBARAN DUN TIDAK DIPERKENANKAN OLEH KEBAWAH DULI TUANKU SULTAN PERAK


JADI PENULIS SARANKAN WANG YANG MUNGKIN DIGUNAKAN UNTUK PILIHARAYA TERSEBUT DIBUATKAN KEPADA PERKARA YANG LEBIH BERMUNAFAAT SEPERTI DIRIKAN SEBUAH LAGI HOSPITAL ATAU PUSAT JAGAAN ANAK YATIM YANG TERCANGGIH.


PADA PANDANGAN PENULIS, KEPUTUSAN TERSEBUT ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG AMAT TEPAT KERANA IANYA BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK PERUNTUKAN 16 (6)).


IANYA KEPUTUSAN YANG MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG. MB PERAK SERTA KESEMUA EXCONYA PERLULAH MENERIMA HAKIKAT SERTA MELETAKAN JAWATAN SERTA MERTA UNTUK DIGANTIKAN DENGAN BARISAN KEPIMPINANAN DARI PIHAK BARISAN NASIONAL YANG LEBIH BERKELAYAKAN DAN TELAH MEMPUNYAI CUKUP BILANGAN ADUN MELEBIHI PAKATAN RAKYAT.


HMM..HMM..MAHU TUNGGU APA LAGI...NANTI KENA HALAU PULAK...

DAN

JANGAN PULA NAK JADI PENDERHAKA...KERANA BANGSA MELAYU MENOLAK PENDERHAKAAN!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online