Ahad, 29 November 2009

DISAHKAN..KOLONEL MAD ADALAH...??



‘Kolonel Mat’ hanya khayalan Nik Aziz, kata Ibrahim Ali

PETALING JAYA, Nov 29 — Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang kini sudah “memisahkan” diri beliau daripada kerjasama dengan PAS berpendapat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berkhayal dan mereka cerita bahawa wujud konspirasi yang dirancang oleh “Kolonel Mat” untuk menjatuhkannya dan kerajaan PAS negeri.

Justeru kata Ibrahim, Mursyidul Am PAS itu hanya mahu menutup pergolakan yang berlaku dalam PAS Kelantan termasuk isu tajaan haji dan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

"Saya melihat dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai khayalan dan rekaan yang dibuat disebabkan pergolakan dalaman sejak akhir-akhir ini yang semakin menonjol," katanya.

Ketika ditemui wartawan di Kota Baru semalam, Ibrahim yang dipetik Mingguan Malaysia berkata, disebabkan terlalu lama berkuasa emosi Nik Aziz sudah bercelaru dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik antaranya menegur Presiden PAS dan mendesak supaya Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung digantikan.

Ibrahim yang bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 dengan kerjasama PAS menambah, pelbagai isu yang melanda Nik Aziz pada masa kini adalah disebabkan kegagalan beliau melaksanakan tugas dengan baik dan mula menuding jari kepada orang lain.

Oleh itu kata beliau yang menjadi mangsa adalah pemimpin Umno sedangkan masalah itu adalah dari dalam parti PAS sendiri.

"Dia mula mengeluarkan kenyataan yang karut akhir-akhir ini. Boleh pula suruh orang ramai berdoa musnahkan seseorang atau kumpulan yang bertentangan dengannya.

"Dalam Islam mana boleh seorang pemimpin yang bergelar ulama berdoa untuk hancurkan orang lain, doa hanyalah untuk kebaikan," kata Ahli Parlimen Bebas ini.

Ibrahim menambah langkah Nik Aziz memuji anak didiknya, Datuk Husam Musa bahawa Allah menciptakannya bukan untuk rakyat Kelantan sahaja tetapi bagi Malaysia turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Exco kerajaan negeri yang lain.

"Saya percaya Exco yang lain berasa kecil hati dengan tindakan Nik Aziz memuji 'anak emasnya' itu dan ia menyebabkan ada di antara Exco yang mendesaknya supaya menamakan bakal penggantinya.

"Sebenarnya mereka memberikan tekanan kepada Tok Guru dan menyebabkan Husam terpaksa secara terbuka menolak sekiranya dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44898-kolonel-mat-hanya-khayalan-nik-aziz-kata-ibrahim-ali


Sementara itu ada yang mendakwa Kolonel Mat adalah ejen UMNO...??? Pelik..lagi pelik...!!

KUALA LUMPUR: Pas mendakwa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah Umno atau ejennya yang cuba mengkucar-kacirkan kepemimpinan Menteri Besar Kelantan dan Pas di negeri itu.

Ahli Biro Politik Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggunakan alasan ia berlandaskan bahawa selama ini Umno adalah parti yang cuba merampas kuasa pemerintahan daripada Pas di Kelantan.

Katanya, semua isu yang timbul di Kelantan sejak akhir-akhir ini juga didalangi Umno dan konco-konconya bagi memberi gambaran negatif terhadap Nik Aziz dan Pas.

"Saya tidak dapat membaca fikiran Tok Guru (Nik Aziz), tetapi pada saya Kolonel Mat yang beliau maksudkan adalah Umno atau ejen parti itu seperti media massa yang dikuasai kerajaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

IDENTITI MAT KOLONEL ?


AGAK-AGAK SIAPAKAH YANG DIMADSUDKAN OLEH NIK AJIS SEBAGAI KOLONEL MAT..??



Pas akhirnya akui wujud perpecahan dalam parti

KUALA TERENGGANU 28 Nov. — Nama ”Kolonel Mat” yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti Pas itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, akhirnya Pas tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.

Katanya, walaupun mungkin nama ”Kolonel Mat” disebut Mursyidul Am Pas itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.

"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.

"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selama-lamanya.

"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Utusan online.

KOMENTAR PENULIS:

WELL..NAMPAKNYA PAS SEDANG SAKIT TENAT OLEH PERANGAI BEBERAPA KOLONEL MAT-KOLONEL MAT. TETAPI SIAPAKAH YANG SEBENARNYA YANG DIMADSUDKAN OLEH NIK AZIZ SEBAGAI MAT KOLONEL TERSEBUT..?

APAKAH IANYA MAT SAPU…KERANA DIBERITAKAN TELAH MELUAT DENGAN KRISIS DALAMAN PAS…?

APAKAH IANYA MAT HASSAN..KERANA SERING DIKATAKAN PROKSI UMNO DALAM PAS DAN KERAP KALI MENGKRITIK PR SECARA TERBUKA..?

ATAU APAKAH IANYA MAT KICK..YANG DAH TERLALU KICK BERBLOGGING SEHINGGA SANGGUP MEMBERIKAN SUPER-KICK NYA KEPADA MENANTU BOSNYA..HEHEHE…?

ITULAH WAHAI NIK AJIS..INI PETUNJUK..KERANA PAS TERLALU MENGHINA..MENGUTUK..MENYUMPAH UMNO..NAH SEKARANG DAH TERBALIK..PAS DAH RETAK..DAH BELAH..DAH NAK HANCUS..!!

OH YE..DIHARAP NIK AJIS DAPAT MEMBERIKAN PENJELASAN SECEPAT MUNGKIN SIAPAKAH YANG DIMADSUDKAN OLEH BELIAU SEBAGAI KOLONEL MAT TERSEBUT…BUKAN APA…KAMI PUN NAK TUMPANG SERONOK...TOLONG KASI NASI TAMBAH LAGI …KAHKAHKAH…!!!

Isnin, 23 November 2009

TEGURAN TERBUKA KEPADA NIK AZIZ.!!


APAKAH MENYANJUNG TOKOH ASING YANG TAK PERNAH BERJASA SATU SEN PUN PADA KITA LEBIH MULIA DARI MENGHARGAI PEMIMPIN SENDIRI YANG TELAH BANYAK BERJASA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..?



Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


PANDANGAN PENULIS:

BEGITULAH KENYATAAN PENGASAS PONDOK GETING, ABDULLAH SA'AMAH DAN JUGA AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN PONDOK KELANTAN.

KENYATAAN BELIAU KELIHATAN AMAT NEUTRAL DAN DIBUAT DIATAS KESEDARAN UNTUK MEMPERBETULKAN SESUATU KEBATILAN DAN KESILAPAN.

MAKA..TERPULANGLAH SENDIRI KEPADA PAS UNTUK BERFIKIR APAKAH SUARA DAN PENDAPAT SELAIN DARI AHLIL MEREKA SEMUANYA SALAH...!!

Ahad, 22 November 2009

NALLA SUNDAY PUNCH FEARED ANWAR.?


APAKAH IGAUAN SEBEGINI YANG SERING MENGANGGUI ANUAR..?


Anwar dianggap pengecut lengahkan dakwaan

KUALA LUMPUR: Umno menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengecut kerana memanipulasi kuasa mahkamah ketika berdepan bekas rakan karibnya, Datuk S Nallakarupan berhubung isu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata taktik yang digunakan Anwar ketika berdepan dakwaan Nallakarupan dan menyaman bekas rakan karibnya itu adalah dengan ‘menyerang musuh sebelum musuh menyerang.’

“Kita sudah masak dengan taktik dia. Gunakan mahkamah untuk melanjutkan kesnya. Kali ini guna mahkamah bagi mengarah bekas rakan karibnya membekalkan butiran isu itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Sunday/Nasional/20091122092824/Article/index_html

SEBELUM ITU BEKAS KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JUGA ADA MEMBIDAS BEKAS KETUANYA ITU.

Anwar tidak mampu berdepan Nallakarupan di mahkamah

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mampu berdepan dengan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan di mahkamah dalam isu menerima duit RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut menggunakan peguam untuk meminta bukti bagi melengah-lengahkan perjalanan kes .

Katanya, ini taktik biasa Anwar dengan memanipulasikan setiap ruang teknikal yang boleh memberi keuntungan kepadanya.

"Ini bukan untuk cari kebenaran tapi taktik nak lari daripada Nallakaruppan.

"Saya pelik kerana dia penasihat PKR yang kononnya berjuang mencari keadilan tapi dia sendiri yang cuba melengah-lengahkan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. (Magnum).

Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu ialah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

Sementara itu, Ezam mendakwa tindakan Anwar menyaman Nallakrupan juga bukan untuk mencari kebenaran sebaliknya untuk mengelak daripada bersemuka secara politik.

Katanya, dakwaan Nallakarupan itu satu cabaran berbentuk politik dan Anwar juga wajar menjawabnya melalui saluran yang sama.

"Bagi kita Nallakarupan membuat satu cabaran politik, kenapa nak dialihkan kepada pertarungan undang-undang, adakah dia tidak berani bersemuka?

"Anwar tidak mahu jawab sebab dia tahu Nallakarupan akan lawan habis-habisan, dari segi politik dia tahu banyak mengenai Anwar, Azizah (Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin (Naib Presiden PKR, Azmin Ali)," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum menyaman Nallakaruppan, Anwar satu ketika dahulu telah menyaman bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar kerana membuat kenyataan politik bahawa negara akan huru hara jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Seperti kebiasaan, kata Ezam, kes itu belum ada perkembangan dan beliau percaya saman Anwar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman juga akan dilengah-lengahkan.


KAH..KAH..KAH…

BERANI KERANA BENAR..TAKUT KERANA SALAH…KE…?

Jumaat, 20 November 2009

TERAMAT HANYIR PETI RAHSIA KEDUA..?


NUAR: KAU LAGI KE MIN..???
MIN: SORRY BOSSSS...!!!


1) set katil italia super king size shamsidar bernilai RM 26,500.00

2) set sofa italian lether shamsidar bernilai RM 24,000.00

aku taknak tulis banyak-banyak. inilah gambaran 'merakyatkan ekonomi' mainan pelacur politik azmin ali . menipu,mengencing,meludah,mengkahak seteruk-teruknya seluruh penyokong jumud mereka demi ketuanan rakyat !

apa sebenarnya maksud ketuanan rakyat bila pemimpin pelacur politik seperti azmin hidupnya bermewah-mewah cukup mega !

apa istimewanya katil super king size italia milik shamsidar itu ? kedap udara,kedap bunyi,kedap air .....

aku ada lagi dokumen-dokumen mereka..anwar kata mahu berperang diselangor, pantang kami rangkaian bloger mengundur diri, perang yang dihulur maka perang juga yang kami beri !

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

SAJA HARI NI COPY PENULISAN BRO GAP..SUKA BACA PENULISAN YANG BERSAHAJA DAN SELAMBA DIA.

SHABAS..MEMANG PADATLAH HENTAKAN LU BRO. LU LAH PERJUANG ASLI…TIADA DUA TIADA TIGA..TIADA TANDINGANNYA…!!!

SUKA DENGAN KATA-KATA LU…:

“anwar kata mahu berperang diselangor, pantang kami rangkaian bloger mengundur diri, perang yang dihulur maka perang juga yang kami beri !”

MAKANYA...WAHAI KESEMUA BLOGGER DI BAWAH NAUNGAN BPN, BLOGGER PRO KERAJAAN/UMNO, DAN BLOGGER ANTI ANUAR..AYUH KITA GABUNGKAN TENAGA..KITA SAHUT SARANAN GAP..KITA BANTU ..KITA SOKONG…KITA TOLONG BUKAKAN LEBIH BANYAK LAGI PETI-PETI ONAR..LENDIR..NANAH...PAKATAN DAN BIAR BAU HANYIR..BUSUK..PAHIT…DARI PETI-PETI TERSEBUT DAPAT DIHIDU OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA…!!!

YA GAP..JIKA PERANG YANG ANUAR PINTA…MAKA PERANG JUGALAH YANG KITA BERIKAN…!!!

Rabu, 18 November 2009

ITUKAH ISI PETI RAHSIA BERDARJAH TERAMAT SULIT..?


ADUSSS..!! BIKIN PHENING KAPLA BETUILAH HAMPA PI DOK DALAM PETI TU BUAT APA..???



IGP: Best if MACC investigates Azmin on shares issue

By STEVEN DANIEL

stevend@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Investigations into allegations that PKR vice-president Azmin Ali had owned shares worth RM2mil have been handed over to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said that although the police Commercial Crime Investigations Department had the right to investigate the case, it was best left to the MACC.

“There was a similar case which was investigated by the MACC quite some time back, but it was inconclusive due to lack of evidence.

“With the handing over of the documents, the Commission may have new evidence to reopen the case and investigate further,” he said.

Azmin is alleged to have acquired the shares when he was private secretary to Datuk Seri Anwar Ibrahim, the then Deputy Prime Minister and Finance Minister.

Musa added that police had recorded the statement of Anuar Shaari, the former private secretary to Anwar at the Finance Ministry, who alleged that Azmin acquired at least RM2mil in shares between 1992 and 1994.

He said Anuar’s statement has also been given to the MACC to assist in its investigations.

Anuar had lodged a police report at the Bukit Perdana Commercial Crimes Investigation headquarters on Tuesday, claiming he had documents showing that Azmin had shares worth some RM2mil.

Last week, former MIC Youth chief S.A. Vigneswaran accused Azmin of owning shares of up to RM8.5mil in the early 1990s.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/18/nation/20091118192528&sec=nation


HUHUHU…!!!

SUDAH TERBUKAKAH SATU DARI TUJUH PETI BERDARJAH TERAMAT SULIT YANG DIKATAKAN BERADA DIDALAM SIMPANAN ANUAR…?

OH YA…JANGAN LUPA PULA PADA HARTA-HARTA KARAT PENINGGALAN DARI KAUM SO’DUM DARI PETI BESI ANUAR YANG PERTAMA SEDANG DIBICARAKAN..TU TAK BOLEH ULAS LEBIH-LEBIH…!!

AGAK-AGAKNYA LAH..APAKAH KANDUNGAN DI DALAM LIMA LAGI PETI ANUAR YANG MASIH BELUM TERBUKA…YANG DIKATAKAN BERDARJAH TERAMAT SULIT TU..???

Ahad, 15 November 2009

I NAK JADIKAN YOU TARUHAN. HEEE..BESTNYA...!!!


Blog siar rakaman bai'ah talak tiga

Bercanggah dengan dakwaan pucuk pimpinan PAS, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad bukan satu-satunya pemimpin parti itu yang melafazkan "bai'ah" talak tiga.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Blog Tulang Besi menyiarkan rakaman audio yang didakwa percakapan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mengesahkan bahawa semua calon PAS mesti membuat sumpah "bai'ah" sebelum bertanding.

"Bila kita hendak bertanding dalam pilihanraya, ada borang perlu ditandatangani, dan anda perlu berbuat demikian di depan seorang pemimpin di situ, memberitahu pemimpin itu apa yang kita tulis dan tandatangani.

"Kalau misalnya kita "melompat" selepas menang, maka dengan sendirinya isteri anda tercerai dengan 'talak tiga'," kata lelaki yang suaranya mirip Dr Hasan Ali itu.

"Itulah sebabnya mengapa di Kelantan, dalam masa dua tahun enam bulan begitu, satu majoriti tu dapat bertahan...Mengapa? saya fikir ianya kerana ada sumpah tersebut," tambahnya.

"Tetapi saya telah cakap, kalau misalnya orang PAS.. (Dr) Halimah (Ali, ADUN Selat Kelang) nak keluar... (Dr) Halimah saya tak tahu dia nak ceraikan suaminya atau tidak," kata lelaki itu disambut ketawa mereka yang berada di situ.

"Jadi saya rasa, jika anda berharap orang PAS lompat parti-parti lain, ianya hampir mustahil, Kecuali dia gila," katanya di akhir rakaman itu

http://www.malaysiakini.com/news/117455


ENTAH BETUL ENTAH TIDAK..TAPI KEDENGARANNYA RAMAI LAGI SELAIN KHALID SAMAD YANG TELAH BERANI MENGAKUI DAN MENDAKWA BAHAWA SEMEMANGNYA BAI’AH DIAMALKAN OLEH PAS.

JIKA BAI'AH BENAR BERLAKU MAKA BERMAKNA PUCUK KEPIMPINAN PAS CUBA MENUTUP ISU INI DAN DENGAN SELAMBA BADAKNYA CUBA BERBOHONG KEPADA RAKYAT MALAYSIA ? APAKAH DIKATEGORI SEBAGAI BOHONG SUNAT PULA DALAM PAS..??

JUGA SAKSIKANLAH RAKAMAN SUARA DAN VIDEO DARI U-TUBE INI..THEN FIKIRLAH SENDIRI…!!!






http://promelayu.blogspot.com/

Jumaat, 13 November 2009

SAPALAH YANG MENGUSIK TOK NI...??

MEMANG POWERRRR...LAKONAN TOK GURU...!!!


KOTA BHARU 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini membatalkan hasratnya menunaikan ibadat haji ekoran berita penajaannya ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah mingguan di sini hari ini.

Katanya, laporan tersebut sengaja diperbesar-besarkan.

Beliau sebelum ini beranggapan tindakannnya menerima penajaan itu tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimana pun semalam, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menurut sumber sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. – Utusan

PADA PANDANGAN PENULIS MEMANG TEPAT KEPUTUSAN NIK AJIS MEMBATALKAN RANCANGAN UNTUK KE MEKAH DENGAN PEMBIAYAAN DARI PIHAK TERTENTU.

BUKAN BERNIAT BUSUK UNTUK MENGHALANG NIAT BAIK NIK AJIS UNTUK MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KELIMA..TETAPI DIKUATIRI AKAN TIMBUL LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKAN SEKIRANYA BELIAU MENERUSKAN JUGA NIAT TERSEBUT. HMMM…WALAU PUN KAMI NAMPAK MACAM JAHAT…TAPI KAMI SEBENARNYA TAK SAMPAI HATI MELIHAT NIK AJIS DISIASAT DAN TURUN NAIK MAHKAMAH KELAK…!!!

NIK AJIS DAN SEKELIAN WARGA PAS KENA FAHAM…SUMBANGAN ATAU CENDERAHATI YANG BERLEBIH-LEBIHAN BOLEH MENIMBUKAN PERBAGAI TANGAPAN DAN SILAP-SILAP HARIBULAN BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI RASUAH…!!!

MENANTU ATAU HANTU..?


TANAM PINANG RAPAT-RAPAT
BIAR SENANG PUYUH BERLARI
PELUK AYAH CEPAT-CEPAT
SPRM SUDAH MARI.

KEDENGARAN SUDAH ADA PIHAK YANG MEMPERTIKAIKAN PERANGAI, SIFAT DAN SIKAP MENANTU NIK AJIS. DENGAR KABARNYA MAKLUMAT TERSEBUT TELAH DIBOCORKAN OLEH ORANG DALAM IAITU STAF PNBK SENDIRI.

ISHH..ISHHH..MACAM-MACAM…!! SEGALA JENIS KETIDAKBOLEHAN, KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENG DAN LAIN-LAIN TELAH DIDEDAHKAN..!!!

WELL NIK AJIS..MACAM MANA NI…?? KALAU TERSILAP PILIH PASANGAN UNTUK ANAK ITU HAL MASALAH KELUARGA. TAPI KALAU TERSILAP MEMPERCAYAI KRONI UNTUK JAWATAN PENTING MAKA IANYA AKAN MENJADI HAL MASALAH RAKYAT DAN NEGERI…!!!

http://www.anwaraidc.com/2009/11/kenapa-menantu-nik-aziz-dipertikai.html

KADANG-KADANG KITA KENALAH BERHATI-HATI DENGAN MENANTU …MAKLUM PERANGAI MENANTU NI MACAM-MACAM..ADA YANG BAIK ADA YANG BURUK DAN KADANG-KADANG ADA JUGA YANG BOLEH BERUBAH MENJADI HANTU…!!!

ITU AJELAH NASIHAT PENULIS PADA NIK AJIS..HEHEHEHE…!!!

Khamis, 12 November 2009

SELIPAR TOK GURU PUN KENA KEBAS KE..?


DENGAR KISAHNYA PAS KELANTAN MEMPERTAHANKAN MENTERI BESAR DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG MENERIMA TAJAAN MENGERJAKAN HAJI KERANA MENGANGGAPNYA SEBAHAGIAN AMALAN DAN BUDAYA DI NEGERI ITU.

DIBERITAKAN NIK ABDUL AZIZ JUGA MENGAKUI MENERIMA PEMBIAYAAN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI BERNILAI RM65,000 SELAMA DUA MINGGU.

NIK ABDUL AZIZ JUGA DILAPORKAN MENERIMA TAJAAN ITU KERANA BERANGGAPAN IA BUKANLAH AMALAN RASUAH KERANA PIHAK PENAJA TIDAK MEMINTA SEBARANG GANJARAN BALAS.

http://www.malaysiakini.com/news/117153
http://www.malaysiakini.com/news/117175

PENULIS JUGA ADA TERBACA BAHAWA SELIPAR TOK GURU PUN DICURI UNTUK BERKAT. AGAKNYA PENCURI TU NAK BUAT APA DENGAN SELIPAR TU…? RASA-RASA PENULIS SELIPAR TU NAK DI BINGKAIKAN DAN DI BUAT PERHIASAN.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1111&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

PADA PENCURI SELIPAR TU..KALAU NAK LAGI POWERRRR….LAGI AFDALLAH…SEELOKNYA SELIPAR TU DIRENDAM DALAM AIR SUAM-SUAM KUKU, DIBIARKAN SETENGAH JAM..LEPAS TU DIBUAT CUCI MUKA..TENTU WAJAH AKAN KELIHATAN IRAS-IRAS TAPAK KAKI TOK GURU…!!! HAHAHA..HIHIH..HUHUHUH…!!!

OH YA..BERBALIK PADA KISAH PENAJAAN TERSEBUT. SEBENARNYA MENGIKUT PANDANGAN PENULIS SEKIRANYA NIK AJIS BUKAN ORANG BERPENGARUH..MACAM GURU-GURU PONDOK BIASA TU TAK JADI HAL. TAPI NIK AJIS ADALAH SEORANG YANG MEMPUNYAI PENGARUH..MEMPUNYAI KUASA..BERJAWATAN SEBAGAI SEORANG MENTERI BESAR..SEBARANG PENAJAAN..PEMBERIAN..HADIAH..SAMADA IKLAS ATAU TIDAK AKAN MENJADI ISU YANG BOLEH DIPERSOALKAN.

BAGAIMANA PULA SEKIRANYA SEORANG AHLI POLITIK UMNO YANG MENERIMA PEMBIAYAAN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI BERNILAI RM65,000..PENULIS AGAK TENTU IANYA AKAN DIJADIKAN ISU PANAS OLEH PAS..!!

Rabu, 11 November 2009

KALAU DAH FINATIK APA PUN BOLEH.?


Bai'ah tidak dibenarkan dalam syarak

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bai'ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai'ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.

Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.

''Syarak tidak membenarkan kita berbai'ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.

Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.

''Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,'' katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


HAI APA NAK DIKATAKAN, KALAU DAH FINATIK APA PUN BOLEH....!!

Ahad, 8 November 2009

FAKTA BERKAITAN PELANTAR MINYAK DAN GAS.


JANGAN ASHIK WANG ROYALTI AJE...PERPADUAN UMMAH LEBIH UTAMA..!!



KOS DIJIMATKAN MENGUNAKAN PAIP LINE THAILAND..CUMA PERLU SAMBUNG SIKIT KE JAJARAN PAIP GAS NEGARA.


BERKAITAN DENGAN ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KELANTAN, SENANG AJE WAHAI SEMUA JEBAT..!!!

KAU SURUH NIK AJIS, HUSSAM DAN SALAHUDDIN AYUB AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG...PERGI BAWA KE MAHKAMAH ANTARABANGSA. USAHAKAN AGAR PERJANJIAN ROYALTI MINYAK ANTARA PETRONAS DENGAN KELANTAN TAHUN 1974 TU DIBATALKAN.

SO GO AHEAD JANGAN BANYAK CERITA, JANGAN TUNGGU LAGI…!!! AMBILAH TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG DAH TERTANGGUH SELAMA BERPULUH TAHUN TU…!!!

KALAU BENAR-BENAR KELANTAN BERHAK KE ATAS HAK DI ZON EKONOMI EXKLUSIF (ZEE) MAKA KERAJAAN DAN PETRONAS TENTU AKHIRNYA TERPAKSA BAGI JUGA WANG ROYALTI TERSEBUT.

TAPI YANG MENJADI PERSOALANNYA…BENARKAH WUJUD KONTRAK PERJANJIAN TERSEBUT ATAU IANYA SEKADAR MEMORANDUM KESEFAHAMAN (MOU) SAHAJA..?

SEBENARNYA DAH BERPULUH TAHUN DAH USAHA CARI GALI MINYAK DI KAWASAN MALAYSIA THAILAND JOINT DEVELOPMENT AUTHORITY (MTJDA 1979) DAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF ( ZEE) TU DIJALANKAN. TAPI YANG MENGHAIRANKAN SANGAT KENAPA DARI DULU LAGI TINDAKAN UNDANG-UNDANG TIDAK DIAMBIL.

HAHAHA..KENAPA BARU SEKARANG KONON NAK BATAL PERJANJIAN.? MUNGKINKAH PAS KELANTAN FAHAM SANGAT MEREKA TAK ADA EDGE…TAK ADA POINT BOLEH MENANG KE ATAS HAK EKSLUSIF DALAM AKTA ZEE TAHUN 1984 TU.?

TAPI PADA PANDANGAN PENULIS KALAU PERJANJIAN 1974 TERSEBUT DIBATALKAN PUN..PETRONAS DAN KERAJAAN TETAP ADA HAK MUTLAK (KUASA PENUH) UNTUK TERUS MENJALANKAN KERJA CARI GALI MINYAK DI KAWASAN JDA ATAU MANA-MANA KAWASAN SELAGI IANYA MELEBIHI 3 BATU NAUTIKA DARI GIGI PANTAI. KERANA KAWASAN EEZ ADALAH HAK MUTLAK SEMUTLAK-MUTLAKNYA HAK KERAJAAN PUSAT.

TAPI WALAU PUN BEGITU, DI ATAS DASAR KEPERIHATINAN, KERAJAAN TELAH BERSETUJU NAK BANTU RAKYAT NEGERI KELANTAN MAKANYA SESUAILAH DIBERIKAN IMBUHAN DALAM BENTUK WANG IHSAN UNTUK DISALURKAN TERUS KEPADA RAKYAT.

TAPI SEKARANG, YANG SEDIHNYA NAK BUAT PERKARA BAIK PUN BOLEH DITOLAK OLEH PUAK PARTAI PAS. KENAPA PUAK JUAK NI NAK MEREMEHKAN USAHA BAIK KERAJAAN YANG IKHLAS NAK MEMBANTU ANAK NEGERI KELANTAN..?. SAJA NAK MEMBURUKKAN KERAJAAN AGAR DILIHAT KONONNYA SEBAGAI PEROMPAK WANG ANAK NEGERI KELANTAN KE ..?
WAHAI PAS.!! CARILAH ISU LAIN, JANGANLAH DI POLITIKAN ISU WANG ROYALTI NI..? KENAPA WANG..WANG..WANG..ITU AJE YANG DISEBUT TAK HABIS-HABIS..KENAPA SESAK SANGAT DAH KE…? SELAIN WANG…BANYAK LAGI PERKARA YANG BOLEH DIUSAHAKAN UNTUK KEBAIKAN ANAK NEGERI KELANTAN, SEBAGAI CONTOH; KURANGKAN KADAR PENGELUARAN ANAK LUAR NIKAH, KADAR JANGKITAN AID DAN KADAR JENAYAH YANG TINGGI TU AGAR SESUAI KELANTAN DENGAN GELARAN SEBAGAI SERAMBI MEKAH…BUKAN SERAMBI WANG ROYALTI…!!!
SEELOKNYA RAKYAT NEGERI KELANTAN MINTA BUDI BICARA KERAJAAN ITULAH CARA YANG SEBAIKNYA...DAN TEPATLAH SEKARANG KERAJAAN BERSIMPATI DAN SETUJU MEMBERIKAN WANG IHSAN...TAPI INGAT BUKAN PADA PAS..HANYA PADA ANAK NEGERI KELANTAN SAHAJA…!!!
SEBENARNYA DIBERITAKAN AWAL LAGI ISU TUNTUTAN ROYALTI NI TELAH DIKAJI OLEH JABATAN PEGUAM NEGARA YANG BERPENDAPAT KERAJAAN KELANTAN TIDAK BERHAK UNTUK MENUNTUT ROYALTI DARIPADA KAWASAN BERSAMA TERSEBUT. JADI JANGAN INGAT KERAJAAN MALAYSIA NI TAK PAKAI UNDANG-UNDANG ATAU MENGUNAKAN UNDANG-UNDANG KOWBOI…SEMUANYA MENGIKUT SALURAN DAN PROSIDUR YANG DITETAPKAN.
YANG PASTINYA SEBELUM DS NAJIB…DS RAIS YATIM DAN DATO MUSTAPHA MOHAMAD KELUARKAN KENYATAAN TENTANG ISU NI MEREKA DAH PUN KAJI SECARA TERPERINCI DAN SEDALAM-DALAMNYA TERMASUKLAH DARI SUDUT PERUNDANGAN. BUKANNYA MAIN SEMBOR-SEMBOR KELUAR MACAM MENYEMBUR ORANG DENGAN CEMUHAN ISLAM PLASTIK, ISLAM CELUP, KAFIR DAN PERBAGAI LAGI.
JADI FAHAMLAH, SEMUA YANG MEREKA NYATAKAN ADALAH BERDASARKAN DARI SUDUT PERUNDANGAN.
HABIS NAK DINYATAKAN DARI SUDUT APA LAGI..DARI SUDUT KASIH SAYANG, DIPLOMASI ATAU MUZAKARAH DENGAN PAS KE. HEHEHE...BOLEHHHHHHH…BOLEH…BOLEH JALAN DA…!!!
JADINYA..JIKA KERAJAAN TAK TERIKAT ATAU TERPAKSA ATAS MANA-MANA TINDAKAN UNDANG-UNDANG APA HAL PULA TAK FASAL-FASAL NAK DIBERIKAN ROYALTI PADA PAS KELANTAN..APA..APA..APA..?????
WELL…!! BENARLAH JUGA APA YANG DI KATAKAN OLEH MAMAK TU..IANYA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN. HAK MUTLAK KERAJAAN NAK MENAMAKANNYA IANYA ROYALTI ATAU IHSAN. IANYA JUGA BERGANTUNG KEPADA BUDI BICARA DAN IHSAN KERAJAAN UNTUK BAGI KEPADA NEGERI KELANTAN. TETAPI KERAJAAN TAK ADA URUSAN DENGAN PAS..JADI PAS JANGAN SYOK SENDIRI…JANGAN NAK SIBOK-SIBOK...SHOO..SHOOO...MAIN JAUH-JAUH...!!!!
SO MAMAK HJ…ASHIK BACKING MAMAK…LAPAR PULA PERUT NI…BELANJA 'NASI BRIANI ROYALTI' SATU…!!!

MAKLUMAT TAMBAHAN DARI JURUTERA ISAC ANAKRIMAU:

KENAPA GAS DIDARATKAN DI THAILAND?

APABILA GAS ASLI INI (LPG) DI SALURKAN KE PADANG BESAR, NEGARA KITA/PETRONAS JUGA TELAH DAPAT MENJIMATKAN SEJUMLAH WANG YANG BESAR KERANA JAJARAN PAIP LPG INI KEMUDIANNYA TELAH DAPAT MENGGUNAKAN REZAB PAIP GAS PERTRONAS GAS DAN SEGALA KEMUDAHAN YANG TELAH SEDIADA UNTUK PGU I & II. IAITU REZAB "Y" GRID JAJARAN PAIP GAS NEGARA.

SELAIN MENJIMATKAN DARI SEGI KOS PEMASANGAN PAIP YANG CUMA HANYA LEBIH KURANG 55KM PANJANG (ITUPUN DIBIYAYAI BERSAMA DENGAN KERAJAAN THAILAND, TEMPOH PEMBINAAN DAN KOS PENGAMBILAN TANAH JUGA TELAH DAPAT DIJIMATKAN DENGAN BANYAKNYA. JARAK TAMBAHAN PAIP GAS DARI TUMPAT (BERDEKATAN KOTA BAHRU) IAITU JIKA PAIP GAS INI MELALUI KOTA BAHARU, KERAJAAN/PETRONAS PERLU MEMBINA 233KM PAIP GAS ASLI UNTUK MENYAMBUNGKANNYA KE KERTIH (MENGHUBUNGKAN GRID GAS NASIONAL).

JIKA PILIHAN INI DI AMBIL SUDAH PASTI PROJEK INI MASIH BELUM SIAP SAMPAI SEKARANG KERANA ISU PENGAMBILAN TANAH DI KELANTAN AKAN MENJADI ISU BESAR. LIHAT SAHAJA DI PULAU PINANG, DI MANA PROJEK "PEMBINAAN KERETAPI BERKEMBAR" YANG SEPATUTNYA MEMBERIKAN MANFAAT YANG BESAR KEPADA RAKYAAT DAN NEGARA TELAH MELALUI DETIK2 SUKAR APABILA PULAU PINANG JATUH KE BAWAH PERMERINTAHAN "DAP". KESELURUHAN KEBAIKAN DAN PENJIMATAN PROJEK TMM INI KEPADA NEGARA JUGA SEWAJARNYA DIAMBIL KIRA.

Jumaat, 6 November 2009

GEOGRAFI DAN SEJARAH MINYAK.



WAHAI SEMUA JEBAT-JEBAT, KETURUNAN JEBAT, SUKU-SAKAT JEBAT DAN MEREKA YANG SEMERTABATNYA DENGAN JEBAT..!!

SAHABAT BAIK TUAH, HANG MAMAK GERANGANNYA HENDAK MENTARBIAH ASAS GEOGRAFI & SEJARAH PADA ANDA SEMUA…

BACALAH DENGAN TELITI SEMUGA ANDA FAHAM.
Jebat said disini:


Mamak Penang said...

Salam Saudara Hang Jebat,Ulasan anda adalah baik dan berfakta tetapi sayang sekali fikiran anda terlalu beremosional tentang taksub kepartian walaupun semua bahan-bahan masakan cukup tapi ketaksupan anti Umno tuan telah mengurangkan kesedapan lauk yang anda pertengahkan. (BIASALAH MAMAK..SEMBANG MESTI FASAL MASAKAN)

Akta kemajuan Petroliam 1974 sebenarnya diwujudkan kerana kerajaan persekutuan pada masa itu sukar mengendalikan urusan pencarian (exlore) minyak di negeri Sabah dan Sarawak. Seperti sedia maklum Sarawak adalah pengeluar minyak petrolium yang terbanyak pada ketika itu. Oleh kerana persempadanan luar pantai Malaysia diantara negeri-negeri Sabah dan Sarawak tidak ditentukan semasa negeri-negeri itu ditubuhkan.

Mungkin disebabkan berhadapan dengan konfrontasi dengan Indonesia pada masa itu. Maka Akta Petrolium Negara 1974 di praktikan keatas kedua-dua negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak ada perlembagaan negara berkenaan dengan sempadanan di luar pantai atau offshore. Bertambah lagi dengan masalah kawasan ekonomi eksklusif (EEZ). Persoalan sekarang adakah EEZ ini termaktub dalam perlembagaan negara iaitu mengenai persempadanan negeri-negeri.

Sedikit kupasan sejarah Negeri kelantan dan Trengganu sebagai panduan: Pada July 1909, Great Britain dan Siam memeterai satu perjanjian yang digelar Anglo-siamese dimana Siam menyerahkan Kelantan dan Trengganu kepada britain. Pattani diletakan bawah Siam. Thailand mengambil alih Kelantan dan Trengganu semasa perang dunia kedua dimana pihak Jepun menyerahkan kepada Thailand. Selepas perang tamat Kelantan dan Thailand diberi semula oleh Thailand kepada British.

Pertikaian kerajaan negeri Kelantan ialah kawasan minyak dan gas yang dianggarkan luasnya hanya 7250km/sq.Oleh kerana kawasan ini terletak 6.2416 darjah Utara 102.09333 darjah timur adalah didalam kawasan EEZ negara Malaysia, Thailand dan juga Vietnam. Inilah dimaksudkan kawasan tuntutan bertindeh.

Maka pada 30 May 1990 satu perjanjian bersama memajukan kawasan itu ditanda tangani oleh kerajaan-kerajaan Thailand dan Malaysia. Oleh kerana pihak Vietnam juga buat tuntutan ke atas kawasan itu maka satu lagi memorandam kefahaman telah dimeterai diantara ketiga-tiga kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. Intipati perjanjian tersebut tidak ada negara yang menggunakan kawasan itu mengaku hak kepunyaan mereka.

Dari sini bukankah hak kawasan itu bukan kerajaan Malaysia. Tapi kalau bukan kerajaan Malaysia mana boleh kawasan itu hak kerajaan negeri Pas. Cuma kerajaan Malaysia usaha bersama dengan ketiga-tiga kerajaan negara tersebut. Apakah hak negeri kelantan sebenar...ikutkan kerajaan negeri ini semuanya tidak berhak apa pun...ketua negeri yang dilantik semasa penjajahan British cuma yang ada kepentingan untuk penjajah. Maka lupakan kenegerian. orang melayu lebih kepada kenegerian kepada negara.Tepat dengan 1 malaysia...kita ini mengaku kita orang Malaysia dari orang kelante..orang nogeri...orang johor dan lain-lain....Wassalam.

BRAVO MAMAK HJ. MAMAK TELAH PUN MENGUPAS DAN MEMBERIKAN JAWAPAN MEMBUAT RAMAI SI-JEBAT TERCUNGAP-CUNGAP. SO JEBAT DAH FAHAM KE BELUM..KALAU BELUM JUMPA MAMAK..

CUCI PINGGAN KEDAI MAMAK..!!!

SO…SATU ‘NASI KANDAR ROYALTI’ UNTUK PAS…HEHEHE…!!!

Khamis, 5 November 2009

ROYALTI MINYAK: KELANTAN ADA HAK KE..?


LUPAKAN DR DEATH PORNTIP SEMENTARA…KITA SAMBUNG BICARA LAGI TENTANG ISU ROYALTI MINYAK DI KELANTAN…HEHEHE..PANAZZZ NI..!!

PENULIS PELIK….KENAPALAH ADA LAGI PUAK YANG TAK FAHAM-FAHAM KELANTAN TAK ADA HAK DARI SEGI PERUNDANGAN UNTUK MENUNTUT ROYALTI MINYAK. AMAT JELAS SEKALI PENERANGAN DS NAJIB BERKAITAN PERKARA TERSEBUT.

NAJIB BERKATA BERDASARKAN UNDANG-UNDANG, KELANTAN DAN TERENGGANU HANYA BERHAK MENUNTUT WANG ROYALTI SEKIRANYA TERDAPAT SUMBER PETROLEUM YANG DIHASILKAN DALAM PERAIRAN NEGERI BERKENAAN.

PERAIRAN NEGERI DITAKRIFKAN SEBAGAI TERLETAK TIDAK MELEBIHI TIGA BATU NAUTIKA YANG DIUKUR DARI TIKAS AIR SURUT ATAU PESISIR PANTAI NEGERI TERSEBUT, KATANYA.
MENURUTNYA LAGI, PETRONAS MEMAKLUMKAN PADA MASA INI HANYA TERDAPAT SEBUAH MEDAN PETROLEUM YANG MENGELUARKAN HASIL DI KELANTAN, YANG TERLETAK DI LUAR PERAIRAN NEGERI TERSEBUT IAITU MEDAN BUMI SELATAN DALAM BLOK PM301.

“BARU-BARU INI SAHAJA DAPAT DISAHKAN BAHAWA ADA BLOK YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN, MAKA KITA AKAN PERTIMBANGKAN BAGI MEMASTIKAN RAKYAT KELANTAN MENDAPAT MANFAAT.” KATANYA.


SEFAHAM PENULIS KENYATAAN DS NAJIB AMAT JELAS, SEHINGGA DALAM NAUTICAL MILES DAN KILOMETER PUN DAH DITERANGKAN OLEH BELIAU. KALAU MASIH TAK FAHAM…NAK DIPERJELASKAN ATAU DITERANGKAN DALAM UKURAN ARAB BARU BOLEH FAHAM KE…?

MACAM NILAH..ORANG DAH KESIAN DAN BERMURAH HATI NAK KASI WANG IHSAN...JANGAN JUAL MAHAL LAGI..REZEKI DAH DATANG MENGOLEK AMBIL AJELAH.

ARRESTED AND NOT QUALIFIED..?


DIBERITAKAN DR PORNTHIP TAK LAYAK DI BAWAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA..???

TAPI KENYATAAN DR NI SEMEMANGNYA MELETOP-LETOP SEHINGGA MENGATASI KENYATAAN PAKAR-PAKAR MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN.

SEBENARNYA AWAL LAGI PERKARA NI DAH BERMAIN DI KEPALA PENULIS..SAMA ADA DR PORNTHIP NI DARI UNIVERSITI YANG DIIKHTIRAF ATAU TIDAK..WELL SEKARANG TERJAWABLAH SUDAH..!!

In Wednesday's proceedings, counsel Datuk Abdul Razak Musa, representing MACC, had drawn the court's attention to the fact that Dr Pornthip, who had volunteered to conduct the second post-mortem, was not qualified under Malaysian law to do so.

This was because her medical qualifications were not from any of the 250 medical universities recognised by the country.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=452441


OH YA LAGI SATU...NI APA HAL PULA SAMPAI KENA TANGKAP NI..? HAHAHA…JENIS OVER...NI TENTU KES TAK JAGA MULUT LAH NI…!!

police spokesperson. “As Thais we must watch our words, and Dr Pornthip did not do so.”

http://notthenation.com/pages/news/getnews.php?id=834

WELL PAKATAN RAKYAT..GOT ANY COMMENTS...??

Rabu, 4 November 2009

RAKYAT KELANTAN AKAN DAPAT HABUAN.


ZOOM...ZOOM...!!!


DS NAJIB MENJELASKAN BAHAWA PIHAK KERAJAAN SEDANG MEMPERTIMBANG UNTUK MEMBERIKAN WANG EHSAN LANGSUNG KEPADA RAKYAT KELANTAN.

KATA DS NAJIB, "YANG PENTING, KITA NAK TOLONG RAKYAT KELANTAN. SELEPAS KITA ADA SEMANGAT NAK RUNDING DENGAN KERAJAAN NEGERI, YANG PENTING RAKYAT DAPAT MANFAAT DARIPADA WANG EHSAN,"

DS NAJIB JUGA MENJELASKAN BAHAWA SEPATUTNYA RAKYAT KELANTAN TIDAK ADA HAK MENDAPAT ROYALTI TERSEBUT.

"SELAMA INI, KERAJAAN KELANTAN TIDAK ADA HAK MENERIMA (ROYALTI MINYAK), SEBAB INI MELIBATKAN KAWASAN PERTINDIHAN. SEKARANG INI, KITA DAPAT SAHKAN BAHAWA ADA BLOK (KAWASAN MINYAK DALAM LAUT) YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN...KITA PASTIKAN HANYA RAKYAT KELANTAN AKAN DAPAT MANAFAAT," KATA NAJIB.


KOMEN PENULIS:

RAKYAT KELANTAN SEPATUTNYA BERSHUKOR JIKA KERAJAAN MEMBERIKAN WANG EHSAN TERSEBUT. WANG TERSEBUT ADALAH DARI KERAJAAN TERUS KEPADA RAKYAT. LEPAS TU JANGANLAH LUPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN.

PENULIS TAHU RAKYAT KELANTAN SEMEMANGNYA TERKENAL DENGAN KETINGGIAN BUDI BAHASANYA...BUKAN SEPERTI PERANGAI PUAK-JUAK KURAP TU...YANG LANGSUNG TAK TAHU MENILAI DAN MENGHARGAI KEBAIKAN ORANG LAIN..DIBERIKAN BETIS NAK PEHA...DIBERI PEHA NAK MENGIGIT PULA…!!!

Selasa, 3 November 2009

MASIH ADA LAGI ALASAN KE..?


PERPADUAN..OH...PERPADUAN..!!


Umno sedia runding k'jaan perpaduan

Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS.

"Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri.

BERNAMA

CATATAN PENULIS:

WELL SEKARANG DAH JELAS SIKAP DAN PENDIRIAN DS NAJIB BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN. SEBAGAIMANA TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DS NAJIB JUGA HENDAKAN YANG TERBAIK UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

APA LAGI HJ HADI…CABARAN DAH BERSAHUT…MASIH ADA LAGI ALASAN KE..? HEHEHE....!!!

Isnin, 2 November 2009

LAGI-LAGI SENTIMEN TUAN DAN HAMBA KA..?


ADA JUGA DUA TIGA KERAT MELAYU TAK SEDAR DIRI SUKA MEMPOLITIKKAN ISU HAK BUMIPUTRA


Menyanggah Jui Meng

BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.

Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.

Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.

Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.

Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?

Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.

Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm


KOMEN PENULIS;

BEKAS MENTERI KESIHATAN, CHUA JUI MENG NI TAK PERNAH MERASA PUAS DAN BERSYUKOR AGAKNYA. JAWATAN MENTERI PUN PERNAH DI PEGANGNYA MASIH MENGATAKAN MELAYU NI TUAN DAN DIA PULA HAMBA…?

KENAPA SUKA MAIN SENTIMEN SENSITIF NI ? APAKAH UNTUK MENGEKAL AGAR IANYA SENTIASA MENJADI BAHAN YANG SENTIASA HANGAT DAN PANAS ?

PENULIS HARAP JANGAN SAMPAI MENDIDIH DAH LAH...!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online