UNDILAH UMNO/BN DI PRK BUKIT GANTANG, BULIT SELAMBAU DAN BATANG AI.. UMNO/BN LAH HANYA SATU-SATUNYA PARTI YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DENGAN MENGALAKAN PERPADUAN DAN MENGENEPIKAN EXTREMISM.
UMNO SENTIASA MENGUTAMAKAN SYIAR ISLAM DI NEGARA INI. JANGAN TERTIPU DENGAN TOMAHAN PIHAK PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN UMNO BERSIKAP SEKULAR.
HANYA BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUTUP HATI DAN OTAKNYA SAHAJA AKAN MELIHAT BAHAWA SELAMA INI UMNO AMAT BERSUNGGUH MENEGAKAN DAN MENINGGIKAN SYIAR ISLAM.
CUBA KITA PERHATIKAN SEKELILING KITA DAN KIRA BERAPA BANYAK USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN SEDANG DILAKSANAKAN UNTUK KESYUMULAN AGAMA ISLAM.
BUKTI BAHAWA UMNO BENAR-BENAR IKHLAS DAN BERSUNGGUH IALAH;
1. SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK MESJID DAN SURAU YANG DIDIRIKAN OLEH KERAJAAN DISETIAP CERUK, KAMPUNG DAN BANDAR, DAN MENCECAH RIBUAN JUMLAHNYA..
2. MENGADAKAN BERBAGAI PROGRAM-PROGRAM BERUNSUR KEAGAMAAN BAIK DI MEDIA ARUS PERDANA ATAU PUN DI MAJLIS-MAJLIS CERAMAH PERDANA.
3. MENGADAKAN KONSEP PERBANKAN ISLAM DENGAN MEMPERKENALKAN SKIM MUDHARABAH, AR-RAHNNU DAN BANYAK LAGI YANG TELAH DAN SEDANG DI USAHAKAN BAGI MENGKAKIS SISTEM RIBA.
4. MEMBUKA LEBIH BANYAK UNIVERSITI ISLAM, KOLEJ-KOLEJ ALIRAN AGAMA DAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SEPERTI UIA, KURZA DI TERENGGANU, MAKTAB MAHMUD DAN SEKOLAH AGAMA KEDAH DI KEDAH, AL-MANSUR DI PENANG DAN BANYAK LAGI.
5. MEMBERIKAN KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT DALAM BIDANG PERNIAGAAN KECIL-KECILAN SEPERTI PINJAMAN, SUBSIDI DAN SEBAGAINYA SESUAI DENGAN KONSEP PENGAJARAN ISLAM AGAR UMAT BERNIAGA DAN MEMAJUKAN DIRI SENDIRI DAN KELUARGA.
6. MENGHANTAR DAN MENAJA BERIBU-RIBU PELAJAR ISLAM MENGIKUTI KURSUS DI UNIVERSITI-UNIVERSITI ISLAM DI TIMOR TENGAH BAGI MENGUJUDKAN LEBIH RAMAI ULAMA DAN CENDIAKAWAN ISLAM DI MALAYSIA.
7. MERAMAIKAN ALIM ULAMA, MUFTI-MUFTI, HAFIZ-HAFIZ, IMAM-IMAM DAN USTAD-USTAD BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN DAN KESYUMULAN AGAMA ISLAM BERTERUSAN DI NEGARA MALAYSIA.
8. MEMBANTU SEKOLAH AGAMA RAKYAT DIMANA SATU KESEFAHAMAN TELAH TERMETERA DIANTARA MENTERI PELAJARAN DAN MURSYIDUL AM PAS BERKAITAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
9. MEMPERUNTUKAN WAKTU YANG BERPATUTAN KEPADA SUBJEK AGAMA ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH SERTA MENGADAKAN KELAS KAFA SELEPAS WAKTU SEKOLAH BAGI MEMASTIKAN PENDEKATAN KEFAHAMAN ISLAM DITERAPKAN KEPADA PELAJAR DIPERINGKAT AWAL USIA..
10. MEMBELA GURU-GURU KAFA DAN IMAM-IMAM MESJID-MESJID KERAJAAN DENGAN MENAIKAN GAJI ATAU ELAUN BULANAN MEREKA.
11. MENGUJUDKAN MAJLIS DAN JABATAN AGAMA ISLAM DISETIAP NEGERI BAGI MENANGANI PERBAGAI PERMASALAHAN BERKAITAN AGAMA ISLAM SERTA BAGI MENANGANI PERMASALAHAN HUKUM DAN UNDANG-UNDANG SYARIE AGAMA ISLAM.
12. MENGEKALKAN INSTITUSI BERAJA DIMALAYSIA SERTA MENDAULATAN DAN MEMULIAKAN RAJA-RAJA MELAYU SEBAGAI LAMBANG DAN PENAUNG AGAMA DAN ADAT RESAM MELAYU.
13. MENGEKALKAN KONSEP DEMOKRASI, BERHEMAH, DAN BERETIKA DIDALAM PENTABIRAN KERAJAAN SESUAI DENGAN PENGAJARAN ISLAM YANG MENGALAKAN PERBEZAAN PENDAPAT DAN BERETIKA.
14. PENTABIRAN YANG BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA BANGSA DAN AGAMA SERTA MENGUTAMAKAN MUHIBAH DAN PERPADUAN SESUAI DENGAN PENGAJARAN ISLAM YANG MELARANG KERAS PENGINAYAAN TERHADAP SESUATU KAUM DAN PENGANUT AGAMA LAIN.
15. MENGUJUDKAN SPRM AGAR RASUAH DAPAT DIBENTERAS HABIS-HABISAN BAGI MEMASTIKAN RASUAH DAPAT DIKIKIS SEJAJAR DENGAN PENGAJARAN AGAMA ISLAM YANG MELARANG KERAS AMALAN RASUAH.
BANYAK LAGI PENDEKATAN DAN KONSEP-KONSEP AGAMA ISLAM YANG DIBAWA DAN DITERAPKAN OLEH UMNO/KERAJAAN DI DALAM PENTABIRAN NEGARA MALAYSIA. PENULIS PUN TAK LARAT NAK MENYENARAIKAN KESEMUANYA..
JADI JANGANLAH KITA TERPEDAYA SEHINGGA TERGAMAK MEMBUANG SESUATU YANG TELAH SEDIA ELOK DAN BAIK HANYA KERANA TERPENGARUH DENGAN RETORIK DAN JANJI-JANJI KOSONG PIHAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWABYANG MASIH BELUM ADA KEPASTIAN JAYANYA
OLEH ITU HARAPAN PENULIS PERCAYALAH KEPADA UMNO DAN KERAJAAN YANG ADA DAN JANGANLAH SINGKIRKAN PARTI DAN KERAJAAN YANG TELAH TERBUKTI BERSUNGGUH BERUSAHA MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DI NEGARA INI. BUKTINYA ADALAH PENDEKATAN DAN KEFAHAMAN ISLAM MASYRAKAT SEKARANG LEBIH BAIK DAN JAUH BERBEZA DALAM TEMPOH 40 TAHUN DAHULU. BUKANKAH ITU SATU KEJAYAAN UMNO/KERAJAAN.
INGATLAH USAHA UMNO DAN KERAJAAN DALAM MENEGAKAN SYIAR ISLAM DINEGARA INI SECARA BERANSUR-ANSUR..BERPERINGKAT SERTA BERTERUSAN DAN INI BOLEH DIIBARATKAN SEBAGAI MENGAIT KAIN…’SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA TETAP AKAN MENJADI KAIN’.
Selasa, 31 Mac 2009
PERLU DIINGAT..UMNO/BN ITU TETAP YANG TERBAIK
Posted by AbgTuah at 11:59 PTG 16 comments
Isnin, 30 Mac 2009
FAKTOR YANG MENYEMARAKAN LAGI API SEMANGAT JUANG AHLI UMNO DI BUKIT. GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI.
Secara serios..secara bersahaja..juga secara berseloroh DS Najib Tun Razak telah berjaya menyampaikan mesagge dan isyarat yang beliau rasakan perlu disampaikan kepada semua perwakilan dan juga Ahli UMNO seluruh Negara.
Ibarat laksamana Hang Tuah gayanya ketika beliau memberikan galakan dan pedoman kepada ahli UMNO bagi menyusun dan memperbetulkan barisan kepimpinan UMNO.
Juga ibarat Bendahara Tun Perak, dengan secara amat lembut dan hormat melontarkan pandangan kepada negarawan-negarawan Negara.
Dan ibarat seekor harimau garang yang selama ini senyap menyembunyikan kukunya telah mengaum ibarat halilintar… ingin mengambur …serta menerkam mangsanya ketika beliau mengkritik pedas tuduhan dan tomahan pihak pembangkang terhadapnya dan UMNO.
Penulis percaya ini adalah ucapan yang amat mantap dan menyakinkan yang tentunya menyuntik semangat perjuangan kepada seluruh ahli UMNO.
Di akhir ucapan tersebut pewakilan dan pemerhati di PWTC bingkas bangun…sebagai mana saranan beliau sudah sampai masanya ahli UMNO bingkas bangun! Amat mengejutkan..satu respon spontan yang menunjukan bahawa ahli UMNO telah benar-benar bersedia untuk serta terus berjuang bersama dengan DS Najib.
Penulis amat yakin bahawa UMNO akan mengorak langkah kearah yang lebih baik di bawah kepimpinan DS Najib berserta dengan barisan safnya.
Dan yang penting sekali DS Najib pastinya telah menyemarakan lagi api kemaraan semangat juang ahli UMNO dan ini tentu akan memberikan kesan hentakan hebat bagai taufan yang menghentam dan merobohkan kubu pembangkang di PRK Bt. Gantang, Bt. Selambau dan Batang AI
Pembaca boleh melayari pautan dibawah bagi membaca keseluruhan tek ucapan penangguhan tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Posted by AbgTuah at 3:56 PTG 12 comments
PERIBADI YANG HEBAT, HATI YANG MULIA SEORANG PEMIMPIN UMNO.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memberi jaminan akan terus komited dalam perjuangannya bersama Pemuda UMNO dan akan menyokong Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.
Menurut Mukhriz, beliau juga akan memberikan cadangan ke arah penambahbaikan pergerakan itu sekiranya diminta berbuat demikian.
"Saya akan berbuat apa sahaja demi memperkuatkan Pemuda UMNO dan jika Khairy memerlukan sebarang bantuan, beliau boleh meminta secara rasmi atau tidak rasmi selagi untuk kebaikan pergerakan itu
Untuk berita selanjutnya sila ke pautan berikut;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
PANDANGAN PENULIS.
SYABAS DATO MUKHRIZ MEMANG DATO SEORANG YANG BERHATI HEBAT…PERIBADI DAN TINDAKAN DATO ADALAH AMAT TERPUJI. SEKIRANYA BEGINILAH SIKAP DAN SIFAT YANG ADA DIDALAM DIRI DATO. INSHALLAH TAK MUSTAHIL TUHAN AKAN MENAIKAN DARJAT DAN KEDUDUKAN DATO LEBIH TINGGI LAGI DI SUATU HARI KELAK.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
SMS diterima daripada blogger warisan 2057. Mohon di war-warkan di dalam blog akan ceramah ezam mohd nor di bukit selambau mlm ini.
SELURUH RAKYAT KEDAH,PENANG,PERAK DAN PERLIS SILA HADIR.. JANGAN LUPA SMS PROGRAM PENTING MALAM INI. AYUH RAKYAT AKAN BERSATU TUMBANGKAN ANWAR DAN FUCKATAN RIOT (SAYA AMBIL PESANAN INI DARI BLOG SAHABAT SAYA GAP!
Ezam Md Nor, bekas Ketua Pemuda Keadilan akan menyampaikan Pidato di PRK Bukit Selambau. Pada malam ini bertempat di Taman Bandar Baru, Sg Lalang.Dia akan diringi oleh pidato-pidato bekas Exco Pemuda Keadilan Zahid Md Arip, Lokman Adam dll.
Maklumat dari blog PARPUKARI
http://parpukari.blogspot.com/
Posted by AbgTuah at 3:07 PTG 3 comments
MESSAGE TERUS MENERUS DARI PRK BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG.
Message dari informer Tuah…
LAPORAN PRK TERUS DARI BT. GANTANG.
1. MUNGKINKAH CALON BEBAS DITAJA OLEH PAS UNTUK MENGALIHKAN SOKONGAN 30 PENGUNDI YANG DIKATAKAN AKAN BERALIH SOKONGAN KEPADA CALON TAJAAN PAS DAN SECARA LANGSUNG MENJADIKAN UNDI BN/UMNO AKAN KURANG SELAIN TERPAKSA MENERIMA ALASAN TERLIBAT MENJADI JENTERA DAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA CALON PEMBANGKANG.?
2. KENAPAKAH NIZAR TAKUT UNTUK MELETAKAN JAWATAN MENTERI BESAR DI DALAM BORANG PENCALONANNYA? KABARNYA DIA HANYA MELETAKAN ADUN PASIR PANJANG BUKAN MENTERI BESAR. APAKAH INI BERMAKNA DIA SENDIRI MENGAKU BUKAN LAGI MENTERI BESAR LAGI? APAKAH NIAT SEBENAR NIZAR BILA TULIS ADUN SEDANGKAN MEREKA TELAH BUBARKAN DUN ? SOAL JAWAB DENGAN WARTAWAN TV ADA MENANYAKAN HAL TERSEBUT..DAN JAWAPAN BELIAU, PERKARA TERSEBUT TELAH MENJADI SEJARAH. JADI SEKIRANYA NIZAR TELAH FAHAM BAHAWA DIA BUKAN LAGI MENTERI BESAR KENAPA PULA MASIH MEMPERTIKAIKAN DENGAN MENGATAKAN PERLANTIKAN YAB MB DATO DR ZAMBRI SEBAGAI TIDAK SAH.
Maklumat diperolehi dari Sekupangduas…
LAPORAN PRK DARI BUKIT SELAMBAU…
1. BENARKAH KETUA BAHAGIAN PKR JERAI, B KALAIVANAR, HARI INI MENGISYTIHAR KELUAR PARTI BERSAMA KIRA-KIRA 500 AHLI DAN PENYOKONG SERTA MEMBUBARKAN BAHAGIAN ITU SERTA-MERTA.?
2. WANITA BN AKAN MEMPERHEBATKAN GERAK KERJANYA UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN CALON PARTI BN PADA PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BUKIT SELAMBAU PADA 7 APRIL INI.
Maklumat PRK diperolehi dari Spongebroz….
Posted by AbgTuah at 1:11 PTG 4 comments
AL-KISAH DI BUKIT SELAMBAU.
Inilah pertama kali dalam sejarah Negara begitu ramai calon bebas bertanding di kawasan DUN yang dikelilingi ladang kelapa sawit. Boleh masukkan dalam Book of Guiness Rekod Malaysia..ha..ha...kenapa perkara ini berlaku?.
1. Calon terdahulu adalah seorang Calon bebas yang menang bertanding tapi kalah dalam kehidupan seharian sebagai ahli politik yang jadi model insan untuk masyarakat diwakilinya. Dalam PR12 memanglah UMNO atau MIC tidak menumpukan perhatian sebenarnya pada kawasan undi Bukit selambau ini. Jadi tidak keterlaluan jika di katakana kemenangan ketika itu diperolehi itu bukan sebenarnya menang dengan kekuatan sebenar.
2. Jika di teliti secara mendalam, menggundi calon bebas adalah seperti menebarkan garam di laut. Tanpa parti seseorang calon bebas tak kemana. Persoalan yang kita perlu fikirkan, adakah kemungkinan mereka ini bertanding cuma ingin memasuki parti politik yang lain untuk mendapatkan Imbuhan pangkat atau wang? Jadi janganlah penggundi Bukit Selambau merugikan undi yang perlu digunakan secara bijaksana..membazirkan terhadap calon bebas-bebas ini yang tak tentu halatuju ideologi politik mereka.
3. Umno sekarang bukan UMNO yang ada pada di PRU12 dengan nakhoda baru bahtera UMNO pastinya terus gagah dalam menghadapi segala rupa rintangan dan badai. MIC juga tentunya akan bermatian berkempen kerana maruah pemimpin besarnya dan partinya terletak pada pilihanraya ini. Pada amnya BN dah faham apa isyarat dan keperluan rakyat jelata serta terus menjadi parti yang akan membawa kemakmuran rakyat. Kalau orang dah insaf perlu diberi peluang sekali lagi. Inilah masanya penggundi Bukit Selambau membuktikan mereka juga mahu arus pembangunan seperti ditempat-tempat lain untuk generasi akan datang. Janganlah kerana marahkan pijat bakar kelambu. Parti rakyat yang berjanji mcm-mcm semasa PRU12 tidak laksanakan satu apa pun janjinya. Sama seperti di Permatang Pauh. Kunjunglah ke Permatang Pauh apa perubahan yang telah berlaku?. Negara ini negara yang sedang membangun kalau tempat kita tidak membangun dengan inspirasi negara membangun apakah gunanya parti yang mewakili kita?. Maka cuma BN yang boleh lakukan ini kerana pengalaman memerintah selama 51 tahun. Maka undilah BN untuk genarasi akan datang untuk menikmati dari negara yang makmur ini. Fikirkan dan renungkan janji palsu maha pembohong itu. Mereka ini tetap dalam pembohongan dengan janji berbagai-bagai jenis. Janganlah termakan dengan janji pembohong ini. Undilah Barisan Nasional.Wassalam.
Penulisan saudara Mamak Hj.
Posted by AbgTuah at 9:47 PG 5 comments
Ahad, 29 Mac 2009
NIZAR, JUJURKAH UNTUK MEMBELA RAKYAT DI BUKIT GANTANG ATAU TUNJUK BONGKAK DIRI ?
Salam, menjadi kesalahan pada BN sekiranya meletak calon dari luar kawasan atau pun calon payung terjun dan sering kali UMNO akan dipersalahkan dikatakan tindakan tidak mengambil kira suara dan hati penduduk tempatan, maka BN akan dihukum dan berkeputusan akan kalah.
Apa yang berlaku di 2 bukit dan 1 batang ini BN optimis perlu mengambil kira sentimen penduduk tempatan, kajian dan siasatan dilakukan sebelum menamakan calon demi menjaga hati pengundi dan penduduk tempatan agar tujuan dan matlamat UNTUK BN BERBAKTI DAN MEMBELA NASIB RAKYAT benar2 di laksanakan, itu lah kejujuran BN selama ini, wakilnya harus mesra rakyat dan bela rakyat.sebab itu lah Sdr Ismail Safian anak tempatan yang berpendidikan tinggi diletakkan oleh BN sebagai Calon agar dapat meneruskan perjuangan untuk rakyat sebenar - benar perjuangan yg diharapkan oleh penduduk Bukit Gantang dari anak kelahiran Bukit Gantang ini, dari kampong ke kampong juga pulangnya.
Berlainan apa yang berlaku di pihak pakatan pembangkang terutama teman tumpukan kepada Bukit Gantang yang lebih popular keputusannya kelak berbanding bukit selambau dan batang ai, teman jangka perbuatan atas nafsu untuk memalukan BN dan Sultan Perak dianggap Nizar adalah layak diletakkan di Bukit Gantang walaupun Nizar orang luar Bukit Gantang malah ADUN di kawasan nun jauh di Pasir Panjang, adakah kerana sifat untuk benar2 untuk menabur bakti kepada penduduk Bukit Gantang atau semata2 untuk kepentingan diri untuk menunjukkan bongkak diri, untuk membalas dendam kepada UMNO terutamanya Sultan Perak, kenapa Nizar tidak meletakkan Jawatan yang disandang didalam borang penamaan Calon sebagai Menteri Besar, kalau tidak diletakkan jawatan tersebut seperti yang dinyatakan di TV 3 malam tadi maka SAH Nizar akur akan keputusan Tuanku Sultan dan sekaligus mengiktiraf Dr Zambri sebagai Menteri Besar yang sah, kalau itu reaksinya kenapa perlu saman menyaman, kenapa perlu Sultan di kutuk dan di caci malah menderhaka.
Apa nasib penduduk Bukit Gantang sekiranya ORANG LUAR menjadi wakil mereka, orang yang tak termampu untuk mengurus Pasir Panjang yang difahamkan kepada teman oleh sahabat2 di Pasir Panjang Nizar tidak memberi khidmatnya di sana dan kini mula untuk membalas dendam di Bukit Gantang, tentunya tak termampu untuk ditanggung, apakah Nizar langsung tidak dapat menolak apa yang di minta oleh Ngeh Ko Ham dan Nga Ko Meng agar bertanding di Bukit Gantang sejak awal2 lagi Ngeh telah merancang dan respond spontan Tk Guru Nik Aziz membantah cadangan Ngeh, kenapa cadangan Ngeh lebih popular dan dikuti oleh Nizar berbanding suara Tk Guru Nik Aziz sendiri?, apa rahsia di sebalik keputusan tersebut. Apakah kerana kelahapan sikap pimpinan Pakatan Pembangkang Perak ini, penduduk Bukit Gantang dijadikan mangsa.
Persoalan kenapa UMNO tidak boleh letak calon luar, kenapa dibezakan tindakan Pembangkang ini, apakah penduduk atau pengundi Bukit Gantang boleh dikotak katik kan semata - mata nak tunjuk bongkak diri Nizar dan Ngeh, Sedar lah wahai penduduk BG bahawa kelakuan ini lari dari matlamat sebenar mengapa kita memilih Wakil Rakyat, permainan politik ini harus kita sedari, harus kita tolak sejauh mungkin terutama seorang yang kita lantik terbukti PENGKHIANAT BANGSA, PENGKHIANAT ISLAM, PENGKHIANAT RAJA DAN PENGKHIANAT RAKYAT, adakah semata2 untuk Nizar meraih gaji buta sebagai ADUN dan kini mahukan gaji Ahli Parlimen pula, adakah termampu dik Nizar berbakti kepada orang BG, tidakkah nanti tercari - cari dimana WR kita untuk memohon sebarang bantuan dan pertolongan.
Kita banding dengan BN yang meletak anak Kampong Bukit Gantang, yang berpelajaran tinggi, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan di Majlis Perbandaran Taiping sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran yang tentunya pernah berjasa berkhidmat kepada penduduk di seluruh Bukit Gantang dan Taiping, umurnya muda berbanding Nizar, kelayakan nya cukup, hingga telah menjawat jawatan Pengarah di Jabatan Sisa Pepejal yang berpendapatan besar kini sanggup meletak jawatan yang disandang, tahu selok belok jalan dan kampong di BG tanpa sesat, setiap pelosok tanah pernah dijejak dan dipijak, ramah wataknya, tidakkan rugi penduduk BG jika peluang sebegini rupa WR kita tolak.
Apakah Nizar hanya seorang yang terlalu gopoh, terlalu bongkak, dan terlalu mengikut telunjuk bangsa lain hingga sanggup menderhaka kepada Raja nya? Jika inilah sikapnya maka ini bukan pemimpin namanya, jika pemimpin begini yang kita pilih nescaya runtuh lah negara dan negeri maka rakyat yang akan hancur. Nizar tak perlu buktikan kebongkakannya semata2 untuk membuktikan dia benar, sedangkan dia sendiri tahu pengisian Undang2 Tubuh Negeri Perak termaktub Tuanku Sultan berkuasa sebenarnya menetapkan siapa MB.
Ayuh anak muda, ayuh pakcik dan makcik, sedarlah, Allah S.W.T hanya beri satu peluang untuk kita betulkan dan rebut, jika peluang ini kita tolak maka jangan di ratap apabila kita kehilangannya kelak, fikirlah semasak-masaknya sebelum diundi, kerana sekali kita tersilap undi maka kita juga lah yang akan menanggungnya. walhal terbukti sebelum PRU12 UMNo dan BN lah bangunkan BG, BN lah berjasa kepada kita hingga ke tahap ini kehidupan kita, BN lah yang menjaga anak cucu kita hingga menjadi orang yang berpelajaran tinggi seperti Ismail Safian dari kampong datang nya ke kampong lah baktinya disumbangkan.
Selamat Mengundi..
Penulisan saudara kuntakinte.
Posted by AbgTuah at 11:26 PTG 31 comments
SENARAI CALON PRK BT. GANTANG DAN BT. SELAMBAU
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.
Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.
BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44. – Utusan.
Manakala di Bukit Selambau mengikut laporan utusan online telah sah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada 7 April ini.
Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah lapan orang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.
``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,'' katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan logo adalah seperti berikut:-
1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) – kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) – basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) – dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) – paying
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) –bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) – telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
sumber utusan online dan sekupangduas
Posted by AbgTuah at 1:26 PTG 5 comments
Jumaat, 27 Mac 2009
TITIK PERJUANGAN SEBENAR
Kini selesailah pemilihan umno 2008 – 2011, dan telah kita ketahui keputusan barisan Majlis Tertinggi serta barisan kepimpinan Pemuda dan Wanita.
Kepada yang terpilih diucapkan tahniah, andalah yang cemerlang diantara yang terbaik. Kepada yang tidak berjaya anda sebenarnya tetap menang kerana telah berjaya menghidupkan demokrasi di dalam UMNO dengan sempurna dan selagi anda terus berjuang dengan UMNO selagi itulah anda tetap terbaik dan terpilih sebagai barisan wira dihati kami.
Dengan barisan kepimpinan yang terpilih serta teruji kewibawaannya diiringi pula dengan wadah-wadah pembaharuan, pastinya UMNO akan terus bangkit serta terus mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat.
Bagi memantapkan lagi UMNO dan untuk kepentingan semua, tugas pemimpin-pemimpin yang terpilih tersebut adalah untuk terus gigih berusaha bagi menterjemahkan wadah-wadah janji perubahan atau tranformasi kepada satu realiti. Ya, jangan sesekali dilupakan bahawa ianya perlu juga diserta dengan penerapan nilai dan semangat setiakawan yang rapat dan erat bagi memastikan objektif dan matlamatnya tercapai dengan sempurna.
Juga, adalah perlu dan penting bagi semua ahli melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu iaitu transformasi sifat dan sikap jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Madsudnya, kita semua perlu menanam di dalam diri kita sifat dan sikap yang positif dan elakkan berperasangka antara sesama sendiri. Tanamkan sifat-sifat Sid’dik, Amanat dan Fatanah. Anggaplah dengan berakhirnya sesi pemilihan UMNO ini sebagai titik noktah kepada tempoh ketabsuban yang keterlaluan kepada calon-calon masing-masing. Keutamaan sekarang adalah perubahan, penyatuan dan penyusunan semula barisan saf UMNO. Penulis juga yakin usaha ini akan lebih berjaya sekiranya di perkukuhkan lagi dengan penerapan formula dan wadah semangat setiakwan.
Marilah kita buktikan bahawa kita serius didalam usaha kita. Ayoh kita buktikan dan praktikkan kemantapan fomula dan wadah berani berubah serta semangat setiakawan yang telah digarap itu akan mendatangkan hasil dan matlamatnya….iaitu kejayaan..!
Dimanakah medan terbaik untuk kita mulakannya? Ya, di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang AI lah medan terbaik untuk kita mempraktik dan menguji kemantapan formula dan wadah baru kita. Inshallah…di situlah nanti kita akan lebor dan kuborkan barisan pembangkang.
Ayoh Para Bloggger Pro UMNO, kita ketepikan perbezaan, kita jadikan lokasi tersebut sebagai permulaan titik perjuangan kita sebenarnya.
Posted by AbgTuah at 3:57 PTG 7 comments
Khamis, 12 Mac 2009
PPSMI AMAT RELEVAN BAGI AHLI TEKNOLOGIS.
Penulis ingin memberikan sedikit pendapat berkaitan PPSMI yang menjadi isu amat kontraversi sejak kebelakangan ini.
Pertamanya, sebelum kita membuat bantahan kita perlulah faham tujuan dan matlamat subjek Matematik dan Sains di ajar didalam bahasa Inggeris.
Tidak juga relevan saranan sesetengah pihak agar subjek BI dijadikan subjek wajib lulus dan dihapuskan PPSMI disekolah. Mungkin fahaman mereka dengan menjadikan BI subjek wajib lulus makanya akan dapat meningkatkan usaha dan pengusaan pelajar di dalam subjek bahasa Ingeris dan seterusnya boleh mengantikan fungsi PPSMI.
Perlulah difahami bahawa PPSMI bukan bertujuan mengantikan subjek BI. PPSMI juga tidak bertujuan mengajar dan memahirkan pelajar didalam suku-kata, komunikasi dan kesusasteraan bahasa Inggeris.
Pada pendangan penulis PPSMI leBIh bertujuan bagi meningkatkan penguasaan pelajar kepada kefahaman dan pengunaan istilah-istilah saintifik, mathematik dan teknikal di dalam bahasa Inggeris. Walau pun begitu PPSMI juga sedikit sebanyak secara tak langsung akan membantu pelajar didalam subjek BI mereka.
Matlamat utamanya akan memudahkan pelajar apabila meneruskan pengajian keperingkat tinggi didalam atau luar negara, dimana pengunaan istilah-istilah teknikal dan saintifik bahasa Inggeris adalah begitu meluas sekali.
Begitu juga apabila pelajar menamatkan bidang pengajian dan masuk ke alam perkerjaan. Dengan berbekalkan keupayaan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik pastinya peluang mereka untuk di pilih ke jawatan exsekutif di syarikat-syarikat swasta terutamanya yang berasaskan teknologi adalah lebih cerah. Kita kena faham hakikatnya kebanyakan syarikat swasta adalah miliki bukan melayu dan mereka ini adalah “production orientated company”. Mereka mengutamakan para exsekutif yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik di samping bahasa Malaysia bagi memudahkan perjalanan urusan pentabiran, operasi atau hubungan pelanggan. Dari pandangan penulis bukan melayu amat mengkagumi orang melayu yang baik penguasaan bahasa Inggerisnya.
Sebagai mana persoalan yang kerap ditimbulkan kenapa orang Perancis, German, Switzerland, Russia dan lain-lain negara Eropah mengunakan sepenuhnya bahasa ibunda mereka baik didalam pertuturan dan penulisan harian mau pun didalam bidang industri negara masing-masing.
Pada pandangan saya adalah tidak sesuai sekiranya kita membandingkan mereka dengan kita. Mereka adalah penduduk negara maju yang mampu menghasilkan peralatan atau kelengkapan sendiri tanpa memerlukan bantuan atau teknologi transfer dari amerika atau britain. Jadi keperluan mereka untuk mengunakan bahasa Inggeris adalah tidak terlalu mendesak.
Tapi kita jangan terlepas pandang bahawa walau pun mereka mengunakan bahasa ibunda masing-masing tetapi mereka tetap fasih berbahasa Inggeris. Sebagai contoh, orang Italy tetap terpaksa berkomunikasi mengunakan bahasa Inggeris dengan orang Jerman atau Switzerland atau UK sekiranya mereka hendak berkerjasama atau membuat Join Venture berkaitan industri dan teknologi. Malah bahasa Inggeris jugalah yang dicetak di dalam manual dan bahan rujukan teknologi tersebut.
Seperkara lagi sekiranya Malaysia membuat perolehan kelengkapan atau membuat pemindahan teknologi dari negara seperti Jerman atau Italy adakah kita mengunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda mereka ketika membuat urusan. Tentulah jawapannya kita terpaksa mengunakan bahasa Inggeris malah manual rujukan termasuk kontraknya juga akan dicetak didalam bahasa Inggeris.
Jadi begitulah contoh-contoh pentingnya bahasa Inggeris khususnya berkaitan industri teknikal dan saintifik kepada ahli teknologis.
Satu keadaan yang amat mengerikan sekiranya PPSMI dihapuskan ialah nasib puluhan ribu pelajar yang telah lama mengikuti program tersebut. Tentunya mereka akan jadi mangsa situasi dan akan menghadapi masalah kesukaran mengadaptasikan semula bahasa melayu di dalam subjek Math dan Sains.
Mereka tentu menghadapi kesukaran bagi memahami istilah-istilah saintifik dan teknikal subjek Math dan Sains didalam bahasa Melayu dan tidak mustahil kelak akan menyebabkan merosotnya penguasaan mereka keatas subjek tersebut.
Jangan disalahkan PPSMI sekiranya masih terdapat kelemahan pelajar di dalam subjek pengusaan subjek Math dan Sains kerana pelajar melayu sedari dahulu lagi diketahui sedikit lemah dan ketingalan didalam mata pelajaran tersebut.
Jadi sebelum penulis mengakhiri artikel kali ini penulis kuat berpendapat hanya ahli teknologis yang faham betapa pentingnya PPSMI di teruskan.
Posted by AbgTuah at 1:35 PG 21 comments
Selasa, 10 Mac 2009
PPSMI MAMPU MENJADIKAN BANGSA MELAYU GEMILANG.
PPSMI : Kenapa tak bela Ketuanan Melayu?
Apakah PAS dan PKR dalang kepada insiden rusuhan dan demonstrasi tunjuk perasaan mengenai bantahan PPSMI di ibu negara? Kelibat pemimpin pembangkang tidak dinafikan kelihatan dan mungkinkah mereka mengambil kesempatan memainkan peranan dalam menyemarakkan kebencian kepada kerajaan?
Kita lupa atau sengaja buat-buat nyanyuk, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.
Adakah ini belum CUKUP memadai untuk menjadikan ‘warganegara’ Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek sains dan matematik sahaja hanya menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa.
1. Tidak kira dasar apa-baik untuk negara dan rakyatnya, pembangkang hanya tahu ‘anti’ dengan dasar kerajaan. Pembangkang hanya bawa CELAKA sahaja.
Misalnya;
(A) PAS pernah membangkang dan menentang penggunaan internet dan komputer diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Alasan, internet banyak memberi keburukan seperti penularan unsur seks tidak terkawal dan komputer akan mewujudkan jurang komunikasi antara desa dengan bandar.
Tetapi PAS tidak ada cara yang lebih baik mengemukakan usul- kalau tidak ada internet dan komputer, kita perlu guna apa?
Realitinya kini, PAS menjadikan internet sebagai dakyah untuk menyebarkan fitnah dan fahaman politik mereka kepada golongan muda bukannya menjadikan sebagai medan dakwah.
(B)Tahun 1980-an, PAS dan DAP (masa itu tidak ada PKR lagi) menentang dan menyindir kerajaan kerana memperkenalkan kereta Malaysia-proton Saga.
Kemudian, PAS menyifatkan kerajaan sebagai tidak tahu membina industri berat yang kini dikenali sebagai PROTON dan menganggapnya sebagai projek pembaziran.
Kemudian, kerajaan menyokong industri PRODUA iaitu melahirkan kereta kancil- yang dianggapnya tidak ada kualiti dan kereta tin biskut. Usaha kerajaan ini ditertawakan oleh pembangkang.
Namun kerajaan cekal -supaya semua orang dapat membeli kereta.
Patutlah pemimpin PAS tidak mahu menaiki kereta nasional, tetapi kena ingat, berlambak pengikut PAS yang semua tidak mampu membeli CAMRY atau BMW macam Tok Guru naik ulang alik dari Kota Darulnaim ke Kedai Lalat (rumahnya).
2. Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang ‘KETUANAN MELAYU’?
Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa teragung Malaysia kalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!!!
Pakatan anti Ketuanan Melayu sedangkan mereka sokong dasar bahasa Melayu. Hairan.
Ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?
Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina.
3. Perarakan haram membantah PPSMI sebenarnya mencemarkan sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada keesokan hari. PAS pentingkan Islam atau bahasa?
Kalau pentingkan bahasa, kenapa PAS mengeluarkan kenyataan ‘bahasa jawi bukan bahasa Islam (seolah-olah Jawi tidak penting)’ dan tidak menentang sebarang usaha dilakukan oleh DAP memartabatkan bahasa Mandarin danTamil dalam papan tanda.
Tanya Ibrahim Ali, PAS-bebas mengenai perjuangan PAS kini. Katanya, PAS sekarang hanya mengikut telunjuk DAP.
Bagi abe MIE, PAS lagi takut kepada keluarga Singh ‘Kings’ dan LIM daripada mewujudkan hukum hudud yang menjadi perjuangan selama ini.
Kalau Zaid Ibrahim membawa hudud ke mahkamah, PAS kata UMNO kafir sebab tolak hudud dan perlu diperangi habis-habisan, tetapi bila Zaid keluar UMNO, PAS ajaknya jadi ahli.
Perjuangan apa nie?
Kalau air kencing, tetap jadi najis, jadi kenapa air kencing boleh diminum kalau dalam ‘cawan’ berlogokan PAS pula!!!
4. Tanya dan buat kajian- adakah pelajar perubatan atau kejuruteraan (medical study or enggineer) menghadapi masalah untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris!!!
Jangan tanya pelajar sastera atau jurusan agama. Mereka sudah tidak berminat dengan sains dan matematik.
Sama juga jangan tanya Samad Said atau tokoh bahasa. Tanyalah dekan perubatan di semua universiti di Malaysia atau seluruh dunia, adakah mereka susah belajar sains dan matematik dalam BI!!!
Apakah bahasa mereka gunapakai sehingga berjaya menyambung pengajian dalam bidang pakar atau PhD?
5. Mengapa perusuh jalanan perlu berarak ke bandar KL sedangkan mereka boleh terus berjumpa dan berarak ke jalan istana, melalui Kg. Attap untuk menyerahkan memo kepada Yang diPertua Agung.
Niat mereka hendak merusuh atau hendak membela bahasa Malaysia?
Adakah bahasa Melayu atau Malaysia-memberikan ciri-ciri- BIADAP DAN KURANG SOPAN kepada penuturnya sebagaimana dilakukan oleh HINDRAF yang menuntut hak sejuta poundsterling dari Britain?
Apa guna bahasa jiwa bangsa jika perjuangan perusuh jalanan ini dijadikan jiwa bangsa.
6. Tidak ada pakar bahasa atau tokoh sasterawan yang mengemukakan idea yang bernas, jitu dan ‘berakal’ bagaimana caranya hendak membela dan memelihara BM, kemudian dijulangnya di Malaysia.
Semua pakar asyik mengkritik bukannya memberi buah idea.
Jangan samakan pakar bahasa Malaysia dengan pakar Bahasa dari Jepun atau Jepun. Inovasi dari negara mereka, dan pakar kita hanya tahu mengulas inovasi berkenaan seolah-olah pakar kita yang ciptanya.
7. Kenapa mengaitkan pengajian sains dan matematik sebagai satu ‘penjajahan’? Bahkan Bahasa Melayu sudah berkembang kerana mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab, Yunani, Belanda, Cina, Perancis dan sebaganya untuk berkembang pesat!!!
Kita tidak memanggil komputer (pada asalnya dipanggil computer) sebagai ‘kotak elektrik yang ada bayangan’ atau ‘kotak menulis macam televisyen’. Adakah dengan menyebut komputer;bahasa Melayu atau Malaysia sudah hapus, pupus, tercemar dan dimalukan?
8. Kini, PPSMI ditentang dikala masalah ekonomi melanda dunia. Sepatutnya kita menjadikan PPSMI sebagai cara memajukan sistem pendidikan negara walaupun kini menempa krisis kewangan global.
PPSMI sebenarnya platform untuk mengkayakan populariti pemimpin tertentu sahaja sedangkan mereka yang mahukan bangsa Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.
9. Kita tidak akan terhakis Bangsa kalau berbahasa Inggeris atau Mandarin. Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina dan India tetap India walaupun mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Perancis atau Jepun.
Yang berbeza, kalau tidak mahir berbahasa Inggeris, orang Melayu akan jadi penyelia, India menjadi pegawai atau eksekutif dan Cina akan menjadi Pengurus walaupun ketiga-tiga bangsa itu kelulusan dari universiti atau kolej yang sama dan ‘professornya’ juga orang yang sama.
10. PPSMI sebenarnya Puak Pakatan Suka Merusuh Ini, bukannya untuk membela bahasa sedangkan dalam masa yang sama Islam pun diterkam dengan penggunaan Allah oleh semua agama dan disokong pembangkang, bangsa Melayu kini berpecah dan sanggup menjadi penderhaka serta tidak menunaikan janji pilihanraya….bukan berniat untuk membela anak bangsa.
PADA PANDANGAN ABE MIE, KALAU PPSMI DIKUBURKAN, KERAJAAN AKAN HADAPI SATU GELOMBANG KETIDAKADILAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN ANTARA GOLONGAN KAYA DENGAN MISKIN DAN MASYARAKAT DESA DENGAN BANDAR.
Satu boleh cakap Bahasa Melayu sahaja, dan satu kaum lagi (bandar) mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Jepun.
FIKIRLAH SEBAB ANAK-ANAK PAKAR BAHASA MELAYU PUN TAK PERNAH CAKAP MELAYU WALAUPUN DI RUMAH, TETAPI KENAPA PAKAR TIDAK MAHU ANAK NELAYAN MISALNYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!
Abe Mie - agendadaily
Posted by AbgTuah at 4:40 PTG 8 comments
Sabtu, 7 Mac 2009
SAJAK BARISAN PENDEKAR
PENDEKAR-PENDEKAR BERKATA:
“MUNDUR KAMU WAHAI PENGKIANAT BANGSA…”
“AKAN TETAP KAMI HALANG NIAT DAN HASRAT BUSUK KAMU….”
“TAK MUNGKIN KAMI BERUNDUR WALAU SELANGKAH …”
“DAN TIDAK KAMI BENARKAN WALAU SEINCI TANAH PUSAKA ZAMAN INI DIROSAKAN OLEH KAMU WAHAI PENGKIANAT NAN DURHAKA….”
HEI KERSANI..MENGALIRLAH DIKAU..MENJADI RAKSA MENGISI BELIKAT TUBOH KAMI..AGAR BISA KAMI BERDIRI..GAGAH BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU..AGAR BISA KAMI MENGHALANG SEKELIAN PENGKIANAT NAN PENDURHAKA…
PATAH SAYAP..PARUH BERTONGKAT PARUH..TETAP KAMI PERTAHANKAN JUA RAJA-RAJA MELAYU…
ITU SUMPAH PENDEKAR KAMI.!!!!
Penafian:
Penulisan dan illustrasi adalah hasil imaginasi penulis sahaja dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.
Posted by AbgTuah at 1:49 PTG 23 comments
HA..!! INI CERITA SEBENAR SIDANG ATAS POKOK.
PENJELASAN AGUS MENGENAI KONTROVERSI SIDANG DUN BAWAH POKOK
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad
Assalamualaikum wrth,
Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'
Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.
Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.
Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.
Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.
Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.
Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.
Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.
Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk mengadu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.
Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.
Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.
Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.
Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.
Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD AGUS YUSSOFF
petikan dari blog YDP BPN.
http://panglimaperangcyber.blogspot.com
Posted by AbgTuah at 1:03 PG 1 comments
Khamis, 5 Mac 2009
Speaker DUN Perak tidak kebal
ALOR GAJAH 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya berhak berbuat demikian kerana beliau termasuk dalam kategori penjawat awam.
“Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar amalan biasa tugas rasmi beliau,” tegasnya.
rujuk utusan online.
PENULIS PELIK APA YANG BERLAKU KEPADA PIHAK FUCKATAN RAKYAT PERAK. MEREKA KELIHATANNYA BETUL-BETUL ENGGAN MENERIMA SECARA POSITIF ATAU DALAM ISTILAH ISLAMNYA KADA DAN KADAR SESUATU KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT DYMM SULTAN YANG TELAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERLEMBAGAAN.
DALAM USAHA MEMBANTAH KELIHATANNYA BERBAGAI-BAGAI TINGKAH LAKU PELIK-PELIK YANG DILAKUKAN, SEBAGAI CONTOH:
MEMOHON DERHAKA BAGI MEMBUBARKAN DUN YANG SEOLAH-OLAH ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH DYMM SULTAN PERAK.
MEMBANTAH PERLANTIKAN MB BARU DENGAN MEMBUAT PERARAKAN KEISTANA DAN CUBA PULA MENGHALANG KENDERAAN RAJA MUDA KEISTANA BAGI MAJLIS PERLANTIKAN DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH MB BARU.
ENGGAN PULA KELUAR DARI KEDIAMAN RESMI DAN MEMULANGKAN KEENDERAAN RESMI.
TETAP CUBA HADIR BANGUNAN SUK NEGERI DAN PEJABAT MENTERI BESAR WALAU PUN SUDAH TERPECAT.
MENGADAKAN MESYUARAT DILUAR DUN BAGI TUJUAN MENGANTUNG DATO DR ZAMBRI MB YANG SAH BERSERTA EXCONYA.
TIDAK MEMBENARKAN MB BARU DAN EXCO MASUK MENGHADIRI APA-APA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI.
MEMECAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI YANG MENJALANKAN TUGAS DENGAN MENGIKUT PERATURAN.
CUBA MEREMPUH SEKATAN PIHAK BERKUASA UNTUK MEMASUKI BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI MENJALANKAN SIDANG TERGEMPAR YANG TIDAK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA SULTAN PERAK.
KELIHATAN MENGADAKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBAWAH PERPOHON KAYU DAN MENGIKUT PANDANGAN BEBERAPA PIHAK IANYA TIDAKLAH SAH.
BEKAS MB PERAK NIZAR AKAN CUBA MEMOHON BAGI MENGADAP SULTAN PERAK BAGI MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN SIDANG DIBAWAH PERPOHON KAYU YANG TIDAK SAH TERSEBUT.
APA LAGI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH MEREKA-MEREKA NI. TAK HABIS-HABIS MEREKA DENGAN TINGKAH LAKU YANG MENYAKITKAN MATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERETIKA, BERPERATURAN DAN CINTAKAN KEDAMAIAN. SEBENARNYA RAKYAT NAMPAK APA YANG MEREKA LAKUKAN HANYA BERMAIN POLITIK DENGAN MENGUJUDKAN SEGALA DALIL DAN ALASAN HANYA BAGI MENGHALALKAN CARA DAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK SAHAJA.
SUDAH-SUDAHLAH…APA YANG HENDAK DIKECOH-KECOHKAN LAGI, BUAT MALU COMPANY AJE…JADILAH RAKYAT YANG BERFIKIRAN POSITIF SERTA BERETIKA.. LAGI PUN BUKANKAH KES INI DAH JADI KES MAHKAMAH MAKA TUNGGU SAHAJALAH KEPUTUSAN DARI MAHKAMAH TERSEBUT.
Posted by AbgTuah at 12:22 PTG 5 comments
Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Pelik DUN Perak
Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia
1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia
2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri
3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.
4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian
5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Posted by AbgTuah at 8:37 PG 1 comments

