Selasa, 30 Disember 2008

Pewaris seeks PAS’ help to stop pig-rearing project


I read the news, about 300 members of a non-governmental organisation, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), gathered in front of the Bandar Baru Bangi Stadium on Monday night to hand over a memorandum seeking PAS’ assistance in efforts to stop the pig-farming project in Masjid Tanah, Malacca.

But I feel a bit sad since it was reported a minor commotion broke out when the Pewaris members were initially prevented from entering a talk on abolishing the Internal Security Act organised by PAS.

Funny, why PAS so scared with the word ISA. To them it seems like a fearsome phantom that ought to be hunt and killed. I don’t think ISA was introduced to prevents politicians with big mouth from vomitting out what so ever resentment they created or hallucinated. Still many politicians with that category unharmed and running free in Malaysia. To me ISA is still relevent in this complex and fragile multi-racial and multi-ehnic country. Why bother so much about abolishing ISA since majority has voice out their support to ISA. Hahaha, long life to ISA.

Back to the story, anyhow, beside the minor commotion they manage to negotiate for few minutes and the organisers allowed five of Pewaris members to enter the stadium to hand over the memorandum to vice-president Mohamad Sabu and PAS Youth head Salahuddin Ayub.

Pewaris deputy chairman Rahimuddin Md Harun later handed over the memorandum to PAS Pewaris and the Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM), representing the residents of six villages in Malacca, want the PAS leaders to assist them in resolving the problems regarding pig-farming.

I really salute the effort made by these two groups and the NGOs. Their intentions was not because of gaining popularity or their stand on any political platforms but they are groups of people’s fighters with spesific course that is to defend people’s right and they really have proven it. Bravo to you all bro’s.

So, PAS don’t hesitate, this is another chance for PAS to show to public how PAS really care and concern about people’s problems. Hahaha, just go on with it just like you did before, helping to defend the so called oppressed squatters in Plentong Johor, Kehkehkeh.

Frankly speaking, I am not sure whether PAS can do much related to the request for assistance from Pewaris and GGMM, it won’t be an easy decision particularly during the heat of the Kuala Terengganu by-election campaign is rising high.

Well, on the contrary sometimes it’s good also for somebody to challenge the sincerity and stand of the so called Islamic Party. Without a challenge public will never know how sincere and good they are.

Hahaha, Pas have you decided yet ? I know it is hard since any decision made will definitely influence the result of the by-election. So, if PAS decided to take the effort and assisted them to solve and stop the pig rearing project then PAS might risk losing their non muslim voters. Public knows PAS desperately needs full support from them to win the razor thin majority over BN.

On the other hand, if PAS decide to discard the request then it will surely tarnished PAS image as a great muslim fighter. Most probably PAS will risk losing many-many muslim supporters because public start to see PAS as a great PHONEY HERO which choose only the issue that benefit them the most.
Kahkahkah, complicated hah…….

Ahad, 28 Disember 2008

TIGERS THAT MIOW


Karpal now a toothless tiger, says Samy

By A. LETCHUMANAN

A fired-up MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu has criticised DAP chairman Karpal Singh for turning into a “toothless tiger” by pledging DAP’s support for PAS in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election.
He said Karpal Singh, who has been vocal on the Islamic state issue and hudud laws, appeared to have “surrendered to PAS.”
“Karpal Singh should be consistent in his stand (on hudud laws) and not become a puppet of PAS. His stand indicates that he and his party will give in and abandon their principles for the sake of ensuring a victory for the opposition candidate,” he said in a statement here Sunday.
Samy Vellu had challenged Opposition and PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to publicly state his stand on PAS’ intention to pursue the implementation of hudud laws.
He said the DAP owed an explanation to the people, especially the Chinese community, on its conflicting views on hudud.
“Karpal should also not allow his credibility to be lost among Indian voters who voted for him in the last general election,” he said, calling on Karpal Singh to live up to his “lion” nickname given by his supporters.
Sumber thestar online;


Writter's opinions;

Hahaha, what happen to GREAT Mr. Lion Heart. Correct me if I am wrong but I still remember the famous remarks from DAP’s leaders - ‘OVER MY DEAD BODY’ regarding this issue.
Another hahaha. Funny, why suddenly surrender now? Is it because of temporary cooperation for Kuala Terenganu by-election and decide to grudge later. Where is the famous stern stand and principle or now you just can’t bear the risk of PR breaking-up and losing the by-election?

By the way, where is your great Mr. Hero Anuar. What is his stand and consent about this matter or I supposed he is too busy with another date and frogging campaign. Hahaha, so if that’s the case then smart for him to hid himself rather than entangled with this delicate issue.

Aha, by the way, today I have found a new word from dictionary that is ‘PHONEY’ and is similar description of HYPOCRITE, BOGUS OR FAKE.

Jumaat, 26 Disember 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA TERHADAP BLOG HINA ISLAM

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..



Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,Blogger Pembela Negara ( BPN )

HURU-HARA KE?


Kesian PAIh, sejak kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam tempohari iaitu semasa forum Wacana Transformasi Politik yang berlangsung di Kelantan, kelihatan tiada redanya keadaan yang menimpa PAIh, semakin hari semakin huruhara mereka dibuatnya.

Terbaru ada kedengaran pula MCA menyarankan DAP agar memboikot By-Election di Kuala Terenganu. Bagi DAP pula sekiranya enggan memboikot By-Election tersebut maka tentunya mereka dilihat belot kepada ahli dan penyokongnya iaitu kaum Cina. Penyokong mereka tentu kurang selisa dengan keadaan ini.

Terkini kedengaran juga Parti GERAKAN telah bersama-sama dengan lain-lain parti menyuarakan penentangan terhadap rancangan dan cita-cita tersembunyi PAIh tersebut.

Hahaha, penulis tak mahu cerita banyak, tapi berjejaklah di bumi nyata, ini baru kenyataan yang dikeluarkan oleh PAIh belum lagi perlaksanaannya yang sebenar. Apa akan jadi tak tahulah Allahualam

Realitinya, penulis bukan hendak menentang perlaksanaan HAK ALLAH s.w.t atau bukan hendak mengajar, cumanya hendak bertanya sedikit kepada PAIh, dah cukup kuat ke kamu, dah cukup terror ke kamu, dah cukup bersedia ke kamu ?. Kalau belum, janganlah cakap banyak, jangan jadi mulut besar, cakap-cakap aje tak bertapis, tak berfikir, main ikut sedap rasa aje, main ikut sedap hati aje. Jadi kalau setakat RETORIK-RETORIK POLITIK aje, maka usahlah di permainkan agama untuk kepentingan politik.

Oklah, membebel panjang-panjang pun tak guna di pagi JUMA'AT yang mulia ini, fikir-fikirlah sendiri. Oh ya, lagi satu karang di KHUTBAH jumaat jangan ashik nak mengata sana-sini ye, BORING betul dengar!!!
Sumber rujukan thestar online;
Boycott by-election, DAP told - dated 25 Dis 08

Rabu, 24 Disember 2008

SENJATA MAKAN DIRI


PAS hari ini letih bersilat menepis bidasan dan tentangan dari kawan mau pun lawan ekoran kenyataan Naib Presidennya Hussam musa semasa forum wacana transformasi politik di Kelantan.

Semasa menjawab soalan bertalu-talu berkaitan Hukum Hudud dari KJ, Husam sepatutnya memberikan jawapan yang lebih defensif bukan offensif, iaitu jawapan yang berlapik, sebagai contoh;

‘SEMUA ORANG ISLAM KENALAH FAHAM BAHAWA HUKUM JINAYAT HUDUD DAN QISAS ADALAH HAK ALLAH DAN MENJADI KEWAJIPAN PEMERINTAH NEGARA ISLAM MELAKSANAKANNYA. SEKIRANYA PAS ATAU UMNO BERJAYA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM MAKA WAJIBLAH DILAKSANAKAN.’

Jadi dengan jawapan yang begitu penulis pasti PAS tidak akan terperangkap sehingga terjerat dan terjerut.

Ekoran dari kenyataan semasa forum tersebut iaitu PAS AKAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEKIRANYA KERAJAAN PR MEMERINTAH maka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng@Stailis Khalifah telah membidas dengan berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita.

Bagi menjawab cabaran Mursidur am PAS Tuan Guru Nik Aziz pula, hari ini Karpal Singh mula mengeluarkan beberapa hujahan ala-ala lawyarnya bagi mengigatkan PAS bahawa apa yang hendak dilakukan oleh PAS tidak sejajar dengan Pelembagaan Persekutuan dan perundangan Malaysia.

Hehehe, itulah kalau orang UMNO bagi tahu kau orang bukan nak mendengar, pekakkan telinga, kata tak islamiklah, hah sekarang bro hampa sendiri yang tarbiah hampa berkaitan undang-undang dan perlembagaan.

Ahaa, terkini beberapa pemimpin tertinggi MCA dan MIC pun tumpang sekaki pula menambah keperitan kepada PAS. PAS dibidas dengan dashyat sekali. Lebih kurang kata mereka begini, mereka membantah keras cadangan PAS melaksanakan hukum Hudud sekiranya PR memerintah. Menurut Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata PAS sepatut menghormati perasaan rakyat bukan islam didalam negara yang berbilang kaum.

Mereka berkata bahawa pendirian MCA memang tidak setuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Mereka sentiasa menghormati pelembagaan persekutuan.yang menjamin kebebasan beragama dan sentisa mengihtirafnya sebagai undang-undang tertinggi Negara.

Mereka juga seolah-olah kehairanan mengapa selepas PRU 12 PAS menawarkankan konsep negara berkebajikan, tiba-tiba kembali kepada konsep dan dasar asal mereka iaitu Negara Islam.

Itulah PAS kenapa suka-suka aje main tukar-tukar dasar perjuangan, semalam lain, hari ini lain, besok pula lagi berbeza…pheningggg kepala penulis.

Kepimpinan MIC juga tak mahu ketinggalan, berkata PAS telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mereka menentang keras hasrat PAS tersebut.

Terkini, YB Khairi Jamaluddin pula telah membuat tikaman repeat. Beliau membidas tindakan Husam membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba. Hmm, pada pandangan penulis bererti seolah-olah Husam menarik balik kenyataan yang dah terlepas.

Aduh-aduh-aduh, YB KJ, Hang Tuah tak pernah menikam musuhnya dua kali, hehehe.

Jadi kesimpulannya pada pandangan penulis, nampaknya seolah-olah senjata yang ingin digunakan oleh PAS selama ini bagi menikam UMNO telah tertikam diri sendiri.

Itulah kalau dari dulu lagi kepimpinan PAS boleh berfikir dan mengagak apa yang akan berlaku di masa sekarang tentu tak jadi begini. Pada fikiran penulis tentu mereka akan bersahabat dengan UMNO. Jadi kalau masih nak bersahabat dengan UMNO tentunya masih belum terlambat bukan dan pelan-pelan sama-sama kasi buleh.

Sumber rujukan;



1. utusan online
a. DAP bantah rancangan Pas laksana hudud: bertarikh 23 Dis 08



2. thestar online
a. A thorn in Pakatan’s side – 24 Dis 08
b. Karpal: Nik Aziz’s move an expediency – 24 Dis 08
c. MCA and MIC against PAS’ stand on hudud – 24 Dis 08
d. Khairy blasts Husam over U-turn – 24 Dis 08

GEMPAR AZAM PRESIDEN GGMM HILANG


Menurut Selat Melaka Post, mereka dimaklumkan sebentar tadi bahawa satu laporan polis telah pun dibuat di balai polis Kajang, Selangor tentang kehilangan Saudara Azam seorang peguam juga Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah hilang lebih 24 jam lalu. setakat berita ini ditulis beliau masih belum ditemui.Beliau terakhir dipercayai berada di Kampung Lentang, Mentakap, Pahang. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana beliau berada bolehlah membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa atau polis secepat mungkin. Gambar beliau seperti di atas sedang memegang beg berpakaian sut hitam.

Penulis mendoakan agar Azam segera ditemui dan berada didalam keadaan selamat.

Selasa, 23 Disember 2008

PECOH HABIH DOH RAHSIO KITO


Syabas YB Khairy Jamaluddin diatas keberanian masuk kegelanggang PAS untuk hadir dalam forum wacana perdana "Transformasi Politik Malaysia" anjuran urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan.

Hahaha. terkejut kerbau juga mereka dengan kehebatan YB, memangkah hero mereka didalam setiap persoalan yang diajukan. Biarkan, bagi mereka tahu kehebatan Khairi Jamaluddin sebenarnya.

Apa yang penulis faham semasa debat tersebut Husam musa menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno.

Hahaha, lebih terror dari Ustad Fidauskah atau dari Datok Dr. Mashitahkah?Kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih faham tentang pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz, berdasarkan LGE terlebih membaca buku-buku al kisah Khalifah Al-Rashidin.

Hahaha, apakah dengan membaca buku-buku tersebut membuktikan dan dipercayai bahawa LGE telah benar-benar faham dan menghayati konsep pemerintahan Islam.?

Wahai PAS aku pun dah baca dah kisah-kisah tu di perputakaan semasa aku sekolah menengah lagi dan ianya juga termasuk didalam tek-tek subjek agama di sekolah. Aku juga yakin bahawa semua ahli UMNO pun tahu dan faham kisah-kisah perjalanan hidup Rasullah s.a.w dan Khalifah selepasnya dan mungkin ada yang lebih arif tentang hal-hal ehwal keagamaan dari Husam sendiri.

Di dalam debat tersebut Husam juga terlepas kata untuk melaksanakan hudud itu setelah diasak dua kali oleh Khairi.

Tetapi amat mengelikan hati ialah keesokan nya setelah di bidas hebat oleh pemimpin yang berstailan Khalifah yang terlebih membaca al kisah Khalifah Umar, kenapa Anta tercungap-cungap, tanpa malunya mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Eheeewahh, sudah ada perjanjian yang ditandatangani tak mahu laksanakan yeee…

Wahai PAS kau orang tak tahu ke selama ini kerajaan telah melaksanakan Hukum Syariah Islam di Malaysia sebagai contoh muamalatnya, munakahatnya cuma perlaksanaan sebahagian hukum jinayatnya iaitu hukum hududnya yang masih ditangguh.

Jadi sekarang, tak perlulah lagi nak kata kerajaan menolak perlaksanaan Hukum Hudud ye, kerana kerajaan tak pula pernah menolak. Faham-fahamlah sendiri kau orang sendiri pun dah mengakui kesukarannya.




Isnin, 22 Disember 2008

BERSYUKORLAH RAKYAT MALAYSIA



Nukilan Kuntakinte;

Salam, bagus lah Pak Lah meletakkan keutamaan isu perkauman sebelum melepaskan jawatan, keterbukaan yang diamalkan oleh Pak Lah telah disalah guna, diambil kesempatan oleh golongan yang tak mengaku recist tetapi recist dalam erti sebenarnya. terlalu banyak Allah S.W.T perturunkan berbagai2 kejadian untuk dijadikan fomula otak berfikir, semua kejadian bukan sekadar disebelah kita, bukan sekadar di tempat tinggal kita malah di dalam negara kita, malah di negara2 jiran kita, malah di negara2 nun jauh tak terlihat dik mata kecuali melalui ASTRO, semuanya kejadian yang dilimpahkan oleh NYA untuk dinilai oleh kita, kejadian bermacm kejadian diperturunkan, ada negara yang sebangsa tetapi bergaduh mati-matian, ada negara berserban, berjubah semua penduduknya tetapi berbunuh - bunuh, ada negara kulit nya sewarna tapi bertembak2, apatah lagi kulit lain warnanya terutamanya di tempat kita yang maih bertahan dan terus bertahan, tapi mampukan terus bertahan sedangkan semacam tak jemu2 dugaan dan tekanan di lontar dengan sembunyi tangan oleh segolongan manusia sebangsa dan sewarna kulitnya dan akhirnya di sokong oleh golongan lain warna kulitnya, kenapa ini berlaku.

Tak heran kalau di negara lain bergaduh kerana pemerintahnya menyekat kebebasan rakyat dalam semua aspek tetapi di Malaysia semua kebebasan diberi, semua harta negara dinikmati, semua peluang di rasai, berbanding negara lain ada negara dipaksa walau berbilang bangsa tetapi bahasa dipaksa mengunakan satu bahasa, ada negara kaya dengan hasil bumi tetapi bangsa luar yang nikmatinya rakyat tempatan makan kus - kus sejenis ubi lenyek, ada negara satu agama akibat lain mazhab berbunuh2-an, ada negara satu warna kulit sama2 susah dan mengemis tetapi bertempur antara satu sama lain. Apa kah ini semua yang di tayang kan oleh Allah kepada kita langsung tidak menyusuk didalam kalbu kita, tak terterima dik otak kita, tak tertawan dik hati kita untuk membayangkan kalau kita seperti mereka bagaimana truk nya hidup kita, bagaimana agaknya rasa kita, bagaimana jadinya anak2 keturunan kita, bagaimana rupanya negara kita, lansung tak berhatikah kita dengan petunjuk2 tersebut.

Adakah terlalu di manja2 kan sangat, adakah kerana terlalu senang, adakah terlalu selesa, adakah kerana terlalu tenteram, adakah kerana terlalu baik pemerintah, adakah terlalu berlembut kerajaannya, semua petunjuk dibuang tepi dan dianggap propaganda kerajaan dalam menasihat rakyatnya, satu Kementerian di wujudkan semata menjaga Perpaduan, satu Menteri dilantik, beribu2 dikalangan rakyat dipilih untuk memegang jawatan dan dibayar gajinya kearah melaksanakan kerja kearah menjaga perpaduan, bukan baru dah berabad di wujudkan dan usaha ini berjaya, kenapa sejak baru2 ini usaha demi usaha dilakukan untuk menghancurkannya, apa nawaitunya, apa maltlamatnya, apa fokusnya....sedih apabila teringatkan pesanan dan amanat arwah tok nenek dizaman kita yang berlaku.


Walau apa pun teman percaya ramai lagi manusia di muka bumi ini masih bijak, masih cerdik, masih rasional, masih boleh berfikir, masih tak di buai mimpi, masih tahu menilai buruk dan baiknya, usaha Pak Lah mesti di laksanakan dengan dokongan kuat dari kita selaku rakyat, kita perlu tolak sama sekali cara zionist ini, cara yahudi ini, kekuatan patut di beri kepada Pak Lah untuk meninggalkan negara dalam keadaan baik kepada Dato Seri Najib.InsyaAllah.

Ahad, 21 Disember 2008

THE FINAL MISSION


Pak Lah: Final mission to cool racial tensions

Pandangan penulis;

Elok sangatlah tu, kerana dari pengamatan penulis kebelakangan ini perpaduan kaum di Malaysia berada ditahap yang membimbangkan. Resah juga rasanya dengan sentimen-sentimen perkauman yang dimainkan oleh ahli-ahli politik tanah air. Dikhuatiri kelak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya isu permasalahan perkauman ini gagal ditangani dengan baik dan sempurna oleh semua pihak.

Penulis juga ingin memperinci beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kepada ketegangan kaum. Salah satunya ialah suasana politik didalam negara. Apabila kerajaan memerintah gagal mendominasi kuasa politik maka situasi ini akan memberikan lebih ruang kepada golongan-golongan tertentu untuk menjalankan kegiatan provokasi mereka.

Mereka-mereka ini gemar mengunakan isu-isu sensitif terutamanya mengapi-apikan sentimen-sentimen perkauman dengan niat mengujudkan gambaran bahawa terdapat kelemahan pada dasar dan polisi yang ada. Pada mereka, inilah cara termudah untuk menimbulkan perasaan ketidakpercayaan kumpulan-kumpulan tertentu terhadap integriti dan kompetensi kerajaan yang memerintah.

Diharap sangat agar mereka ini memberhentikan perbuatan seperti ini kerana ianya bukan sahaja menimbulkan rasa ketidakselisaan dan kebimbangan dihati rakyat malah akan mengundang risiko menjejaskan ketenteraman awam

Isu pengagihan dan jurang ekonomi antara kaum juga menjadi punca kepada ketidakstabilan perpaduan. Penulis berasa perkara ini paling sukar untuk diatasi dan ianya salah satu faktor terjadinya ketegangan kaum sebagaimana yang berlaku pada 13 may 1969. Jadi faktor jurang ekonomi antara kaum ini perlu diatasi secara serios oleh kerajaan bagi mengendurkan ketegangan didalam masyarakat berbilang kaum.


Sorotan dari peristiwa hitam tersebutlah maka DEB telah diujudkan dan ianya telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum terdahulu kerana mereka yakin bahawa perbezaan kekayaan antara kaum perlu diperbetulkan bagi mengelakan peristiwa tersebut berulang lagi kembali. Perlulah difahami bahawa dasar yang diwujudkan ini bertujuan mengimbangi atau mengurangkan penguasaan sesuatu fungsi ekonomi kepada sesuatu kaum sahaja.

Malang sekali akhirnya dasar-dasar DEB yang telah kelihatan semakin hampir menepati objektifnya telah dipertikaikan. Dasar tersebut telah dituduh cuba mendiskriminasi kaum lain kerana ianya kelihatan seperti hanya memberikan peluang dan keistimewaan kepada kaum Bumiputra . Isu peluang dan keistimewaan kepada bumiputra inilah yang mungkin telah membangkit rasa kurang senang kaum lain kepada dasar dan polisi negara sejak sekian lama.

Pandangan penulis, DEB adalah satu dasar yang baik dan telah pun mencapai kejayaan walaupun belum sepenuhnya iaitu menghasilkan peningkatan ekonomi kepada kaum bumiputra bagi mengimbangi penguasaan ekonomi kaum Cina dan India tanpa pula mengenepikan kepentingan mereka maupun mengurangkan kekayaan mereka.

Selain dari yang disebut diatas satu lagi faktor penentu kejayaan atau kegagalan perpaduan antara kaum ialah akhbar dan blog. Wartawan akhbar dan penulis blog perlu memainkan peranan dalam menyemai semangat perpaduan dan muhibah antara kaum. Mereka juga perlulah berhati-hati serta waspada dalam menyiarkan berita, artikel atau menyuarakan pendapat masing-masing serta perlu faham dan bertanggungjawab akan impak dan akibat dari penulisan mereka.

Jadi kesimpulannya, bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan maka marilah kita semua tanpa mengira kaum, peringkat atau ideologi mengambil iktibar dari peristiwa hitam 1969. Sejarah tersebut harus kita jadikan garis sempadan agar kita sentiasa sedar dan faham bahawa segala tindak-tanduk kita perlulah ada had-had tertentu yang tidak wajar kita langkaui.

Sabtu, 20 Disember 2008

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENSWASTAAN IJN UNTUK KERAJAAN DAN RAKYAT


Walaupun penswastaan IJN telah ditangguhkan tanpa diketahui tarikhnya ia menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian. Penswastaan bermakna proses "pemindahan pemilik perniagaan dari sektor awam (kerajaan) kepada sektor swasta(Perniagaan). Penswastaan di Negara ini bukanlah sesuatu yang baru, banyak agensi-agensi kerajaan telah diswastakan sebelumnya seperti Jabatan Bekalan Elektrik kepada TNB, Jabatan Bekalan Air telah diserahkan untuk meswastakan kepada negeri-negeri masing-masing, dan Pelabuhan,Lebuh Raya dan sebagainya. Namun rakyat masih keliru dan resah tentang tujuan kerajaan dalam penswastaan IJN atau pun dalam sektor kesihatan. IJN atau Institusi Jantung Negara ditubuhkan pada 1992 dan dikendalikan oleh IJN Holdings Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan IJN diletakkan di bawah MOF (bukanya di bawah Kementerian Kesihatan)ialah untuk memberi ganjaran yang istimewa kepada para kakitangan IJN dibawah skim gaji yang berlainan (istimewa) dari penjawat awam yang lain. Dari ini, kita ketahui kerajaan telah bagitu mengambil berat tentang kewujudannya IJN. Dari tahun 2007 hingga Nov 2008, IJN telah menerima 287,764 pesakit luar (out patient) dari jumlahnya 6,904 pesakit telah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru, 15,084 pesakit telah menjalani rawatan CARDIAC CATHETERISATION, INTERVENTION, ANGIOGRAMS dan ANGIOPLASTIS. IJN mempunyai 35 pakar yang tersohor.


Pada 18 Disember 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi Institut Jantung Negara(IJN). Tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertinggkatkan lagi kecemerlangan”. “Beliau juga berkata IJN kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat malah kerajaan akan membina hospital yang serupa dengan IJN sekiranya ada kemampuan”.sumber: Utusan Online


KEBAIKAN PENSWASTAAN IJN


1. Boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya kerana akan menghadapi persaingan dengan intitusi swasta yang lain dengan kualiti yang lebih baik, kurang birokrasi, kurang penyelewengan, dan perkhidmatan yang cekap.
2. Walaupun keadaan insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk kakitangannya memuaskan tetapi apabila di swastakan kemungkinan semua kakitangan IJN akan mendapat insentif-insentif yang lebih daripada insentif yang ditawarkan pada masa kini.
3. Walaupun pada masa ini, IJN dikendalikan oleh Lembaga Pengarah terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian kesihatan dan kewangan kemungkinan mereka ini yang kurang kepakaran khusus dalam bidang pengurusan perubatan professional.Sekirannya pihak swasta mengambil alih sudah tentu mereka akan tentu akan membawa masuk lebih pakar-pakar yang khusus dalam perkhidmatan perubatan terutamanya dalam bidang pengurusan perubatan. Ini akan membuatkan IJN lebih berupaya untuk cemerlang. Dengan ini kerajaan dapat mengutip hasil cukai yang akan dibayar oleh pihak swasta dengan operasi yang menguntungkan.
4. Dari segi politik, penswastaan seperti biasanya boleh mengurangkan kecaman-kecaman dari pihak pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran kerajaan.Dengan ini populariti kerajaan akan bertambah baik. Sekiranya penswastaan ini berjaya memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya, keyakinan rakyat untuk menyokong terus kepimpinan kerajaan yang sedia ada akan bertambah baik.
5. Dengan sumber dana sedia ada , pihak swasta boleh memperbesarkan, meningkatkan lagi prestasi tanpa sebarang birokrasi kewangan.IJN boleh menjadi intitusi gemilang,cemerlang dan terbilang di rantau Asia mahupun di peringkat global di masa akan datang.

KELEMAHAN PENSWASTAAN IJN
1. Kerajaan hanya akan menjadi pemilik proxy dengan itu, penglibatan dan sebarang hak mengendalikan IJN kemungkinan terbatas dalam pentadbiran intitusi ini pada masa akan datang. Kerajaan perlu ingat mereka harus dipertanggungjawabkan dalam apa jua masalah yang akan menimpa rakyat kelak dengan pemberian kotrak ini dan bukannya ia di tanggungjawab ke atas pihak swasta yang mengendalikannya IJN.
2. Sekiranya syarikat swasta yang akan mengendalikan IJN boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya; kerajaan akan dapat pujian dari rakyat tetapi sekiranya perkara sebalik; kerajaan akan menjadi kecaman dan cemuhan rakyat. Kemungkinan isu ini kecil tetapi rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah dan dengan itu kemungkinan rakyat akan mengalihkan perhatian kepada pihak pembangkang (perlu diingat parti PAS memainkan isu "Negara Kebajikan").
3. Hospital adalah soal kebajikan sosial yang kerajaan perlu beri pada rakyat apabila di katakan Negara sedang menuju ke arah kemajuan.Apa lah gunanya sekiranya di katakan negara sedang maju dan makmur tetapi setiap hari kebajikan rakyat dicantas satu persatu.rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah perlu dibela. Kerajaan perlulah melindungi agensi-agensi kebajikan sosial seperti ini daripada menswastakan kepada pihak swasta yang hanya pentingkan keuntungan perniagaan sahaja.
4. Oleh kerana, pemberian kontrak kepada pihak swasta sekiranya tidak dilakukan secara transpiransi dalam sistem tender;rakyat akan beranggapan mungkin telah berlaku rasuah, kroni, dan neopotisma dalam pemilihan syarikat swasta untuk penswastaan tersebut. Perkara ini akan menjadi isu penting untuk parti pembangkang untuk meraih undi dalam pilihan raya ke-13 nanti.
5. Kerajaan yang dilantik secara demokratik adalah untuk menjaga kepentingan rakyat melalui sistem berparlimen yang bertujuan untuk mengawal selia segala aset negara yang sedia ada. Pihak swasta hanya bermotifkan keuntungan perniagaan akan mengagalkan objektif sosial yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah oleh rakyat.
6. Dengan penswastaan IJN, secara langsung rakyat tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam hak bersuara dan kerajaan kemungkinan kerajaan tidak dapat menguatkuasakan apa jua polisi kesihatan untuk rakyat dalam perkhidmatan IJN di masa akan datang.
7. Dengan hanya belanjawan negara untuk kesihatan 3%GDP adalah sukar untuk diramalkan kebaikan penswastaan seperti ini membawa apa-apa perubahan yang nyata kepada rakyat berpendapatan rendah.


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa agar kerajaan pimpinan baru Dato Seri Najib Tun Razak akan membuat keputusan yang terbaik untuk memastikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah nasib mereka sentiasa terbela.

Jumaat, 19 Disember 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA




1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan

2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepualauan melayu yang berpusat di Melaka....Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.


Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Isnin, 15 Disember 2008

KUNTAKINTE: BERKAITAN KEMELESETAN EKONOMI DUNIA.

Penulis: KUNTAKINTE

Salam, teman berkeyakinan bahawa kerajaan berkemampuan menangani dan menghadapi krisis ekonomi dengan cemerlang berpandu kepada track record sebelum2 ini, kebijasanaan kerajaan dalam mengurus tadbir ekonomi negara memang dicemburui oleh negara2 lain, sebab itu perlu kekuatan sokongan dari semua pihak untuk memastikan kerajaan dapat menjalankan tugas mereka dengan tenteram tanpa di ganggu dan didomba oleh pihak2 yang tak patut campur tangan dan sentiasa mempolitikkan isu yang merisikokan kepentingan masa depan negara ini, terjerit sana sini memang mudah, walhal nikmat nya yang terjerit2 tu lah juga yang menimati nya dengan rakus.

Singapura negara yang 1st class mentadbir urus ekonominya pun sudah tergugat kewibawaan nya, tanpa mempedulikan hidup rakyat satu cara mudah yang diambil oleh Singapura dengan membuang pekerja, beribu2 pekerja tempatan dan rakyat Malaysia telah diberhentikan kerja, Amerika Syarikat bulan November saja telah memberhentikan pekerja seramai 340,000 ribu pekerja dan sepanjang tahun 2008 saja seramai 1.24 juta rakyat Amerika menjadi penganggur, Di Indonesia Berjuta2 rakyat yang baru menjadi penganggur, ini tidak termasuk penganggur tetap yang sekian lama tidak mempunyai pekerjaan, Thailand tidak terkecuali dari impak ekonomi ini tambahan pula dengan krisis politik di Thailand rakyat miskin menjadi mangsa, Di Perancis seramai 200,000 ribu pekerja di berhentikan kerja, di Britain ribuan pekerja hilang pekerjaan. TETAPI Malaysia masih bertahan, kenapa ini berlaku!!, semua ini berlaku kerana kekuatan Malaysia mengurus tadbir eknomi dengan kekuatan dan kebijaksanaan pemimpin kita, kekuatan berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung dengan orang lain seperti World Bank, IMF dan pasaran yang tidak bergantung pada satu2 produk saja, malah pasaran yang di buat tidak bergantung kepada satu atau dua negara saja memberi ruang yang cukup selesa kepada Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi ini.

Malaysia belum membuang pekerja, kilang2 yang besar2 belum menutup perdagangan mereka, hanya berlaku 1 ke 2 kilang2 kecil yang membehentikan pekerja dalam jumlah yang kecil hanya 20 ke 100 pekerja itu pun atas sebab masalah tanah dan sesuatu hasil produk yang tidak mencukupi malah ada produk diusahakan bukan secara skala besar meberi kesan kepada mereka, ia bukan masalah ekonomi negara. Hanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengeluh kerana di berhentikan oleh majikan Singapura, bukan salah kita Malaysia, bukan kita yang menyebabkan mereka berhenti, jikalau mereka bekerja di tanahair selama ini mungkin mereka masih bekerja sekarang ini, mereka tidak boleh menunding kepada kerajaan Malaysia apabila mereka ditimpa masalah, semasa senang dan gaji lumayan mereka diam menikmatinya apabila susah tak perlu menyalahkan orang lain, walau apapun teman rasa mungkin peluang banyak terdapat di Johor yang sedang membangun untuk mereka rebutkan nanti hanya usaha yang perlu dilakukan, sebab itu kata pepatah hujan emas negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik lagi hujan batu, kesetiaan susah senang kita kepada tanahair kita, dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung, jangan ditunding kepada negara yang kita tinggalkan apabila kita kembali dengan gagal dari negara orang lain.

Kebijaksanaan dalam menjana pelaburan dikalangan GLC dan Agensi2 kerajaan seperti Tabung Haji, KWSP dan sebagainya berjaya dalam menghadapi pengangtungan kepada negara luar, kita mempunyai cukup modal dan cukup besar keuntungan pelaburan yang selama ini dilakukan oleh agengi kerajaan ini dan GLC memberi kekuatan dalam kita mengunakan dan mengisi rezab negara yang kukuh, pelaburan baru yang Malaysia lakukan di negara2 yang sedang membangun amat kena dengan masa dan ketika memberi kita ruang untuk mengelak dari menjadi mangsa krisis ekonomi negara, lonjakan keuntungan seperti MAS, Proton amat mengejutkan dan ini membuktikan serius nya kerajaan melakukan sesuatu dan meletakkan individu yang AHLI dan yang HAK mentadbir urusan perniagaan tersebut, bukti kerajaan bijak dan amanah.

Tetapi kerajaan perlu kuat dan stabil, untuk itu rakyat semua golongan perlu memberi dan menyumbang kepada kekuatan ini, tiada masa untuk kita berpolitik sepanjang masa, tiada masa untuk kita memfitnah antara satu sama lain, tiada masa untuk kita berpecah belah antara kaum, tiada masa untuk berdemostrasi, kerana kita perlu ingat yang susah kita, rakyat yang susah bukan mereka2 yang sememangnya kaya raya, bukan mereka yang menjadi menteri akan susah, bukan mereka yang menjadi Pengarah dan KSU Kementerian yang susah, bukan mereka yang duduk di GLC yang susah, bukan mereka yang berpangkat besar dalam kerajaan yang susah TETAPI yang susah dan bangkrap kita rakyat dibawah, di kampung, di bandar2 yang akan merana, Ingat lah sekali kita jatuh bukan mudah untuk kita bangkit kembali, ingatlah membina kejayaan ini amat susah dan amat panjang jangka masanya tetapi untuk runtuhkan hanya makan masa seminit dua saja keruntuhan akan berlaku, untuk dibina semula memakan puluhan tahun, yang jadi mangsa nya kita RAKYAT BAWAHAN, perlu2 dan amat perlu kita bersatu menyokong kerajaan untuk kuat kembali dan untuk menghadapi krisis ekonomi yang belum tahu sejauh mana teruknya, yang mungkin kepala tsunami nya belum singgah di Malaysia ini, sekarang mungkin dapat dipertahankan tetapi kedepan belum tahu, dan kita harap tidak teruk seteruk yang kita kita hadapi sekarang ini, dan mari2 lah sama2 kita berdoa kan kehadrat ALLAH S.W.T agar negara dilindungi dan dihindari dari bala bahaya ini dan memberi kekuatan kepada ulil amri dan khalifah kita dikalangan pemimpin2 negara untuk bekerja dan menangani segala isu yang boleh meranapkan negara dan umat, kita berdoa agar ditunjukkan kejalan yang mudah dan benar dalam melindungi umat menghadapi semua krisis yang ada dan yang akan datang. amin yarubbilalamin.

Ingatlah dalam kebaikan yang kita nikmati sekarang ini, belum tentu yang kita harapkan lebih baik dari sekarang akan menjelma dan menjadi hak milik kita, oleh itu pelihara lah apa yang di kurniaan inioleh ALLAH S.W.T sebaik mungkin, InsyaAllah kita selamat dunia dan akhirat.

KUNTAKINTE; PENURUNAN HARGA MINYAK DAN SUBSIDI BAHAN API NELAYAN.

Penulis: KUNTAKINTE

Salam, teman terfikir jugak tahun 60an semasa tok dan bawa sekali ayah teman berkayuh sampah pergi menangkap ikan, ketika tu tak terfikir dik kepala otak mereka bergantung kepada kerajaan untuk membesar kan anak2 dan cucu, teman terfikir sebagai seorang anak bekas nelayan kampung besar nya teman bermula daripada keringat mereka mengayuh sampan, ternyata impian mereka untuk memastikan kehidupan generasi mereka tercapai juga.

Terima kasih daun keladi, kalau ada beri lah lagi. Tahniah kerajaan Tahniah para Nelayan.

Sekarang kemungkinan zaman sudah berubah, bermula dalam tahun 70an kerjaaan berfikiran bahawa nelayan perlu di bantu oleh kerajaan, tanpa diminta dan didesak oleh nelayan atau mana2 pihak kerajaan perkenalkan cara moden selaras dgn kehendak zaman, kerajaan mula bertindak walau tanpa diminta, bantuan subsidi bot, enjin sangkut, pukat, minyak, modal, latihan dan sebagainya di beri, satu agensi dan persatuan ditubuhkan semata2 untuk menjaga industri perikanan sekaligus menjaga nelayan itu sendiri. Bermulalah era nelayan moden dari satu generasi hingga ke genarasi ketika ini.

Nelayan kini mula merasa pengantungan demi pengantungan perlu diberi oleh kerajaan, dan kerajaan pula tiada masalah untuk membantu kerana sudah menjadi sikap kerajaan membantu dan menjayakan setiap manusia di Malaysia ini tak kira dia nelayan ke petani ke, pekerja ke, peniaga ke, penganggur ke, penagih dadah ke, banduan ke dan berbagai2 lagi. dalam kontek nelayan teman cukup berbangga dengan langkah yang diambil oleh kerajaan melalui YB Dato Mustapha Mohamed mengumumkan bantuan subsidi dan bantuan2 lain yang di luluskan oleh Kerajaan Persekutuan, langkah yang akan dapat meringankan dan memajukan sektor perikanan kita dan akhirnya nelayan dapat hidup seperti golongan2 lain demi memberi nikmat hidangan kepada umat kita.

Adakah usaha kerajaan ini dihargai, disanjung tinggi, kalau di hargai dan di sanjung kenapa semasa kerajaan memerlukan sedikit pertolongan hanya dengan memangkah untuk mengundi golongan nelayan tidak mengundi dan membantu kerajaan, kenapa kawasan2 pinggiran pantai ada juga yang parti UMNO/BN kalah, dimana sikap dan budi golongan ini, dimana sikap kesyukuran yang dituntut dalam Islam tidak dilafazkan, kenapa pihak yang memberi suap dimulut kita, akhirnya kita sepak dan terajang, dimana kata pepatah melayu sopan 'Pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah budi yang baik di kenang juga'mungkin sudah boleh ditutup pepatah lama kerana mereka sudah ada pepatah baru, ' kalau bagi ambil, sokong belum tahu', tetapi teman faham niat kerajaan melakukan kebaikan tersebut bukan untuk mendapat balasan atau mendapat undi tetapi semata2 niat untuk bantu rakyat, bagaimana pula dengan sikap rakyat adakah tidak terfikir dik kepala otak kita dan hati kecil kita untuk membalas akan kebaikan kerajaan terhadap kita, apa pun kita doa kan agar tanpa ada yang berkecuali golongan nelayan akan lebih mewah, sejahtera, maju dan makmur. Ingat lah mengikut kata hati dengan dipengaruhi cakap-cakap kosong saja tidak dapat membantu kita ke mana2 malah boleh menyesatkan kita dari perbuatan baik yang patut kita laku kan pada yang berjasa dan ingatlah tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, bukan tangan yang menerima tidak baik TETAPI maksudnya kita disuruh untuk berterima kasih dan bersyukur diatas pertolongan dan bantuan yang dihulurkan oleh orang lain terhadap kita, barulah kita dipandang mulia disisi Allah S.W.T.

TEKNIK-TEKNIK MENGESAN GAMBAR PHOTOSHOP

SAMPEL PERTAMA

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan bagi memastikan samada gambar digital adalah asli:

1. Logikal gambar.
2. Perpektif gambar.
3. Pendedahan cahaya objek-objek.
4. Resolusi objek.
5. Kesan ‘smuge’ dan ‘sharpen’.

Sebagai contoh cuba kita lihat gambar TPM agak tidak logik berada pada kedudukan tersebut kerana terlalu rapat pada meja sehingga kelihatan menghimpit kemeja. Juga beliau seorang yang besar dan tinggi, jadi bahagian perut beliau sepatutnya lebih banyak kelihatan. Sekiranya beliau berkedudukan begitu maka kaki beliau tentu tidak muat diletakan dibawah meja. Yang paling tidak logical tidak pula kelihatan langsung bahagian kerusi yang diduduki. Lagi satu, macammana Razak baginda boleh meletakan sikunya ke dada TPM, bukankah itu pelik.

Kelihatan pendedahan cahaya kepada ketiga-tiga wajah didalam gambar tersebut berbeza-beza. Itu menunjukan bahawa wajah didalam gambar tersebut diambil diketika yang berlainan.

Resolusi objek bagi ketiga wajah didalam gambar tersebut berbeza-beza, kerana diambil mengunakan kamera, setting, apature dan jarak yang berbeza.

Jika diperhatikan secara terliti wajah mendiang Altantuya kelihatan ianya diedit, iaitu kelihatan kesan smuge pada wajah dan keliling kepala.

Jadi penulis amat pasti bahawa gambar tersebut bukanlah yang asli melainkan gambar yang di PHOTOSHOPkan.


SAMPEL KEDUA


Jika diperhatikan pada gambar yang kedua, didapati pengedit adalah seorang yang pakar dibidang perpektif dan logical. Saiz wajah keempat-empat orang di dalam gambar tersebut adalah begitu seimbang saiz dan logikalnya bersesuaian dengan kedudukan dan gerakan badan..

Tetapi terdapat kelemahan pada pendedahan cahaya dan ianya adalah amat ketara, kerana pendedahan cahaya pada keempat-empat wajah didalam gambar adalah amat berbeza diantara satu dengan lain.

Selain dari itu terdapat kelemahan yang amat ketara juga dari segi resolusi wajah keempat-empat orang didalam gambar tersebut dan itu juga menunjukan bahawa keempat-empat wajah tersebut diambil dengan mengunakan kamera, setting, exposure dan jarak yang berbeza.

Pengedit adalah seorang yang mahir didalam teknik enhancement dan smugging. Kesan enhancing dan smugging tidak jelas kelihatan didalam gambar tersebut.

Kelemahan paling ketara pengedit adalah dia lupa bahawa warna kulit wajah dan badan adalah berbeza, itu menunjukan dengan jelas dan membuktikan bahawa badan keempat-empat orang didalam gambar tersebut adalah kepunyaan orang lain.

Jadi pada pandangan penulis gambar yang kedua juga adalah hasil PHOTOSHOP.

Nasihat penulis, jangan percaya sangat pada gambar digital yang di ambil dari internet, lebih-lebih lagi yang diambil dari blog-blog pemangkang.

GAMBAR YANG TERDAPAT DIDALAM ARTIKEL ADALAH SEBAGAI SAMPEL UNTUK TAJUK ARTIKEL INI, DAN TIDAK DIKAITKAN DENGAN SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG KEPADA YANG HIDUP ATAU MATI.

Ahad, 14 Disember 2008

TERIMA KASIH KERAJAAN


Harga petrol, diesel bersubsidi nelayan turun 13 sen mulai selasa


KUALA LUMPUR 13 Dis. — Harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember, umum Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini.
Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen.
Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel.
“Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan.
“Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.
Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
“Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya.
Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.
— BERNAMA


Pandangan penulis,

Setelah harga petrol dan diesel mengalami penurunan beberapa kali, sekarang harga bahan api bersubsidi kepada golongan nelayan pula akan diturunkan. Penulis dapat melihat kerajaan amat perihatin dengan masalah rakyat dan bersungguh-sungguh membantu dari berbagai segi bagi memastikan rakyat tidak terhimpit dan dapat melalui kemelesetan ekonomi global yang sedang teruk melanda.

Jadi saranan kepada pihak penyokong-penyokong pembangkang, tak payahlah lagi menunggu Pak Nuar dengan teori minyaknya. Tak perlu lagi teori minyak Pak Nuar kerana kerajaan BN lebih bijak mengatur dan menangani masalah rakyat dengan baik. Kerajaan BN melakukannya bukan dengan janji kosong atau air lior tetapi dengan usaha dan perlaksanaan yang terbukti.

Kepada para nelayan, rajin-rajinlah kelaut, jangan selalu MOGOK, nanti kami tak dapat makan ikan, banyak makan daging boleh kena penyakit darah tinggi.



Hanya yang dapat penulis katakan ialah ucapan TERIMA KASIH KERAJAAN
.

Muafakat tunjang kekuatan BN - PM

Muafakat tunjang kekuatan BN - PM


KUCHING 13 Dis. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) terletak pada permuafakatan antara semua parti komponen dan kerelaan untuk berusaha supaya ia menjadi satu gabungan yang berpengaruh dan sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat.
Abdullah, yang juga pengerusi BN berkata anggota parti komponen BN perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku yang boleh menyebabkan BN menjadi lemah dan bermasalah.
“Apabila kita mengambil kira pengalaman ini, insyaallah, kita akan dapat melakukan lebih baik lagi di masa depan. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang ke-21 di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.
Beliau berkata BN menjadi kuat kerana telah menggabungkan seluruh tenaga di bawah panji BN dan menggunakan satu manifesto untuk rakyat dan dalam pilihan raya, kesemua calonnya bertanding atas tiket BN sebagai satu parti politik, yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
“Kuatnya BN kerana muafakat. Kuatnya BN kerana kita bersedia mengamalkan amalan demokrasi, berkongsi kuasa, bertolak ansur, menjaga diri kita masing-masing supaya tidak membawa perkara-perkara (sensitif) yang boleh menimbulkan masalah sesama kita,” katanya.
“Kita mesti lebih banyak memberikan terhadap persamaan yang ada pada kita dan mengelakkan perbezaan pendapat yang boleh menimbulkan masalah kepada kita.
Semua ini perlu terus menjadi pilihan kita,” katanya sambil mengingatkan anggotanya agar terus memberi keutamaan kepada BN sebagai parti yang memerintah negara.
- BERNAMA


Pandangan penulis;

Kalau tak mahu kerajaan PR dengan pemimpin TERJERIT-JERIT berkuasa makanya pemimpin-pemimpin BN kenalah bijak berpakat dan berbincang baik-baik.

Kerajaan sedia hadapi kemungkinan krisis ekonomi

Kerajaan sedia hadapi kemungkinan krisis ekonomi

Kuching 13 Dis. - Kerajaan telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul dari krisis ekonomi.
Perdana Menteri berkata, apa yang perlu ialah kekuatan dari muafakat dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
- Utusan

Pandangan penulis;

Penulis amat berkeyakinan bahawa kerajaan BN mampu menagani masalah dari krisis ekonomi yang sedang melanda sekarang. Penulis tahu bahawa kerajaan sekarang ini kukuh dan berpengalaman, bukanlah seperti kerajaan PR yang rapuh dan kurang pengalaman dengan pemimpinnya yang hanya pandai berdoa-doa, berjanji-janji dan pakar pula dalam ilmu MENJERIT-JERIT.

Jumaat, 12 Disember 2008

Surat terbuka siri 1 untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku Surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!

Selanjutnya>>>

Sumber : SANGTAWAL sakranta....



Penampilan terbaru Mr Surind
Kenapa Surind, sakit gigi jumpalah Dentist.


Ulasan penulis;

Lihatlah wahai rakan senegara ku Mr. Surind Raj, walau pun hati kami terluka oleh posting awak tapi kami masih tetap mampu berfikiran rational, masih mampu berhemah dalam mengeluarkan kata-kata. Lihat sajalah bagaimana lembut dan baiknya tuturkata surat terbuka sangtawal kepada awak. Itulah sebenar-benarnya kami, insan yang beragama, setiap sesuatu yang kami lakukan masih terbatas, terikat oleh norma-norma kemaknusiaan dan hukum-hukum agama. Begitu juga dengan agama-agama lain semuanya menyarankan agar penganutnya berbaik-baik terhadap satu dengan lain.

Jadi terimalah nasihat kami, hormatilah semua agama dan usahlah dicemuhkan apa-apa yang kita sendiri tidak mengerti hakikatnya. Usah jugalah dikaitkan agama Islam dengan mana-mana keganasan kerana agama Islam tidak sesekali menyeru atau menganjur kepada keganasan. Fahamilah, kami juga tidak pernah sesekali menyokong mereka yang melakukan keganasan diatas nama agama.

Khamis, 11 Disember 2008

RESOLUSI BPN 12/08 PADA 10 DIS 2008

1. BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.

Di sediakan oleh; panglimaperangbcyber

Rabu, 10 Disember 2008

GEMPAR, 1000 PENYOKONG LARI.

1,000 penyokong PKR Padang Serai sertai MIC

KULIM 9 Dis. – Setelah sekian lama berasa tertipu dengan janji manis Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekumpulan 1,000 penyokong parti pembangkang itu di kawasan Parlimen Padang Serai bertindak keluar parti untuk menyertai MIC semalam. Mereka menyerahkan borang keahlian MIC kepada Setiausaha MIC Kedah, S. Ananthan pada satu majlis di Padang Serai dekat sini malam tadi. - Utusan


Pandangan penulis;

Penyokong sekarang telah sedar dan secara beransur-ansur akan meninggalkan parti kerana pemimpin yang hanya pandai bermain dengan kata-kata, dan juara dalam politik menjerit-jerit. Mereka telah mulai muak jemu dengan wakil yang tidak menunjukan kaliber dan telah tersedar hanya BN yang benar-benar mampu memperjuangkan dan membela nasib mereka.

Isnin, 8 Disember 2008

MCA help for Terengganu


KUALA TERENGGANU: Teren­gganu MCA will set up a special committee to help Barisan Nasional win the Kuala Terengganu parliamentary by-election on Jan 17.

New chairman Toh Chin Yaw said this was decided during the liaison committee meeting on Friday.

“We will open seven operation rooms and a public complaints bureau in the constituency. Party election workers will reuse the March 8 electoral list to identify the voters and come up with a strategy to lure them.

“We have received overwhelming support from the national MCA, especially the Wanita members who will be embarking on a house to house visit soon,” he said.

Toh said he has received feedback that some Chinese voters, who make up 11.1% of the electorate in the constituency, were angry because of racist remarks made by some leaders of component parties.

He noted that local issues like the controversy surrounding the Monsoon Cup sailing competition will not influence the voters much as they are slowly beginning to understand the economic benefits of the event.

During the meeting, the new office bearers of the state MCA were announced.
Toh, who was the former State MCA secretary, was elevated to become the new chairman, taking over from Senator Datuk Wong Foon Meng who had been appointed MCA secretary-general.

He named Ong Doon Hong as his deputy and four vice-presidents – Tor Pee Ping, Kemaman MCA division chairman Chong Ngam, Dungun division chairman Tham Boon Hiap and Kong Yong Thing.

Chin Wai San was elected as secretary.

Tan Sri Lau Yin Pin will act as the adviser to the state MCA.

Reference: thestar online


Author's opinion;

A sign of sincere cooperation shown by component’s party leaders. Hope that everybody have decided to forget the small grudge which had caused sour terms between the two eminent parties in BN lately. We can expect this surely would be the triggering point for relationship refreshment after the slight dispute and misunderstanding. Also hope no more heroic remarks from either side or any other component parties on sensitive issues and start to learn how to let-go some unhealthy dissatisfaction instead move onward striving for betterment.

Sabtu, 6 Disember 2008

TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA

Sejarah Tanah Runtuh Di Hulu Klang Dan Sekitarnya

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kawasan Hulu Klang, tempat berlakunya peristiwa terbaru kejadian tanah runtuh iaitu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa awal pagi ini, merupakan kawasan yang sentiasa berdepan dengan kejadian tersebut.Tragedi Highland Towers yang berlaku pada Disember 1993, kira-kira 1.5km dari tempat kejadian tanah runtuh hari ini, telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, iaitu Blok A runtuh.Insiden 11 Disember itu mengejutkan seluruh negara kerana ia merupakan peristiwa bangunan runtuh yang pertama dan yang terburuk dalam sejarah negara sejak merdeka.Peristiwa itu berlaku selepas hujan selama beberapa hari dan telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai bahaya bangunan yang dibina di lereng bukit di negara ini.Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan antaranya pada 10 Dis 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.Pada 17 Sep 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah.Dalam kejadian 29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat.Pada 25 Dis 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di KM 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang.Dalam kejadian 15 Mei 1999 pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang pada 24 Feb, 2000, yang meragut nyawa seorang budak berumur 4 tahun.Pada 5 Okt 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera.Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan pada 20 Nov, 2002.Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu.Banglo itu hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland Towers.Pada 31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kira-kira pukul 4.45 petang.-- BERNAMA

CATATAN PENULIS:

Kejadian Bukit Antarabangsa bukanlah kejadian terbaru..Walau pun telah berlaku berkali-kali insiden seperti BERLAKU kita tak mahu ambil ikhtibar dan pengajaran.Hanya pandai menuding jari pada pihak yang lain.Dimana perginya rasional pemikiran ahli-ahli profesional-profesional yang meluluskan projek itu; walau pun tahun 1999 telah berlaku kejadian sama.Badan profesional negara ini perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli yang tidak layak dan kurang pengalaman meluluskan projek-projek yang merbahayakan pada rakyat yang bergantung kepada khidmat profesional ini.Maka janganlah senyap dan buat tak tahu apabila berlaku insiden seperti ini.Orang politik pulak jangan sibuk dan beri seribu satu alasan dan andaian mengenai kejadian ini.Biar orang yang profesional dan badan-badan profesional lebih bertanggung jawab di atas insiden ini.Kita tunggu reaksi dari badan-badan profesional ini.Jangan pandai cakap je..bila keadaan begini terjadi jangan masing-masing sembunyi di belakang ahli politik pulak nak lepaskan diri.

Ahli politik Malaysia senang sahaja jawapannya,”apa nak buat semua ini tuan Allah punya kuasa. kita apa boleh buat?.Itu hujan bukan kita boleh kontrol”.Jawapan dari Menteri kerja raya Datuk Samy Vellu dalam insiden Tanah Runtuh Genting Highlands!!!!!!.Surat khabar dan Media letronik jangan sibuk sangat temuramah ahli politik yang tak tahu apa pun…Kan kita ada banyak saintis dan professor-professor temubual mereka!.Siapa yang harus persalahkan dalam hal ini?.Semua lepas tangan.Cuma kita simpati pada keluarga-keluarga yang kehilangan harta benda dan nyawa tak ternilai.

Wassalam.

PAS KATA SUKAR

Pas akui sukar tadbir Selangor bersama PKR, DAP

Oleh Zabry Mohamad

SHAH ALAM 5 Dis. – Pas hari ini membuat kenyataan berterus terang apabila mengakui sukar untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor disebabkan perbezaan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

“Pas Selangor terpaksa mengambil kira perjuangan parti dan perjuangan kerajaan campuran negeri yang turut diterajui PKR dan DAP.

“PKR dan DAP memiliki objektif parti masing-masing yang amat berbeza dengan Pas.
“Disebabkan perbezaan ini, Pas kadang-kala terpaksa melupakan perjuangan asal demi negeri Selangor,” katanya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com


Komen penulis;

Penulis dari dulu lagi dah tahu PAIh akan menghadapi kesukaran untuk mentadbir Selangor dan Perak mengikut konsep keislaman yang dibawanya kerana ideologi pakatan yang berbeza ibarat perbezaan cas -ve dan +ve. Jadi sekiranya PAIh terus menangguhkan implimentasi negeri islamnya, maka ada baiknya ubah aje hala layar dan haluan, join aje UMNO/BN.

Jumaat, 5 Disember 2008

Sidang BPn 8/2008 Selasa 2 Disember 2008

Minit Mesyuarat Meeting BPN pada Selasa bertarikh 2 Disember 2008

Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.

Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.

BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.

Shahrezad http//sedarlahbangsaku1986.blogspot.com akan menjadi wakil Melaka dan
Farid http://pmukmkl0708.blogspot.com dilantik sebagai wakil Negeri Sembilan
Farid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…

Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.

Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.

Sidang tamat 10.44 malam
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahli bpn baru hadir sidang :
http://brokenthecode.blogspot.com
http://sedarlahbangsaku1986.blogspot.com

Khamis, 4 Disember 2008

TIDAK BERBAUR PERKAUMAN

Bukan Melayu tolak

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di

http://ebrowse.bluehyppo.com/

Cadangan Mukhriz tidak berbaur perkauman - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Cadangan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan, tidak langsung mempunyai unsur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehubungan itu, dakwaan beberapa pihak terutama parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan kenyataan Mukhriz itu sebagai berbaur perkauman, adalah tidak berasas.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana yang merangkumi sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan. - Utusan


Pandangan penulis,;

Cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan sebagai contoh sekolah wawasan adalah satu cadangan yang tepat bagi mewujudkan sistem pendidikan yang akan menjurus kepada integrasi kaum yang lebih ideal. Ia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini dan akan menjadi pemangkin kearah usaha kerajaan menjenamakan rakyat Malaysia sebagai Bangsa Malaysia.

Manfaat yang boleh dapat perolehi sekiranya Malaysia mengamalkan dasar pendidikan satu aliran atau pun secara spesifiknya Sekolah Wawasan.

1. Rakyat dapat disatupadukan sedari zaman kanak-kanak lagi, kerana pergaulan yang akrab semasa zaman kanak-kanak akan memberikan kesan yang lebih baik dari segi persahabatan dan ianya akan berpanjangan sehingga dewasa.

2. Segala usaha Negara akan menjadi lebih effisien iaitu lebih progressif dan produktif sekiranya rakyat bersatupadu dan berkerjasama tanpa mengira kaum selepas dipupuk dengan lebih kejab oleh konsep integrasi, uniti dan cintakan Negara di sekolah wawasan.

3. Rakyat dapat memahami secara lebih dekat dan lebih mendalam adat resam dan sensitibiti sesuatu kaum.

4. Bumiputra boleh mendapat lebih manfaat dari kesan integrasi kaum dari peringkat sekolah rendah, iaitu bumiputra dapat mencontohi sifat bangsa lain dari segi ketahanan, daya saing dan kerajinan.

5. Kaum bumiputra akan menjadi rakan yang lebih akrab dengan bangsa lain, dan seterusnya dapat mengambil manfaat dengan peningkatkan kerjasama didalam bidang perniagaan dan ekonomi justeru itu akan mempercepatkan lagi jumlah quota pemilikan ekuiti kekayaan Negara oleh kaum bumiputra.

6. Usaha menuju cita-cita Malaysia Negara maju 2020 tentu akan dapat dicapai dengan lebih jayanya sekiranya kita mempunyai rakyat yang tidak lagi disempadani oleh perbezaan bangsa dan sisio budaya.

Oleh itu wahai Rakyat Malaysia, marilah kita sambut cadangan yang baik tersebut, usahlah lagi kita berperasangka buruk diantara satu sama lain justeru itu kita rapatkan barisan Bangsa Malaysia dan berkerjasama dengan lebih erat tanpa mengira sempadan bangsa.

CHUA SOI LEK GIVES STATEMENT TO COPS

Chua Soi Lek gives statement to cops

By NG CHENG YEE

KUALA LUMPUR: MCA deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has given his statement to the police over his remarks on Ketuanan Melayu (Malay supremacy).
On whether the police mentioned any further action after the interview, he said: “It was just a normal interview on why I said those things where I was invited to talk about the political changes after the March 8 general election.”
He said the interview, which lasted for about 41 minutes and 22 seconds, specifically referred to the terminology “ketuanan Melayu” he used and why he used it, as well as whether he used it to incite hatred.

Sumber: thestar online

Penulis berpandangan, isu Ketuanan Melayu ini telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan. Isu yang amat sensitif yang telah pun menyentuh hati majoriti orang Melayu. Penulis berharap perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi, iaitu pemimpin-pemimpin politik usahlah lagi mengeluarkan sesuatu kenyataan tanpa memikirkan akibat dan risikonya yang akan tercetus berpunca darinya. Tak kira pemimpin tersebut dari parti politik BN atau pembangkang, tugas anda sekarang adalah membawa negara dan rakyat Malaysia terus maju kehadapan, jadi jalankan lah tugas anda dengan baik, jangan lagi diusik disentuh isu-isu berkaitan perlembagaan, kaum, agama dan adat-resam. Rakyat telah terasa muak dengan badai kemelut politik negara yang bagai tidak menunjukan redanya.

'TERLAJAK PERAHU BOLEH DIBELOK, TERLAJAK KATA BURUK SENDIRI RASA'

Rabu, 3 Disember 2008

APAKAH ERTI SEBENAR"KETUANAN MELAYU"


Isu atau perselisihan kefahaman tentang “ketuanan Melayu”sering menjadi perbalahan di antara kaum di Negara Malaysia.Slongan ini wujud sebagai satu nafas dan semangat baru yang ditiupkan oleh golongan cendikiawan Melayu pada 1940 yang menjadi pemangkin kepada penyatuan Bangsa Melayu dalam menentang ‘Malayan Union’ yang di bawa oleh penjajah British.Ungkapan ini menjadikan kaum lain di Negara ini sentiasa resah dan gelisah sehingga menentang secara terbuka beberapa kali.Namun keredaannya masih belum nampak penyelesaian yang total.Seringkali ungkapan ini menjadi alat yang penting untuk ahli politik mahu pun dipihak kerajaan atau pihak pembangkang untuk mencari publisti murah.Kononnya mereka lah ‘hero’ dalam perjuangan kaum mereka.Akibat dari tindak-tanduk ahli-ahli politik yang tak berhemah ini seringkali mewujudkan satu keadaan keselamatan yang tak menentu di kalangan masyarakat di Negara ini.Walau pun kerajaan telah mengubah Akta Hasutan pada 1970 dengan menambahkan tiga lagi perkara dibawah Akta Hasutan dengan tidak dibenarkan menyoal atau berbincang secara terbuka berkenaan 1.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi,2.Kedudukan keistimewaan Melayu atau ketuanan Melayu,3.Perihal kedudukan Raja-raja Melayu, tetapi masih lagi yang berani mencabar pihak penguatkuasa dalam ucapan di khalayak umum.Sudah tiba masanya pihak penguatkuasa undang-undang negara mengambil tindakan tegas terhadap mereka sebelum keadaan menjadi buruk.Ahli-ahli Parlimen juga tidak dikecualikan dalam penguatkuasaan akta ini dalam sidang parlimen.Akta ini juga tidak boleh diubah tanpa diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.Dalam perkara ini kuasa mutlak dalam ketuanan Melayu di pegang oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu.Pihak ahli politik tidak mempunyai sebarang kuasa.Dengan itu orang-orang Melayu tak perlu gusar tentang hak mereka yang telah begitu kuat diperikatkan mengikut undang-undang Negara yang tertinggi.Yang perlu ialah penguatkuasaan undang-undang.Cuma segelintir ahli-ahli politik dari kalangan Melayu atau pembangkang sengaja ekplotasikan isu ini untuk kepentingan politik peribadi.

Pada tahun 2004 Dewan Bahasa Dan Pustaka memberi erti apa kah itu “Ketuanan Melayu”?

“Semangat cinta akan apa saja yang berkaitan dengan Bangsa Melayu seperti hak politik,Bahasa,Kebudayaan,Warisan,Adat Istiadat dan Tanah Air Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai Tanah Pesaka Melayu”.

Menteri Penerangan Malaysia Datuk.Ahmad Shabery Cheek pula berkata:

“Ketuanan Melayu tidak bermaksud pehubungan diantara “Tuan”(master) dengan Hamba (Slave) tetapi ia adalah bermaksudkan kepada Duli-Duli Raja dan Sultan yang satu ketika dulu pernah menjadi Tuan (masters) di Tanah Melayu tetapi demi rakyat mereka rela mengorbankan Tanahnya kepada Rakyat dengan persetujuan Perlembagaan Persekutuan demi kemerdekaan Tanah Air dari penjajahan British.Dengan sebab itulah mereka diberi keistimewaan kekebalan Undang-undang dalam atikel 182 perlembagaan Malaysia”.

Pada 28,April 2008 semasa Mesyuarat Tertinggi UMNO Pak Lah pula menerangkan:

“Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud bukanlah orang Melayu ingin mendominasikan kaum lain dengan kuasa atau paksaan.Orang Melayu adalah bangsa asal Tanah Melayu,mereka perlukan bantuan yang membolehkan kuatkan jati-diri mereka untuk maju dan berjaya.Sekiranya mereka tidak maju dan berjaya mereka bukanlah “Tuan”tetapi mereka Cuma kuli saja.Tiada siapa yang mahu jadi kuli di Negeri sendiri”.

Tun Dr.Mahatir Mohammad di blognya Che Det pada 16 May 2008 menerangkan:

“Memang Melayu menjadi Tuan,dalam Tanah Melayu dulu.Kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah Melayu dijajah yang jadi “Tuan”dan yang dipanggil “Tuan”oleh orang Melayu sendiri ialah penjajah British.Kita boleh panggil kita “Tuan”tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka,memanggil diri kita “Tuan” tiada bermakna.Dalam 50 tahun kita Merdeka,kuasa politik ada pada kita.Ini membolehkan kita panggili diri kita “Tuan”.Tetapi kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan social juga.Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran di zaman teknologi tinggi.Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini.Kita lebih suka cari jalan mudah.Biar saja orang bekal segala-galanya kepada kita.

Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu.Kita tidak jadi “Tuan”dengan mengungkit sejarah semata-mata.Kita boleh jadi “Tuan”jika kita berani bertindak,kita sanggup hadapi risiko,kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.Ketika itu tanpa memanggil diri kita “Tuan” dunia akan iktiraf kita sebagai”Tuan” sebenar”.

Saudara Datuk Anwar Ibrahim pada 15 April 2008 berkata:

“Ia bukan Ketuanan Melayu tapi ia adalah Ketuanan Rakyat”.

Nota Penulis:

Kita renungkanlah bersama agar konflik ketuanan di Negara ini tidak berpanjangan.

Selasa, 2 Disember 2008

KUNTAKINTE: UMNO MENANGKIS SERANGAN DARI SETIAP PENJURU


Salam, teman kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pulak oleh parti komponen dalam BN, sedih teman lihat pemimpin2 UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti2 isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan orang2 melayu, bukan hanya untuk orang melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang melayu di mukabumi ini, kestabilan orang melayu bermakna stabillah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti cina dan india serta bangsa2 lain di malaysia ini.

Chua Soi Lek yang kita kenali tak bermaruah, Chua yang kita sedar tak beretika kini mengambil kesempatan untuk menjadi hero dikalangan bangsanya konon nya pejuang kepada bangsa cina mengunakan isu perkauman menghidupkan suara api pembangkang dalam komponen, Ketuanan Melayu di sentuh, diulang2 kan isunya, berkali2 kita perjelaskan maka berkali2 lah isu ketuanan ini diulangi semata2 bertujuan untuk kepentingan diri sendiri demi mempopularkan kepopulariti yang hilang sejak dia melakukan seks zaman kini, sudah tentu populariti dikalangan bangsa cina akan di perolihi semula maka UMNO pula yang akan di benci kerana pertahankan isu tersebut. Akhbar Cina akan mula lah mempamerkan semula di dada akhbar mereka DS Hisham mencium keris, gambar KJ menunding jari kepada orang cina akan berulang2 ditayang kelak di dada akhbar mereka semata2 untuk memanaskan badan bangsa cina.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan melayu umpama melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itu lah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu yang disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Kesitimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, ini lah yang dikesan dan di cium oleh AN War dan pembangkang kelemahan UMNO dalam keadaan ini, itu lah kelemahan yang di lontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist. UMNO terpaksa bakar diri untuk menerangi melayu lain dan keseluruhan bangsa2 lain, ini lah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yag condong kura2 cuba memanjat, ini lah sedang berlaku, MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untong dengan senyum puas.

Chua Soi Lek di templak oleh Presidennya Ong Tee Kiat diatas keceluparannya, dan mengangap itu suara individu Chua Soi Lek untuk mendapat kepopulariti murahan, ini sedikit melegakan orang melayu, Ketua Wanita MCA turut mengambil kesempatan untuk popularkan diri dengan menyambung ungkapan jahat Chua, Presiden MCA perlu tegas, Ong perlu keras mengambil tindakan seperti yang diambil oleh UMNO terhadap suara berani Dato Ismail dengan mengantung keahlian UMNOnya, tetapi apakah tindakan MCA terhadap Chua dan Ketua Wanita MCA terhadap Isu yang serupa seperti Dato Ismail?, MCA perlu mengantung, mengugurkan jawatan mereka berdua demi menjaga semangat BN, celupar dan jahat tindakan mereka perlu dihukum tanpa kompromi.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati2 tetapi berani dan tegas.

Sedar atau masih lalai kah orang Melayu UMNO dan orang melayu keseluruhannya, mampukah kita hadapi keadaan ini, mampukah anak bangsa kita di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu, dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh melayu ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat2 cina yang dikuasai oleh cina secara total, apakah nasib anak cucu, cicit piat piut kita di masa mendatang, tak sedarkah oleh kita untuk bersatu kembali, perpaduan melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu, kita tersepit dalam isu ini, kita memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang melayu kini dilontarkan isu yang sama untuk kita pertahankan dengan di perhatikan oleh bangsa cina dan india dan akhirnya UMNO tidak mendapat sokongan. apa kah UMNO yang kukuh dan gagah perkasa sekian lama yang dapat mengatasi rekod pemerintahannya berbanding dengan parti2 besar lain di negara lain akan di robek2 di carik2 dengan gelojoh oleh bangsa cina dan india, apakah sejarah tanpa kubur seperti Parti2 besar seperti kongres di India, Gulka di Indonesia, Konsevertif di UK, LDP di Jepun yang berkubur tanpa Nesan akan berlaku kepada UMNO, mungkin YA atau mungkin TIDAK semuanya terserah kepada orang Melayu UMNO dan keseluruhan orang Melayu yang cintakan negara dan berkecuali.

Apapun aku berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar memelihara Agama Islam, memelihara Bangsa Melayu, memelihara Parti UMNO dan memelihara Negara, teman insaf diatas apa yang Engkau kurniakan dan jadikan adalah atas keredhaan mu jua, sesungguhnya padaMU jua aku berserah. amin ya rubil alamin.


Penulisan pena KUNTAKINTE

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online