Selasa, 30 September 2008

KERAJAAN BARU CAP TENGKORAK









Woii, mananya kerajaan baru ‘CAP TENGKORAK’
Buat seronok PKRrr dan PAIh bersorak-sorak
Atau pun buat seronok berborak-borak
Mulut terngaga dengar cerita taik cicak
Si-Anuanu ashik cerita fasal KATAK
Kejar-mengejar KATAK macam kekanak
Aku rasa semua ni temberang bebudak
Kalentong aje, benarnya tarak
Si-Anuanu, martabat Ayah Pin manakan tidak
Penyokong mengikut aje macam kerbau bajak
Kenapalah kau orang tak bijak-bijak
Kerajaan yang baik cuba ditolak
Pemimpin yang berhemah kononnye rosak
Si-Lembik bukan bola nak sepak-sepak
Hari-hari beliau disalak-salak
Konon tak pandai turunkan harga minyak
Bila minyak turun Si-Anuanu tersedak-sedak
Alamak!! apa lagi isu nak cari pulak
Tak ada lagi ke agenda nak dibawak?

Isnin, 22 September 2008

Puisi Karamah Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Sabtu, 20 September 2008

MAMAK HAJI, Kenapa Melayu Pulau Pinang Mundur

1. Merasa diri mereka adalah golongan minoriti dan tidak di pedulikan. Oleh itu setiap langkah pembangunan kerajaan negeri semasa BN memerintah dianggap anti Melayu. Sedangkan Melayu itu sendiri layu dan tidak mampu berdaya saing dengan bukan Melayu.

2. Merasa diri ditindas kerajaan yang dikatakan kerajaan berteraskan kaum Cina, sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri adalah Melayu. Majoriti pegawai kerajaan pusat adalah melayu. Majoriti pegawai PBT adalah melayu.

3. Merasa terpinggir di Negeri sendiri kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal sedangkan tanah-tanah Melayu yang dibangunkan. Majoriti tanah kepunyaan Cina adalah tanah bukit yang tidak boleh dibangunkan. Maka salah siapa kalau Melayu sendiri tamak haloba dengan wang ringgit sanggup jual tanah yang mahal dan pindah ke Seberang Jaya untuk membeli tanah yang murah.

4. Polimik Melayu di Pulau Pinang berkisar penghijarahan beramai-ramai orang Melayu ke Seberang Prai untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dengan itu ekonomi dan sosial yang sedia ada pada mereka telah tercabar.

5. Dengan kos dan sara hidup (bandar) di Pulau agak tinggi dan kos pemilikan premisis kediaman dan perniagaan semakin jauh dari jangkauan orang Melayu.

6. Ada juga yang kata orang melayu ini telah dilatih terlalu harapkan bantuan kerajaan tanpa mahu kerja keras untuk memajukan diri.

7. Kenapa tidak manfaatkan tanah wakaf yang sedia ada untuk menjana ekonomi Melayu. Di seluruh negara terdapat 32,000 hektar tanah wakaf. Negeri yang paling banyak tanah wakaf Negeri Johor. Tetapi dari segi nilai yang paling tinggi ialah tanah wakaf yang terdapat ditengah bandar George Town. Kerajaan Pusat telah pun mengadakan RM250 juta untuk membangunkan tanah wakaf diseluruh negara. Kenapa yang diamanahkan untuk jaga tanah wakaf ini tak mahu gunakan sumber ini untuk memajukan tanah wakaf di Pulau?.

8. Kerajaan telah adakan agensi-agensi kerajaan Seperti Mara, PDC, UDA Holdings dan Majlis Perbandaran untuk program membantu Melayu Pulau Pinang, kenapa masih tak mampu berdaya saing? Salah siapa? Kerana terlalu dimanjakankah?

9. Sebelum ini pun DSAI pernah memegang jawatan No.2 di Malaysia dan pernah memegang Jawatan Menteri Kewangan, kamu semua kata dia cerdik; apa yang di buat untuk Melayu Pulau Pinang?.

a. Dia bawa Melayu Pulau duduk kat Perda.
b. Dia buat UITM kat Permatang pauh.
c. Dia buat pejabat untuknya di bandar Perda sayang tak dapat duduk kat pejabat yang canggih itu sekarang jadi opis TNB.
d. Dia buat Bangunan MPSP 66 juta dibandar perda. Sampai duit MPSP lingkup.
e. Semua orang Penang tau apa kerja yang dia dengan Mr.10% buat kat penang!. Jangan kata masa jadi no.2 tak buat apa tapi orang permatang pauh harap sebagai MP pembangkang apa yang dia boleh buat?.Pak Lah pun dah penat dah nak nasihat Melayu pinang ini.!!!.tak boleh diperbetui lagi dah!!!.Nasib baik ada kilang Jepun dan mat salleh kalau depa belah apa nak jadi tak tahulah.Semua nak kerja operator kilang jepun.ang manager kat kilang-kilang ada satu melayu je!kat HR

Oleh Mamak Haji

Ahad, 14 September 2008

DAJJAL, OH DAJJALNYA KAU.

Kami tidak memusuhi rakyat Amerika. Dasar yang baik kami sokong.


Tapi:

Kami membenci DASAR LUAR NEGARA AMERIKA yang suka mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara terutama negara Islam.
Kami membenci kuasa ketenteraannya yang dikerah menyerang dan menghancurkan Negara2 Islam.

Kami membenci kejahatan pihak perisikannya iaitu CIA yang sentiasa mengunakan tipu helah bagi menghalalkan agenda dan polisi mereka.

Kami membenci sikap Amerika yang sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan pengaruhnya di negara Islam seperti Malaysia.

Kami membenci polisi ketenteraannya yang sentisa mencari peluang untuk mendirikan penempatan ketenteraan dikawasan Asia Tenggara.

Kami membenci sikap dan polisi Negara Amerika yang seolah-olah menjadi POLIS DUNIA, tetapi mereka sendiri yang melanggar segala peraturan dunia.

Kami membenci kuasa VETOnya yang sentiasa tidak menyebelahi negara Islam.

Kami membenci sikap double standardnya terhadap isu Palestin.

Kami membenci sikap double-standardnya yang mengawal senjata nuklear, iaitu menyekat dan menghadkan kuasa nuklear dari pada di kuasai oleh negara Islam.

Kami membenci Amerika menyerang Libya, Afganisytan, Iraq dan munkin Iran dan Syria.

Kami membenci sikapnya membantu dan menyokong Israel membunuh masyarakat Islam Palestin, Iraq Libya, Afganistan.

Kami membenci kepada sikap bongkak Presiden BUSH.

Kami membenci sikap kejam yang dilakukan kepada tahanan Islam di Afgan Military Detention Camp dan Penjara Abu Ghairab.DAJJAL.


Ya, bagaimana pulakah rupa seekor seorang, sebuah Dajjal:

Dajjal mungkin seorang maknusia atau seekor mahluk atau sebuah kuasa yang amat jahat dan kejam, buruk perangai seumpama raksaksa.

Mengaku Nabi yang membawa Syorga di tangan kanannya dan neraka ditangan kirinya.
Mengaku mampu memberikan syorga kepada pengikutnya dan memberikan neraka yang digali dari perut bumi kepada penentangnya.

Keluar dari timur tengah, Yahudi Zionis kah dia, Allahualam.
Bermata satu, seolah-olah buta hatinya buta dalam kesesatan dari kebenaran agama.

Akhirnya diberitakan akan terbunuh ditangan Nabi Isa as.

Ya Tuhan selamatkanlah kami umat Islam ini dari kejahatan DAJJAL dan rakannya Ya'juj dan Ma'juj. AMIN.

Jangan lagi ada puak yang mengatakan PANGLIMA JIHAD PERAKBANGKIT dan Abangtuah tak faham!!!

Rabu, 10 September 2008

IDEOLOGI POLITIK MELAYU DIAMBANG KEMUSNAHAN BANGSA

Petikan dari:
Pemudaenggang.wordpress.com


Nasionalis Melayu bermakna pencinta bangsa Melayu dan Melayu Islamis ialah Melayu yang ingin jadikan ideology politiknya mengikut sistem Pemerintahan Islam.Nationalist Melayu adalah seorang mempraktikan Agama Islam dan Ideologinya lebih bersifat sederhana dan berfahaman Demokratik Liberisma.Tetapi Idealogi seorang Melayu Islamismt adalah lebih berbentuk ideology pemerintahan Islam yang sebenar dan matlamatnya ialah melaksanakan hukum hudud dan lain-lain undang-undang syariah keatas rakyat yang dibawah pemerintahnya termasuk rakyat bukan Melayu.Memahami secara terperinci Nationalisma dan Islamisma adalah sukar sekali dan apa pulak untuk tajuk pendebatan.Tetapi pertembungan diantara kedua pihak ini seringkali berlaku.Walau pun Semenanjung Arab pada ‘amnya rakyat yang 99% Islam telah mengalami perubahan sosio-budaya pada awal tahun 1950, dengan menggulingkan Kerajaan Islamismt dengan kuasa Tentera untuk membentuk Negara bercorak Nasionalist!.Siri pengulingan kerajaan Islamist yang telah berlaku pada Negara-negara Arab seperti Mesir,Syria,Iraq,Yemen dan Algeria.Pembetukan kerajaan-kerajaan baru ini menukar sistem ideology pemerintahan dari Islamist kepada Pemerintahan Radikal atau pun Sosialist.Oleh kerana Pemerintahn dibawah kuasa Tentera pada dasarnya seringkali lemah dan tidak akan berfungsi kebanyakan negara-negara ini bertukar sistem pemerintahan memereka kepada Pemerintahan Kuku-Besi atau pun di panggil ‘Authoritarian governing’.

Namun demikian di Malaysia Orang Melayu selepas Negara Merdeka begitu lama selesa dan senang dalam keadaan Demokratik Liberisma;Kini majoriti orang Melayu mahu Negara ini diperintah mengikut Pemerintahan Islamist.Apa pun alasan mereka,sebenarnya mereka kurang jelas jenis pemerintahan Islamaist yang di anjurkan oleh parti pembangkang Khasnya Parti Pas .Parti itu sendirinya pun keliru tentang jenis pemerintahan Islamist yang perlu ikut!.Adakah Negara ini perlu diperintah mengikut Islam yang asal iaitu mengikut zaman Khalifah Rashidin terpilih? Atau nak memerintah mengikut Imam seperti Republik Islam Iran atau pun mengikut Wahabisma atau Salafisma (Salafiyya)?.Pemerintahan Whabisma adalah model pemerintahan Kerajaan Arab Saudi iaitu pemerintahan Authoritarian yang bersadur dengan Islam,Pemerintahan Khalifah dan dengan Majlis sura yang terakhir ialah Khalifah ottoman yang telah digulingkan pada tahun 1924.Sehingga kini belum ada Negara yang mengamalkan system Khalifah lagi!.Adakah Pemimpin Pas ingin Negara Islam seperti Negara Pakistan atau pun Negara Bangladesh yang digelar Negara Islam tapi bersadur dengan jenis pemikiran Barat?.Bangsa Melayu di Negara ini perlu dapatkan penjelasan yang tepat dan juga perlu ambil kira Kaum Bukan Melayu yang mencecah 49% itu.Kerana masih ramai Bumiputra yang belum memeluk Islam di Negara ini.

Pada Disember 15-18 ,2005 Patrcia Martinez dari Universiti Malaya telah secara rambang menjalankan kajian dan banci 1,000 orang Melayu dewasa tentang hala tuju Nasionalisma Bangsa Melayu di Negara ini.lebih 80% tetapi hanya 57.3% mahu hukum Hudud dan Hukuman syariah perlu diamalkan di Negara ini.Hanya 14.4% orang Melayu mahu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.(Keputusan penuh sila rujuk NST Aug,10 & 31,2006).Pada dasarnya penyatuan Bangsa Melayu yang berpuak-puak Ideologi Politik amat berbahaya dan hasilnya boleh memusnahkan Bangsa Melayu itu sendiri di negara ini.

Kedua-dua golongan yang dipertikaikan Ideology ini perlu mengambil sikap lebih bertanggung jawab dalam menanggani isu ini tanpa memikirkan diri,Ideology atau pun kuasa dalam merealisasikan penyatuan bangsa Melayu itu sendiri.Kalau masih kita berdebat dimana nak letak agama atau negara dalam perjuangan samalah seperti kalau kita buat kajian ayam atau telur dulu?.Allah mencipatakan bumi selepas itu diciptanya Adam dan selepas di turunkan pulak Nabi,kemudian baru Al-Quran diturunkan untuk manusia sejagat sebagai agama ad-diin.Dengan itu negara adalah paling utama dalam konteks ini!.Pihak Parti UMNO dan Parti PAS perlu bersatu demi untuk masa depan Bangsa Melayu.UMNO juga perlu ikhlas dalam menerima pandangan-pandangan dan pemikiran Ulamak Pas untuk Negara ini.Perkongsian kuasa diantara kedua Parti Melayu ini perlu dibincangkan dengan serius untuk kemajuan Bangsa Melayu dan Negara ini.Natijahnya apabila Bangsa ini bersatu,orang Melayu akan merasai satu kekuatan Rohaniah yang kuat untuk maju bukan dari segi kemajuan mental tapi bersama dengan rohaniah yang memperkasa jati diri dan Iman setiap Muslim di negara ini.Akan bentuklah dengan sendirinya satu bangsa Melayu baru yang sukar diperlekehkan oleh bangsa lain didunia ini.Banyak sistem pemerintahan di dunia ini telah gagal untuk membentuk negara yang berwibawa seperti ini tapi Bangsa Melayu ini boleh lakukan.Kerana Melayu Boleh!!!Inilah satu perubahan yang rakyat kian lama menantikan dari pemimpin UMNO dan juga PAS.Semoga Allah merestui gabungan ikhlas ini dengan segera!.

p/s: Gambar sebagai hiasan sahaja.

-oleh Mamak Penang

Ahad, 7 September 2008

KAUM TRASADAI NAN MELAYU

Melihatkan polimik politik Melayu yang kian mengusarkan dan kian genting maka tiba-tiba teringat kawan pada satu artikel lama yang pernah kawan baca lama dulu. Artikel tersebut kawan pun dah lupa siapa pengarangnya. Sejauh mana kebenaran kisahnya kawan tidak jua mengetahui. Cuma sekadar nak re-story dan diharapkan kisah ini diihsankanlah kepada kawan demi menyedarkan bangsa melayu Malaysia sekarang.


Al-kisahnya begini, pada ribuan tahun dahulu, sebelum ujudnya empayar-empayar hebat-hebat di Asia Tenggara telah ujud penempatan dan kerajaan di Semenanjung Melayu ini. Hmmm…kalau sekali dengar rasa macam tak logik.

Diceritakan di zaman tersebut kerana terlalu lama maka catitan tarikhnya tak dapat di ketahui secara tepat bila bermulanya penghijrahan dan penempatan satu bangsa yang berkulit sawo matang ke Semenajung Melayu bagi membuat penempatan.
Penghijrahan mereka tu mungkin sebagai pelarian perang ataupun mencari tanah baru untuk dijadikan penempatan kerana huruhara di tempat asal mereka.

Mereka datang ke Semenanjung melalui jalan laut mengunakan perahu yang mungkin dipanggil canoe. Dari arah mana mereka datang samaada dari daerah Yunan atau dari kepulauan Pacific atau mungkin juga keturunan dan pengikut Nabi Allah Ibrahim dan Siti Sarah kawan kurang arif.

Al-kisahnya diringkaskan, berbulan-bulan lamanya kaum ni merentas lautan sehinggalah sampai ke satu teluk iaitu Teluk Siam dimana kumpulan mereka telah dilanda ribut taufan. Semua perahu mereka musnah dan terbalik, ramai yang telah mati lemas. Dengan kehendak Tuhan, sebahagian dari kaum tersebut ada yang terselamat dan dihanyutkan arus hingga terdampar dan tersadai di satu kawasan pantai di bahagian utara Negeri Terenganu yang kita kenali sekarang.
Maka, mereka yang terselamat ni mulalah membuat penghidupan baru dikawasan tersebut. Oleh kerana mengambil sempena peristiwa mereka tersadai maka kaum tersebut telah di gelarkan Kaum Trasadai. Mereka mula mendirikan rumah dan dari hari-kesehari semakin banyak rumah terbina dan sehinggalah lama-kelaman menjadi kampong. Mereka ahli didalam bidan pelayaran dan menjelajah sehingga sampai ke New Guinee dan Kepulauan Australia. Pekerjaan meraka adalah bercucuk tanam dan menjadi nelayan bagi mencari rezki. Maka setelah beberapa puluh tahun kaum ini telah membiak dan bertambah ramai maka semakin banyaklah kampong-kampung baru yang di buka. Setelah masa berlalu, selang beberapa ratus tahun maka telah ada bepuluh-puluh buah kampong dan akhirnya kampong-kampong tersebut menjadi kota pula.

Maka bermulalah satu kerajaan bernama Kerajaan Trasadai dengan pemerintahannya dipilih dari kalangan ketua mereka yang mereka gelar raja.Maka, masa pun berlalulah, silih berganti juga raja-raja yang memerintah Kerajaan Trasadai. Mereka semakin lama semakin maju dan hebat hasil dari kebijaksanaan kepimpinan raja-raja tersebut.

Mereka telah menerokai dan berjaya dalam berbagai bidang ilmu, ilmu astronomi, pelayaran, perdagangan dan lain-lain. Mereka telah mempunyai kota-kota yang besar, bangunan-bangunan hebat, pelabuhan-pelabuhan mashor, kuasa maritim yang besar dan tentera yang digeruni oleh kerajaan-kerajaan lain.

Kaum Trasadai ini walaupun mereka bijak dan kuat mereka juga sejak-turun temurun mewarisi sikap buruk iaitu sifat iri dan dengki hati. Sifat buruk ini bukan sahaja diwarisi oleh rakyat jelata malah turut di warisi oleh para pemimpin dan kaum kerabat. Semasa mereka susah dan daif mereka boleh berkerjasama, tetapi apabila mereka telah maju dan hampir menjadi bangsa yang cermerlang, gemilang dan terbilang mereka mula bersikap iri hati, dengki-mendengki dan juga tamak haloba berebut harta kekayaan dan kuasa negara.

Maka, terjadilah perang sesama sendiri untuk merebut kuasa dan harta. Masing-masing mengunakan bebagai strategi untuk menjatuhkan lawan mereka. Mereka berperang dilaut, didarat dan dimana-mana di setiap pulusuk negeri. Perang saudara tersebut telah berlarutan selama beberapa puluh tahun lamanya, maka banyaklah kota-kota yang musnah dan ramailah rakyat jelata terbunuh. Oleh kerana masing-masing terlalu ashik berperang maka pentadbiran kerajaan telah menjadi tidak terurus, para pedagang dari luar pula takut untuk datang berdagang dan akhirnya ekonomi kerajaan merudum.

Setelah tamat perang tiada apa lagi yang masih tinggal yang boleh dibanggakan di dalam kerajaan Trasadai. Tiada lagi kota-kota besar dan kukuh, tiada lagi kekuatan pertahanan, dan rakyat menderita kerana kesukaran mendapatkan makanan Akhirnya, oleh kerana tiada lagi kekuatan pertahanan maka Kerajaan Trasadai tidak lagi dapat mempertahankan diri dari serangan luar dimana akhirnya mereka tewas kepada serangan Kerajaan Sriwijaya dan telah menjadi sebagai jajahan takluknya.

Selang beberapa lama selepas tamatnya perang maka lalulah beberapa buah kapal dagang dari Arab kekawasan pelabuhan Kerajaan Trasadai. Dilihat oleh juragan kapal, amat daif sungguh keadaan pelabuhan, kota dan rakyat kerajaan tersebut. Maka perkara tersebut telah dirujuk kepada beberapa orang Trasadai dan dikisahkan oleh orang Trasadai tersebut bahawa dulunya kerajaan Trasadai adalah kerajaan yang amat hebat dan makmur, tetapi pemimpin dan rakyatnya mewarisi sifat buruk iaitu dengki hati dan iri hati terhadap bangsa sendiri, maka bangsa kami telah di laknati oleh Tuhan sehingga me-layu sebagaimana yang tuan juragan saksikan. Orang Trasadai itu juga mengumpamakan Kerajaan Trasadai seumpama sekuntum bunga yang harum dan cantik tetapi me-layu sebelum sempat berkembang.

Maka sorotan peristiwa tersebut Kerajaan Trasadai itu pun telah dipanggil oleh semua pedagang dari Arab dan India yang lalu atau singgah untuk berdagang dengan nama Kerajaan Melayu sempena perkataan me-layu.

Mengikut kajian sejarah memang telah wujud kerajaan Melayu ribuan tahun dahulu di Semenanjung Tanah Melayu ini, iaitu kerajaan Langkasuka,Tambralinga, Pan-Pan, Phe-heng dan Chi-lan-tan.

Khamis, 4 September 2008

YA'JUJ DAN MA'JUJ SERTA DAJJAL

Sedang hangat dengan bahang politik semasa negara, teringat kawan al-kisah semasa di zaman Iskandar Dzulkarnain sekitar tahun 580-529 BC, semasa Aulia Allah ini melalui sebuah wilayah ketika expedisi penaklukan bagi meluaskan pengaruh dan jajahan.


Semasa di wilayah tersebut, mengadulah Ketua Wilayah tersebut kepada Iskandar Dzulkarnain bahawa mereka tidak lagi dapat beramal kerana diganggui oleh kaum Ya’juj dan Ma’juj. Mereka berkata, ‘Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj merusak di bumi. Maka tolong engkau buatkan tembok pembatas antara kami dan mereka’ (Al Kahfi 18: 94)

Iskandar Dzulkarnain amat terharu dengan peristiwa tersebut lalu telah memerintahkan tenteranya agar mendirikan sebuah tembok besi yang amat besar, tinggi lagi kukuh di antara dua buah bukit bagi menyekat laluan kaum Ya’juj dan Ma’juj dari masuk ke wilayah penduduk Islam tersebut.

Setelah selesai mendirikan tembok tersebut maka beliau dan tenteranya pun meneruskan expidisi penaklukan beliau. Maka tinggalah bangsa yang beragama Islam tadi dengan aman damai dan seterusnya dapat melaksanakan ibadat kepada Allah tanpa ada halangan lagi.

Bangsa Ya’juj dan Ma’juj pula adalah bangsa yang kuat dan rajin berusaha. dan mereka tidak mengenal erti berputus asa. Setiap-hari mereka mengali dan cuba membuat lubang untuk menyeberangi tembok besi tersebut.

Berkurun lamanya mereka cuba, tetapi tidak pernah berhasil kerana tembok besi tersebut amat tegap, kuat dan besar maklumlah tembok tersebut didirikah oleh aulia Allah dengan kehendaknya tentu ada keberkatannya.

Setiap kali mereka menebuk lubang ditembok tersebut dan setiap kali hampir berjaya dengan kuasa Allah setiap kali itu jugalah lubang tersebut itu tertutup semula.

Sebagai mana yang dikatakan mereka tidak kenal erti putus asa maka setiap kali lubang tersebut tetutup semula maka besok pagi-pagi lagi mereka sudah memulakan kerja pengalian semula dan begitulah berterusan sehingga berkurun-kurun lamanya.

Pada satu hari setelah petang hari setelah hampir selesai kerja pengalian maka bertanyalah ketua kaum kepada semua kaumnya yang berada disitu ”Kita telah berusaha mengali lubang di tembok ni berkurun-kurun lamanya, malangnya setiap kali hampir berjaya lubang yang digali akan tertutup semula”. “Jadi aku nak minta pendapat kaum ku bagaimanakah cara untuk membuat agar lubang tersebut tidak tertutup”

Maka nak dijadikan cerita, bersuaralah salah seorang kaum tersebut…”wahai ketua ku, aku diajar oleh seorang yang beragama Islam, sekiranya kita hendak berjaya di dalam apa-apa usaha maka kita hendaklah menyebut “INSHAALLAH’ yang bermadsud dengan kehendak dan izin Allah iaitu tuhan mereka” katanya.

Ketua tersebut yang telah habis usaha berkata “baiklah besok pagi-pagi lagi kita akan mulakan kerja pengalian lubang tersebut dengan menyebut perkataan InshaAllah”. Maka besoknya ketua tersebut sebelum memulakan pengalian berkata di hadapan kaumnya “INSHAALH, HARI INI KITA AKAN BERJAYA MENGALI LUBANG DITEMBOK YANG DI DIRIKAN OLEH ISKANDAR DZULKARNAIN INI DENGAN JAYANYA”

Maka kerja pengalian tersebut pun dimulakan dan sehingga petang tembok besi yang besar dan kukuh tersebut telah pun berlubang dan berjaya ditembusi maka berlumba-lumbalah kaum Ya’juj dan Ma’juj masuk ke wilayah tersebut mencari orang yang beragama Islam, meratah daging dan tulang mereka, maka ramailah orang Islam yang kecundang.

Al-Koran ada menyebut tentang Iskandar Dzulkarnain Aulia Allah. Mungkin benar ujudnya tembok yang diperbuat dari besi di wilayah sekitar Negara Armenia, kerana pengembara dari Negara Cina pada abad ketujuh telah membuat catitan berkenaan penemuan saki-baki kerangka besi berbentuk tembok yang amat besar diantara dua buah bukit, Allahualam.

Moralnya, setelah kawan berfikir dan membuat penganalisaan keatas apa yang terjadi kepada semua umat islam didunia kebelakangan ini tiba-tiba kawan terkaitkan bertapa Ya’juj dan Ma’juj serta Dajjal dizaman sekarang ni adalah mereka yang hendak memusnahkan umat Islam.

Kawan nak bertanya kepada para pembaca semuanya, siapa yang membantu Amerika menceroboh Irak, orang Islam bukan. Orang Islam jugalah bersama-sama dengan askar Amerika menyebut INSHALLAH memusnahkan Negara Irak. Begitu juga Afganistan, orang Islam juga bersama-sama askar Amerika menyebut INSYALLAH sehingga hancur negara tersebut diserang tanpa hentinya.

Jadi, diharap di negara ini jangan ada orang yang mengaku Islam bersama-sama bersekutu dengan Ya' juj dan Ma'juj serta Dajjal menyebut INSHAALAH bagi memusnahkan bangsa dan ugama sendiri.

AL KORAN adalah kitab yang penuh dengan mujizat, petunjuk, pengajaran dan kisah untuk dijadikan tauladan. Tembok besi yang kukuh, kuat dan besar tersebut melambangkan bertapa kuatnya Iman umat Islam Afgannistan dimana beribu-ribu tahun cuba ditakluk oleh bangsa kafir harbi tetapi gagal. Amat kuat sungguh iman mereka.

Begitu jugalah Irak, negara yang di penuhi oleh alim ulamak,dan tempat berkembangnya budaya kegemilangan islam akhirnya hancur di tangan Amerika dan yang amat menyedihkan adalah umat islam sendiri tertipu dengan cerita syorga palsu yang di bawa oleh Dajjal dan Yajud dan Ma’juj sehingga mereka sanggup membantu mereka memusnahkan Islam itu sendiri.

Negara-negara Islam seperti Iran, Syria, Pakistan dan Malaysia mungkin tidak akan terlepas dari penaklukan atau kemusnahan yang di bawa oleh Ya’juj dan Ma’juj serta Dajjal ini, cuma menunggu masanya dan gilirannya sahaja. Jadi sebagai peringatan untuk kaum ku, sedarilah dan berhati-hatilah, mungkin musuh kita telah terlalu hampir di seberang tembok sana.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online