Isnin, 25 Ogos 2008

PUISI UNTUK PKR

Kerajaan BN cuba diguling
Tak ada bukti tomahan dibaling
Menipu rakyat agar berpaling
Terlupa kisah belakang pusing
Sumpah Siful, Nuar tercabut taring
Perkataannya ashik berpusing-pusing
Rakyat Pematang Pauh semakin pening
Mak Cik, Pak Cik dah terbau haring
Bawa pula GUS DOR dan rakyat asing
Bagi menutup onar yang hacing
Tapi dah otak seligat gasing
Terjerat, boleh lagi koner baring
Pandai agama diheret macam kambing
Di pentas PKR terseyum sumbing
Tapi Si Nuar tetap mengeluh runsing
Rakannya PAS mula nak pusing
Al kisah 60 juta telinga berdesing
Penyokongnya ramai dah berpaling
Terlalu memikir, Nuar naik kering
PKR dajal tiada tolok banding
Suka menguna taktik samsing
Melihat UMNO lengan disinsing
Debik-mendebik bukannya asing
Raba-meraba, baling-membaling
Dosa pahala tak ambil pusing
Baju Puteri rabak bagai digunting
Ceroboh bilek gerakan ibarat maling
Bagi mengeruh malam yang hening
Mendoakan Puteri jatuh berguling
Bukankah itu, perangai sekawan anjing
Tapi don’t worry, ramai kantoi masuk jarring
Pematang Pauh, siapakah si pakar pusing
Apa macam, kita kasi goreng garing-garing
Pastikan berkubornya parti Si Mat Kencing

Selasa, 19 Ogos 2008

SUARA HATI MELAYU

Dengarlah suara hati ni
Saiful anak muda berani
Tapi aku nak puisi lain hari ni
Wahai melayu tak kira parti
Pemimpin nak pergi
Biar aje pergi
Bukan sayang kat mereka ni
Tapi sayang bangsa ini
Bukan juga nak pilih-pilih parti
UMNO itu tiangseri
PAS tak matang lagi
PKR temberang berguni-guni
Kasilah peluang sekali lagi
UMNO rosak kita baiki
Tapi UMNO jangan berganti
UMNO jangan pula mati
Malaysia belum ready lagi
Spesifiknya Melayu belum jadi
Kalau UMNO pergi
Dan berganti-ganti
Hak Melayu tak kembali
Terkapai2 itu gerenti
Tak takut ke kena buli
Tak gerun ke kena uli
Kena tenyeh hari-hari
Harta kurang yang ada gigi
Akhirnya layu apalagi
Hilang itu dah pasti
Akhirnya tentu mati
Kena Talkinlah apa lagi
Nanti Cucu-cicit memaki-maki
Tok nenek jual diri
Tak pandai jaga negeri
Tak mahu pula berhati-hati
Tak kenal musuh tradisi
Entah apa tongongnya Melayu ni
Tak mahu nak faham-faham lagi
Kenapa susah sangat ni
Kenapa susah nak mengerti
Kenapa keras sangat hati
Ada saudara, pilih Si-Harbi
Besok kena gulai dalam kuali
Buat masak cili api
Masa tu terlambat nak menyesali
Tak Hilang Melayu Di Dunia ni
Amanat yang tak berguna lagi

PERASAAN HATI KU

Salam semua..

Tergerak juga hati kawan untuk mengulas sumpah laknat oleh saudara Saiful. Bukanlah tujuan kawan untuk menetukan siapa yang benar atau siapa bersalah. Tetapi tujuan adalah untuk mengambarkan perasaan dan kefahaman kawan terhadap perasaan saudara Saiful Buhari.

Semasa kawan ikuti siaran sumpah laknat tersebut, terasa meremang bulu roma ditubuh, terasa amat gerun dan gementar dihati. Barulah kawan dapat fahami akan pepatah melayu berkata ‘Berat mata yang memandang, maka berat lagilah bahu yang memikul’ Kerana kawan beranggapan tentu beliau terpaksa mengumpul segenap tenaga yang ada untuk menenangkan gegaran jiwa yang gementar serta ditambah berat lagi dengan aib yang terpaksa ditanggung disaksikan seluruh rakyat Malaysia.

Maka justeru itu, dapatlah kawan fahami bahawa bukannya mudah untuk kita hamba yang kerdil membuat pengakuan bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Pencipta serta disaksikan berjuta.

Ketika itu terfikir juga bahawa kita sepatutnya menghargai keberanian anak muda yang berusia 23 tahun ini berjuang dan berusaha untuk membela nama baik dan maruah beliau serta keluarga dari cemuhan, kejian dan tomahan masyarakat sekeliling yang tidak langsung mengetahui akan kebenaran sesuatu.

Pada pandangan kawan apa yang diharungi oleh beliau ketika itu adalah seberat-berat perkara untuk dilaksanakan bagi saorang yang beragama Islam.

Jadi, usahlah kita bebani lagi anak muda ini dan keluarganya, usahlah kita seksa lagi beliau, usahlah kita berlaku zalim lagi kepada beliau.dan usahlah kita aibkan lagi beliau dengan kejian, cemuhan, makian, dan hamunan. Cukuplah, rentikanlah segalanya, kerana beliau dengan beraninya, dengan segala kemampuannya, dengan relanya berusaha membersihkan nama baik beliau dan keluarga.

Janganlah kita terus-menerus menekan beliau dan keluarga kerana sekiranya beliau di pihak yang benar maka fikirkan lah bertapa hebatnya dugaan hidup yang sedang ditempuhi dan cubalah kita selami hati beliau yang hancur-luluh menghadapi penginayaan yang amat berat dan aib untuk selamanya.

Tak perlu jugalah kita ungkitkan lagi prosedur melaksanakan sumpah laknat tersebut kerana tentu beliau telah mendapatkan segala keterangan serta nasihat secukupnya dari pakar-pakar agama yang ada.
Mungkin tersilap prosidurnya tetapi tidak silap kebenaran dan kesahihan bersumpahnya.

Had kita sekarang sebagai insan yang lemah tidak jua mengetahui kebenaran sesuatu adalah berserah sahaja kepada yang Maha Mengetahui bagi menetukan sebagai mana juga anak muda ini telah berserah kepadanya.

Wassalam…

Sabtu, 16 Ogos 2008

PUISI HIKAYAT SIGILA

Pematang Pauh, disitu pusaranya
Tempat berakhir hikayat SiGila
Penghujung jalan penamat cerita
Penamat riwayat para penderhaka

Tempat berkuburnya para pendusta
Terbunuh dek sumpah seorang pemuda
Hanya ketua-ketua enggan menerima
Hakikat sebenar yang telah nyata

Penyokong pula terpinga-pinga
Mulut telopong terganga-ganga
Terkedu sedih tertipu rasanya
Rupanya semua kebatilan jua

Perjuangan menjadi sia-sia belaka
Mengeluh hati, jiwa dan raga
Kekesalan amat tidak terhingga
Terkenang akan kesilapan mereka

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online