Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 29 Nov. -
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.
Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.
Baginya, pemimpin yang mengungkit perkara itu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.
''Selepas 8 Mac, kita berada dalam landskap politik yang baru dan semua tercari-cari macam mana nak posisikan diri dan perjuangan.
''Namun kalau letakkan diri dalam takuk lama seperti dalam keadaan pembangkang, maka akhirnya lebih baik mereka duduk dalam pembangkang,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.
Bagi Pemuda UMNO, katanya, sayap itu mengetahui dan memahami apakah sejarah dan kedudukan Perlembagaan negara.
Justeru menurut beliau, bukan cara Pemuda UMNO untuk menjadi relevan dengan mengungkit sesuatu perkara yang hanya boleh menyebabkan diri menjadi hero tetapi kemudian meletakkan rakan-rakan lain dalam situasi menjawab.
''Justeru kita selepas Mac ini mahu lakukan perubahan dengan mendengar apa yang menjadi kehendak ramai agar terus diterima semua dalam landskap politik yang baru.
''Saya yakin UMNO dan BN boleh lakukan tetapi nampaknya masih ada pemimpin yang belum lagi sedar bahawa mereka perlu berubah dengan melihat dalam konteks kaca mata baru,'' katanya.
Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada membangkitkan sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama.
Beliau berkata, rakyat telah mula muak dan penat dengan gelagat politik seperti itu yang lebih mencerminkan pandangan sesuatu individu itu sahaja.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat mahu pemimpin politik bekerja melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan setelah lapan bulan pilihan raya umum berlalu.
''Kita telah lalui pilihan raya dan orang nak lihat kita ke depan, laksanakan kerja kita. Kalau terbelenggu dalam isu seperti ini, bila kita nak buat kerja.
''Terbaru, orang yang meluahkan hal itu juga hanya membangkitkan sekarang, bukan dulu ketika berada dalam kerajaan, pegang jawatan Kabinet,'' tegasnya.
Sumber Utusan Online;
Penulis menyokong kenyataan DS Hissamuddin, penulis juga berpandangan isu-isu sensitif yang melibatkan sesitibiti kaum di Malaysia ni usahlah lagi di mainkan oleh mana-mana ahli politik demi kepentingan perkumpulan atau peribadi. Isu-isu sebegini impak risikonya amat besar kepada keharmonian bermasyrakat negara majmuk yang berbilang kaum dan agama ini. Perlembagaan yang gubal itu telah dipersetujui oleh semua kaum satu ketika dahulu, kenapa kini saban hari ianya kerap dipertikaikan. Oleh itu penulis berharap agar setiap warga Malaysia yang bertanggungjawab akan lebih berhati-hati dengan apa jua kenyataan sensitif yang melibatkan perlembagaan, kaum, agama dan adat-resam agar kita semua boleh menikmati keharmonian dan kedamaian bermasyarakat.
Ahad, 30 November 2008
KENYATAAN YANG SENSITIF
Posted by AbgTuah at 11:57 PG 10 comments
Sabtu, 29 November 2008
RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 29 NOV 2008
RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 29 NOV 2008
TAJUK UTAMA : RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.
Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :
1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.
2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.
3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.
4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.
5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.
6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.
7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.
Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha I BPN
Posted by AbgTuah at 9:46 PG 3 comments
Jumaat, 28 November 2008
Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi."Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini."Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini."Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT."Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman."Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'."Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba."Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.
Sumber Malaysiakini.
PAK LAH PERNAH MENJELASKAN.
Pak Lah explains meaning of ‘ketuanan Melayu’
By JANE RITIKOS and MANJIT KAUR
KUALA LUMPUR: The definition of ketuanan Melayu (Malay supremacy) is not about the Malays being in a position to dominate, rule over and force their power upon other races, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
He said Malay supremacy meant that the Malays, as the indigenous people in Malaysia, needed to strengthen themselves to ensure they were successful and developed.
Serious talk: Abdullah and Hishammuddin in deep discussion at the Umno supreme council meeting in Kuala Lumpur last night.
“If they are not successful and developed, then they are not tuan (masters), therefore they will be coolies. I am sure we do not want to become coolies who do not play any role in development because we are weak and not able.
“So when we talk about that (Malay supremacy), we mean we must be successful in many fields. It is never about ruling over others, or forcing our power upon them,” he told reporters after chairing the Umno supreme council meeting last night.
Abdullah, who is also Umno president, was asked about Malay supremacy being weakened due to Barisan Nasional’s losses in the general election and because the Malays were split between Umno, PKR and PAS.
He added that there were still matters related to the Malays that needed to be further improved and enhanced, although their successes were evident.
“We are not going to be a race that dominates others. We want to be a party that represents the Malays and that is ready to co-operate for the future of Malays and the people, as Malays will also succeed when all Malaysians are successful.
“That is Malay supremacy and I hope people will understand it,” he said.
On Datuk Seri Hishammuddin Hussein’s apology for wielding the keris (Malay dagger) at the party’s annual assembly that had upset non-Malays in the country, Abdullah said it was a brave act by the Youth chief.
“He wanted to put the issue to rest. I must say it is a brave move because he knows that many Malays might get angry with him.
“At least by his action, he has also made non-Malays understand about the function and position of the keris in Malay society. It would also no longer cause others to be frightened or worried.”
He said that Hishammuddin also wanted to clear the misunderstanding with the other component parties.
“We must acknowledge that we are friends in Barisan. This is Umno’s assurance to the other component parties,” he said.
Sumber dari thestar online.
PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM PERNAH MEMBERIKAN PANDANGAN
KETUANAN MELAYU
“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….
Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”
(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006).
YAB TUN MAHATHIR JUGA PERNAH MEMBERKAN PENDAPAT;
Ketuanan Melayu
Saya terkejut kerana ada yang berkata saya tidak pun tahu adanya http://www.chedet.com/. Saya tahu walaupun website itu disediakan oleh orang yang cekap dalam usaha ini, tetapi mereka membuat atas arahan saya.
Saya tulis sendiri segala yang terdapat di dalam blog ini. Saya juga tulis sendiri semua ucapan dan rencana yang saya sampaikan. Saya tak dapat baca semua komen terhadap blog saya. Tetapi saya cuba.Saya realist yang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu.Tetapi kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah Melayu dijajah yang jadi "Tuan" dan yang dipanggil "Tuan" oleh orang Melayu sendiri ialah penjajah terutama British.
Kita boleh panggil diri kita "Tuan" tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita Tuan tidak bermakna.Dalam 50 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya.Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial juga. Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran dizaman teknologi tinggi. Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini. Kita lebih suka cari jalan mudah. Biar sahaja orang bekal segala-galanya kepada kita.Hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Dan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu. Segala-gala yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu disoal dan dicabar. Dan orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu. Tetapi ini adalah usaha "passing the buck" kata Mat Salleh, termasuk alasan bahawa semua ini adalah kerana Dr Mahathir yang memerintah 22 tahun dan pilih Dato' Seri Abdullah sebagai penggantinya.Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu. Kita tidak jadi "Tuan" dengan mengungkit sejarah semata-mata. Kita boleh jadi "Tuan" jika kita berani bertindak, kita sanggup menghadapi risiko, kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.Penafian hakikat yang nyata dan benar tidak akan menghasilkan apa-apa. Hanya dengan mengakui kita mempunyai masalah yang besar dan kita bertindak untuk mengatasi masalah itu barulah dapat kita tebus balik maruah kita.Ketika itu tanpa memanggil diri kita "Tuan" dunia akan iktiraf kita sebagai Tuan yang sebenar.
Petikan dari
http://www.chedet.com/
Penulis berpendapat,
Ketuanan Melayu adalah satu ungkapan yang perlu di rujuk kepada faktor sejarah. Ungkapan itu telah pun ujud dan berasal nun jauh dari sorotan susuran sejarah Melayu sebelum merdeka iaitu semasa bermulanya zaman ketuanan melayu iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan lain-lain Kesultanan Melayu di Semenanjung Melayu semasa itu.
Ya, ungkapan keramat zaman-berzaman inilah yang menjadi panahan berbisa kepada telinga-telinga bukan melayu sejak sedari awal kemerdekaan dahulu, walau pun pada hakikatnya mereka begitu faham dan mengerti bahawa sebenarnya hak-hak dan taraf kerakyatan Malaysia adalah sama untuk semua bangsa. Pada pengetahuan penulis bangsa Melayu tidak pernah pula mengajar anak-anak mereka bahawa melayu tuan kepada bangsa lain, kerana bangsa melayu amat memahami madsud ungkapan Ketuanan Melayu tersebut bukan bermadsud hubungan diantara TUAN dan HAMBA.
Penulis beranggapan yang kerap dipertikaikan itu hanyalah pemerintahan negara yang diterajui oleh orang berbangsa melayu dan sedikit keistimewaan bangsa melayu yang mungkin sering dikaitkan dengan Ketuanan Melayu. Penulis keliru juga, bagaimana pula dengan keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Cina dan India bagi mengekalkan Sekolah Aliran Kebangsaan mereka agar bahasa ibunda mereka boleh dikekalkan. Jadi apakah dengan pemerintahan yang diterajui orang melayu dan sedikit keistimewaan yang diberikan kepada Melayu itu telah membuat melayu berhak menjadi tuan kepada bangsa lain. Oleh itu bukankan adil juga kita panggil bangsa bukan melayu juga tuan kepada Melayu kerana keistimewaan juga diberikan kepada mereka iaitu memberikan laluan kepada bukan melayu untuk menjadi sebahagian dari pemerintah dan membenarkan mereka mengekalkan bahasa dan adat resam budaya warisan bangsa mereka.
Siapa itu Tuan, ya sedarlah, fahamlah, sebenarnya kita semua juga adalah tuan kepada negara ini dan jangan sesekali pula kita lupa bahawa RAJA-RAJA MELAYU keturunan dari kesultanan melayu zaman dahululah yang menjadi ketua kepada TUAN-TUAN semua.
Oleh itu, tanpa mengira siapa kita sama ada kita Melayu, Cina, India atau lain-lain selagi kita masih digelar rakyat Malaysia maka berbanggalah bahawa kita juga adalah tuan kepada negara ini. Akuilah wahai TUAN-TUAN, kita adalah BANGSA MALAYSIA, dan selagi kita tidak dapat bertolak-ansur antara satu sama lain, sering cemburu-mencemburui, tikai mempertikaikan, maka wawasan murni tersebut mungkin tidak akan tercapai.
Posted by AbgTuah at 9:47 PTG 7 comments
SIAPA KATA TAK UNTUNG!!
Keputusan kewangan itu merupakan keuntungan Proton untuk lima suku berturut-berturut, bermula suku kedua 2007.
Bagi suku kedua, pembuat kereta nasional itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57 juta berbanding RM59 juta pada suku sebelumnya. - Utusan
Posted by AbgTuah at 12:29 PG 7 comments
Khamis, 27 November 2008
Tajuk: NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia
LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYABLOGGER PEMBELA NEGARA
NO 4/08
BERTARIKH 26 NOV 9 – 11:40 MALAM
Tajuk: NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia
Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..
Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.
Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama.
Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.
Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.Laporan disediakan oleh,
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Posted by AbgTuah at 9:29 PG 4 comments
Rabu, 26 November 2008
ANWAR: TIADA LARANGAN JUALAN ARAK DI S'GOR
Anwar: Tiada larangan jualan alkohol di S'gor
Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri, katanya kepada pemberita di Parlimen.Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT)."Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.Tetapi, katanya, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.Menurut Anwar lagi, beliau tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.Exco negeri bincangBagaimanapun, beliau menambah, sebagai sebuah negara yang demokratik, mesti ada ruang untuk membuat cadangan dan perbincangan."Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah," katanya.Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol".Akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini menyiarkan di muka depan laporan bahawa PAS Selangor bimbang dengan keadaan sekarang di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai.Dimaklumkan bahawa majlis-majlis perbandaran akan diberi tugas - selepas mendapat kelulusan majlis tersebut - untuk mengenakan larangan penjualan alkohol di kawasan masing-masing.Menteri Besar Selangor yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pemberita di Parlimen bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.
Sumber malaysiakini.
Penulis heran dengan PAIh ni, semua buat setengah jalan, isu Dasar Perumahan Baru di Kedah setengah jalan dan isu arak di Selangor pula hanya kedengaran laungan yang kuat. Dulu sebelum memerintah bukan main lagi ye, melaung menjerit sekuat-kuatnya mengutuk dasar-dasar kerajaan. Wahh! Kalau sekali perhati tampaknya hebat, bukan main handelnya. Sekarang kenapa bila nak melaung, nak menjerit tetiba kena sergah sikit aje terus terdiam membisu seribu bahasa, atau saja nak test kekuatan suara aje. Mana!, ya, mana perginya singa-singa juang PAIh yang sebelum memerintah dulu tertonjol-tonjol kehebatan mereka, meluap-luap semangat keberanian mereka, terserlah-serlah kewibawaan mereka, konon-kenennya nampak seolah-olah keturunan Panglima Islam. Tugas dah selesai ke? Niii, lain kali kalau nak buat, lakukan bersungguhlah, baru orang RASPEK. Oh ya, hampir terlupa pulak, katanya nak jadikan Negeri mana entah sebagai ‘BELANDA MALAYSIA’, belum mula projek ke atau masih tak jumpa lagi benih-benih Terung Belanda yang sesuai?
Posted by AbgTuah at 8:41 PTG 1 comments
ISLAM DAN YOGA
Umat Islam di serata dunia menjadi sasaran oleh golongan-golongan tertentu untuk melemahkan akidah orang-orang Islam dengan berbagai-bagai bentuk dan cara.Kita sebagai Umat Islam akhir zaman ini perlu, sentiasa berwaspada kepada unsur agama lain yang secara langgsung atau pun halus cuba menyadurkan kepercayaan agama mereka kedalam Agama yang suci dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Melalui Islam Allah s.w.t. telah mencukupkan dan merahmati agama Islam bagi umat Islam untuk sepanjang zaman. Apabila kita sebagai umat Islam mengetahui atau pun diberitahu bahawa amalan agama lain telah disadurkan dalam amalan seharian ; kita masih degil dan memberi banyak alasan untuk terus mengamalkan amalan-amalan itu yang akan melemahkan akidah Islam itu sendiri dan juga Iman seseorang.Dengan cara yang tak sengaja ini juga,kita cuba memberi pengiktirafan untuk agama lain , selain dari Islam.Implikasinya pengiktirafan ini juga seperti kita mengakui kewujudan tuhan agama mereka dan kepercayaan agama mereka. Andainya umat Islam membaca dan memahami Surah Al-Kafirun didalam Al-Quran itu dan Surah Ali’Imran Ayat 28 dan Ayat 144 dan Surah Al Nissa akan memahami kenapa Majlis Fatwa Negara telah membuat kesimpulan untuk mengharamkan YOGA.Pengharaman YOGA ini bukan saja diharamkan di negera kita tetapi ia telah diharamkan oleh Mufti Besar Negara Mesir ,Shiekh Ali Gomaa sejak tahun 2004 lagi.Majlis Islam Singapura (MUIS) juga telah pun keputusan yang sama mengharamkan YOGA untuk orang Islam di Singapura.
Sebenarnya apa yang dikatakan YOGA?.Yoga ini sebenarnya bermakna “Penyatuan”.Yang persoalannya ialah Penyatuan itu dengan apa?.Banyak persoalan akan ditimbul dalam penyatuan ini kalau didebatkan.Perihal YOGA ini banyak sekali dikupaskan dalam kitab-kitab Hindu Sahaja seperti Vedas dan juga BhagavadGita.Bukankah kedua kitab itu ,Suci bagi penganut beragama Hindu!.Jadi bukankah Amalan itu sangkut paut dengan keagamaan Hindu.Orang melakukan YOGA ini biasanya dipanggil YOGI untuk laki-laki dan YOGINI untuk kaum perempuan.Yoga ini mempunyai beberapa peringkat dan struktur seperti Raja Yoga,Karma Yoga,Jnana Yoga,Bakhti Yoga,Hatha Yoga.Tetapi yang paling popular yang diamalkan oleh majoriti golongan bukan beragama Hindu ialah Hatha Yoga dan Asanas.’Hatha yoga’ adalah cara pengawalan pernafasan dan ‘Asanas Yoga’ adalah tata cara pembentukan latihan fizikal untuk tubuh badan.
Perkembangan pembelajaran Tasauf Islam di Timur Tengah telah banyak mempengaruhi pelatih-pelatih Yoga India Muslim di India.Dalam catatan buku yoga ‘AMritakunda’ (Kolam Madu) mereka telah mencantumkan Yoga Asana (Pembentukan fizikal tubuh badan) dan Yoga kawalan pernafasan Hatha Yoga dengan panggil ‘Pranayama’. Catatan ini telah dialih bahasakan dalam Bahasa Arab dan Persia oleh orang-orang Islam di India.Inilah kekeliruan yang telah berlaku memperlihatkan Yoga ini seperti telah diterima oleh Agama Islam dan mereka pertikaikan sandaran pada Kitab-kitab yang Berbahasa Arab dab juga Parsi.Ia adalah Seperti sesetengah adat-adat beragama Hindu yang di Islamasikan.Seperti adat bersanding,berinai dan kenduri Arwah dan jampi Serapah yang menggunakan Selawat ke atas Nabi dan Zikirullah pada awal jampi dan juga di akhir jampi untuk menghalalkan kegunaannya jampi mengikut Islam kononya..
Bagi orang Islam,Salat adalah lebih baik dari Yoga yang sempurna.
a) Berdiri (tegak) atau ‘Qiyam’ seperti Ta’Dasana dalam Yoga .Ta’Dasana adalah asas dalam kesemua pergerakan dalam “Asanas Yoga”.
b) Ruku’ dan Duduk diantara dua sujud juga lebih baik dari ‘Asana Yoga’.
c)Sujud itu persamaan dengan ‘Sarvangasana dan Sirsasana’.
Allah telah cukupkan Islam dan telah merahmati Agama Islam ini untuk Umatnya.Hadis telah dicukupkan untuk membimbing kita umat Islam sepanjang zaman.kenikmatan Salat tak ada kenikmatan bandingannya.Salat juga memperolehi ganjaran dari Allah dan ia adalah ubat yang mujarab untuk Zahir dan Batin seseeorang Insan. Salat Wajib,solat sunat,Puasa dan Zikir dan banyak lagi anugerah yang telah diberi oleh Allah untuk umat Islam.Kenapa Orang Islam masih meraba dalam kegelapan lagi?.Hindarkan dan berhentikan segera apa jua amalan atau kepercayaan agama lain yang mula merebak dalam masyarakat Islam.Wassalam.
Posted by Mohammad Roslan at 7:03 PTG 1 comments
LAPORAN III SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA
LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA 4/2008bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.
Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN ) semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama. Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber…Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :
1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.
2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.
3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..
4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.
5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…
6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..
7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..
8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..
9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/
10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.
Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.
Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Sekian.
Laporan disediakan olehPanglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Posted by AbgTuah at 8:09 PG 7 comments
Selasa, 25 November 2008
'PANAS' DIDALAM NEGARA HINGGA KELUAR NEGARA
Dr Hassan 'panas', gugur 2 pemimpin
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas. Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.
Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama. Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.
Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.
Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.
"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.
Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.
Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu."Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber.
Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu.
Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.
Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.Beliau bagaimanapun enggan memperincikan perbezaan-perbezaan itu seperti disebut oleh sumber-sumber.
Perbezaan itu, katanya, bermula sejak pilihanraya umum Mac lagi apabila PAS bersama PKR dan DAP kali pertama berjaya menawan Selangor.
Khalid menambah, pelantikan Roslan dan Dr Che Rosli yang "lebih serasi" dengan Dr Hassan bertujuan membolehkan pesuruhjaya itu menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.
Tambahnya, atas kapasitinya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam, beliau akan terus menegur kepemimpinan negeri jika wujud kesalahan walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya II.
Menurutnya lagi, Saari sebagai wakil rakyat PAS masih boleh menghadiri mesyuarat badan perhubungan negeri, cuma tidak boleh terlibat membuat keputusan atau mengundi.Badan itu mempunyai 63 ahli (termasuk enam anggota dilantik), melibatkan pemimpin tertinggi di peringkat negeri, wakil Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan ketua serta setiausaha PAS kawasan-kawasan.
Khalid yang hadir pada mesyuarat Dewan Harian dan badan perhubungan minggu lalu tidak menentang keputusan Dr Hassan yang, menurut ahli parlimen itu, mendapat sokongan majoriti badan perhubungan PAS negeri.
Saari (foto kiri) ketika dihubungi enggan mengulas pengguguran beliau daripada badan perhubungan negeri.
Sementara itu, Roslan yang juga yang dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti.
Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu.
Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan "perkara biasa" dan diamalkan di pelbagai negeri."Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.
Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.
Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.
Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan ketua penerangan PAS Selangir sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu sewaktu pilihanraya umum Mac lalu.
"Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) timbalan pesuruhjaya PAS Perlis," katanya.
Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.
Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.
Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.
Beliau mendakwa Khalid dan Saari berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.
Selain pemimpin kawasan Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.
Sumber Malaysiakini.
Pandangan penulis, bukan senang duduk diatas, dulu semasa belum memerintah macam-macam cemuhan yg dilempar terhadap kerajaan, ha! sekarang apamacam PANAS ke??
Posted by AbgTuah at 3:37 PTG 4 comments
TAJUK UTAMA : RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang. Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam dinegara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.
Dicatit oleh Che Moq
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Penulis menyeru agar ramai lagi blogger2 positif masuk menyertai BPN.
Posted by AbgTuah at 11:11 PG 3 comments
Isnin, 24 November 2008
BAHTERA MELAYU
Bahtera Melayu yang pernah gagah
Di lautan samudera belayar megah
Besar teguh tak dapat dikalah
Dilanggar melanggar semuanya patah
Ribut taufan tak jadi masalah
Nahoda bijak mencari arah
Kelasi hebat, menurut perintah
Dalam bahtera pantang berbalah
Di setiap benua bahtera singgah
Bahtera disambut dengan meriah
Warga bahtera terpuji ramah
Barang dagangan laris dipunggah
Bahtera jangan di turuni kifarah
Saranan agama, jangan tak kisah
Usah berebut harta berpecah belah
Nakhoda dan kelasi kenalah beralah
Lanun kian menunjuk gagah
Bahtera melayu dibenci disumpah
Bahtera berjasa dianggap sampah
Nahoda budiman di anggap lemah
Wahai bahtera yg pernah gagah
Terus belayar jangan mengalah
Nahoda jangan kehilangan arah
Hadapi badai dugaan dengan tabah.
Posted by AbgTuah at 3:49 PTG 4 comments
RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK
RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK
Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :
“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.
Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )http://waadat.blogspot.com/
Posted by AbgTuah at 12:54 PTG 8 comments
Ahad, 23 November 2008
ANGKASAWAN NEGARA JADI JUTAWAN DARI CERAMAHNYA?
Posted by Mohammad Roslan at 6:05 PTG 3 comments
Sabtu, 22 November 2008
PIRATE SAY "NO ISA!!"
Malaysiakini - Nov 21, 08 5:38pm
Polis menolak permohonan mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah umum di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ahad ini kerana ia diadakan di tempat terbuka.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata ceramah terbuka "Mansuhkan ISA" itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar, lapor Bernama.Katanya, permohonan bagi mengadakan ceramah umum itu dibuat oleh setiausaha Dewan Pemuda PAS Pandan, Nik Mohd Rasyid Nik Mohd Yusoff pada 17 Nov lepas."Kita telah berjumpa dan berbincang dengan penganjur pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan telah menasihatkan mereka supaya ceramah tersebut diadakan di dewan-dewan tertutup MPAJ yang ada."Setelah kita kaji dan teliti permohonan tersebut dan juga aduan-aduan yang kita terima daripada orang ramai berhubung ceramah yang akan diadakan itu, kita mengambil keputusan untuk tidak meluluskan permohonan permit itu," Abd Jalil dipetik berkata. Beliau dilaporkan turut menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah di padang tersebut kerana tiada permit dikeluarkan dan akan menyalahi undang-undang."Jika ceramah tersebut akan terus diadakan di kawasan itu dan orang ramai terlibat dalam ceramah itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka," katanya.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan kempen tersebut yang akan berlangsung di Dataran MPAJ, Pandan Indah pada jam 9 malam.Kempen anjuran gabungan NGO dan parti pembangkang itu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut sebelum acara kemuncaknya dalam perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, Mac tahun depan.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang dijangka turut serta dalam majlis hujung minggu ini.
Pandangan penulis;
Posted by AbgTuah at 9:54 PG 7 comments
MALAYSIAN INDIAN LIVING WITH DIVERSITY?
The Malays have acquired the distinct impression over years that the Indians political and emotional link with India has remained in eradicably strong. In Malaya as the Indians emerged from world war II as a more permanent presence their credentials as Malayans were sullied by their wartime activities joined the Japanese Indian National Army and much supported India independence rather than the land where future going to be their Children homeland.After the war the Indians joined Chinese sponsored labour unions.This aroused further Malay suspicious that the Indians were becoming tools of the Chinese.The more conservative Indians who founded MIC did so to make common cause with the Malays and to distance their communities from the Malays commune struggle for Malaya Independence.As the results the Malays are regard the Indians as very much an immigrant group in Malaysia.
The Hindraf issue made more disheartened the present Malays .The Malays once again Sullied by the Indian's becoming again tools for the opposition parties.Indian community leaders must understand the rule of majority; as Mark Twain Said,"whenever you find that you are on the side of majority,it is time to to pause and reflect".The Indian leaders should remember "the shepherd always tries to persuade the sheep that their interests and his own are the same".Be a politician only thinks of the next election but as a statesman think of the next generation.
Posted by Mohammad Roslan at 2:25 PG 0 comments
Jumaat, 21 November 2008
TAPAK WARISAN DUNIA
Posted by AbgTuah at 8:45 PG 3 comments
Rabu, 19 November 2008
HOT!!!, PEMENANG TROFI EQUESTRIAN KATAK

Apa dah jadi dengan PM Mat Jenin kita ini?. Dari cerita dongeng MP dari semenanjung nak lompat parti kini beraleh MP Sarawak pula nak lompat parti!. Mana dia senarai MP yang nak lompat parti itu?. Anggan-angan dia ini tak habis-habis lagi yang ikut dia pula ramai yang menjalani rawatan pemulihan di Tanjung Rambutan agaknya!.
Pandangan penulis,
Cukup-cukup le tu Pak Nuar, lagi pun penyokong PKR dah tak kisah dah, PR nak perintah Malaysia atau tidak. Mereka dah jemu menunggu, bagai buah tak jatuh kate mereka. Sakit bebenor hati mereka tu, manakan tidak malunya tak tertanggung kerana sebelumnya dengan bangganya mereka terlepas kata dah sampai masanya PR memerintah, hekhekhek tapi sampai sekarang tak jadi-jadi. Sebenar-benarnya yang mereka tunggu adalah PRU 13, depa nak jolok habih pemimpin PKRs dan PAIh kasi jatuh macam macang musuk.
Posted by AbgTuah at 9:51 PTG 7 comments
Selasa, 18 November 2008
IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU
MAMAK PENANG
Posted by AbgTuah at 8:05 PTG 7 comments
JANGAN MEMULAKAN PERTELINGKAHAN DARI MESJID
Berikut adalah laporan dari sebuah akhbar.
KUANTAN 14 Nov. - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyiasat seorang imam di Kratong yang dipercayai menggunakan khutbah Jumaat untuk menghentam kerajaan.Beliau mendakwa kejadian itu berlaku di Masjid Keratong 4 apabila seorang imam yang dipercayai tidak bertauliah menggunakan khutbah Jumaat untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Salam,
Cerita fasal mesjid dan surau ni, kalau penulis pergi solat jumaat di mesjid yg imannya bertauliah, hati penulis sentiasa mendapat ketenangan. Cara penyampaian khutbah mengikuti tatacara yang baik. Iman amat berhemah dalam menyampaikan tek ucapan khutbah, iaitu secara lembut dan sopan dalam menyeru dan memberikan saranan. Tiada langsung unsur politik, tidak ujud unsur pro kepada kerajaan mau pun kontra kepada sesiapa. Penulis dapat banyak pengajaran dan munafaat dari kisah-kisah teladan sejarah islam, pengajaran hukum-hakam agama dan saranan-saranan semasa yang disampaikan.
Keadaan sebaliknya yang penulis dapati sekiranya iman solat jumaat itu terdiri dari mereka yang dipercayai tidak bertauliah atau yang terlalu taksub kepada politik kepartian. Kerap kali tek khutbah semacam diolah semula dan kadang-kadang mungkin langsung tidak mengikut teks yg disediakan. Daripada pengamatan penulis unsur-unsur politik kerapkali diselitkan didalam khubah-khutbah tersebut. Terdapat elemen-elemen negatif seperti memburukan, mencela dan lain-lain. Khutbah tersebut seolah-olah lebih menyeru umat bangun berperang dengan saudara seislam sendiri daripada mengajak kepada penyatuan dan kebaikan. Kerapkali selepas selesai bersolat jumaat di mesjid dengan iman seumpama itu hati penulis berasa tidak tenang, khuatir memikirkan kenapa yang hendak diperangi itu adalah umat islam sendiri.
Pandangan penulis mesjid janganlah dijadikan platform atau gelanggang berpolitik bagi tujuan menyampaikan dakyah atau propaganda. Secara khususnya, mesjid mestilah bersih dari segala elemen-elemen negative tersebut. Walaupun alasan yang diberikan adalah bagi menyatakan kebenaran tetapi keburukan dalam elemen negative yang disampaikan tersebut lebih banyak memberikan kemudaratan dari kebaikan.
Mesjid adalah tempat umum umat islam berhimpun bagi mengerjakan ibadat serta tempat bagi umat islam mendapat keberkatan dari ibadahnya, keberkatan dari penyatuan ummah dan keberkatan dari ilmu yang diperolehi. Kesucian mesjid perlu sentiasa dipelihara dari disalah gunakan oleh pihak yang tertentu yang mempunyai kecenderungan peribadi atau politik. Cukuplah segala segala tomahan, fitnah dan cercaan dihadkan di blog-blog dan akhbar parti politik. Kita hindarkannya dari menular masuk kedalam mesjid demi menjaga kesuciannya.
Justeru itu penulis berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang bersesuai bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Risiko gejala ini amat memudaratkan dan telah pun mengakibatkan perpecahan ummah yang serius.
Posted by AbgTuah at 8:31 PG 9 comments
Isnin, 17 November 2008
ISU DAN MASALAH PEMILIKAN RUMAH KAUM BUMIPUTERA.
Keputusan Kerajaan Negeri Kedah menaikan kuota pemilikan rumah Bumiputera dari 30 peratus kepada 50 peratus telah menimbulkan berbagai-bagai nostalgia dan reaksi di Negara ini. Sebenarnya banyak pihak keliru tentang 30 peratus untuk pembeli bumiputera ini. Malahan ramai pemaju juga kurang faham tentang mengenai Sistem kuota pemilikan rumah untuk Bumiputera. Kerajaan perlu menjelaskan kembali bahawa 30 peratus adalah kuota minimum, maknanya jika jumlah 30 peratus sudah habis dijual pemaju masih boleh menjual kepada bumiputera lagi. Keadaan ini tidak berlaku dan dipraktikan sesetengah pemaju menyebabkan pembeli bumiputera tidak melepasi 30 peratus pemilikan rumah dibandar-bandar!.
Dengan permintaan yang melampau seperti Naib Presiden MCA , dato'Liow Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan Syarat 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam GLC kini Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek dalam blognya mempersoalkan kuota kerajaan 30 peratus pemilikan rumah bumiputera amat mengecewakan kaum Bumiputera khasnya orang Melayu. Mereka yang mempersoalkan mengikut gendang pemaju perumahan yang memalukan gendang mendakwa peruntukan 30 peratus kuota ini menimbulkan imlikasi pertumbuhan ekonomi dalam bidang hartanah di negara ini dengan berkata menimbulkan masalah dan merugikan mereka kerana mendakwa ia tidak dibeli oleh kaum bumiputera. Kerajaan-kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan kajian dan siasatan perinci pertuduhan ini.
Mengikut Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Eddy Chen Lok Loi,masalah kegagalan menjual tanah lot bumiputera hanya berlaku di sesetengah tempat saja. Dan kes ini hanya melibatkan jenis perumahan tertentu sahaja seperti rumah pangsa atau pangsapuri. Menurut Chen, pembeli bumiputera lebih gemarkan kediaman yang mempunyai tanah dan masalah ini tida kaitan dengan harga kediaman.
Masalah dan Isu perumahan bumiputra di bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampung ke Bandar. Kebanyakan migrasi ini adalah kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga yang tinggi. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mengambil langkah kuota Lot Bumiputera. Peraturan yang dikenalkan ini, adalah bertujuan untuk mengimbangi pengagihan dan pemilikan hartanah, terutama kediaman diantara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Di bawah peraturan ini, pemaju hendaklah memperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah keseluruhan pembangunan untuk bumiputera dan harga ditawarkan hendaklah diberi diskaun diantara 5% hingga 15% dari jumlah kos.
Faktor dan Isu yang mempengaruhi kaum Bumiputera yang ingin memiliki rumah:
1. Harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu membeli.
2. Masalah mendapatkan pinjaman dan menyediakan wang deposit sebanyak 10 peratus.
3. Mengikut Presiden Persatuan Pembeli Rumah Malaysia Datk Zainuddin Bachik pihak pemaju mungkin menggunakan taktik pihak pemaju memberitahu pembeli bumiputera kononnya semua unit sudah dijual dan pada masa sama memberi alasan kepada kerajaan Negeri bahawa ia gagal menjual unit berkenaan pada kaum bumiputera dengan membolehkan mengaut keuntungan dijual pada bukan bumiputera pada harga penuh.
4. Ada juga kes-kes kita rasa terkejut" apakah benar unit rumah yang mereka mampu miliki dengan begitu cepat sudah habis dijual"?. Apakah taktik pemaju yang tamak hingga mengenepikan peranannya dalam memupuk perpaduan kaum dalam projek perumahan mereka sengaja diabaikan.
5. Malah ada lokasi sudah dikhaskan awal-awal lagi oleh pemaju untuk golongan bumiputera ia itu rumah diluar fattur Fengsui atas tanah. Menurut kepercayaan masyarakat Cina antaranya ialah rumah di persimpangan tiga, berhampiran logi Rawatan Najis atau dekat dengan Pencawang Letrik.
6. Kedudukan rumah dan Lokasi dalam Taman tidak strategik seperti kemudahan sekolah dan tempat kerja yang jauh.
7. Faktor majoriti kaum memberi kesan ke atas kaum Bumiputera.
Rumusan:
Desakan-desakan menghapuskan peruntukan khas Bumiputra dalam pemilikan rumah dibandar perlu diberhentikan segera. Permintaan -permintaan seperti ini boleh dianggap mencorotkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan negera. Kerajaaan-kerajaan Negeri perlu mengambil alih semua kuota rumah pemilikan bumiputera dan menjual pada kaum bumiputera dengan diskaun yang ditetapkan. Kerajaan negeri juga perlu memastikan kuota 30 peratus itu tidak hanya menempatkan penduduk bumiputera bandar di kawasan tercorot dan kurang maju. Sekiranya Isu dan Masalah Pemilikan rumah kaum Bumiputera ini tidak diselesaikan segera
KAUM BUMIPUTRA KHASNYA BANGSA MELAYU INI AKAN MENGALAMI NASIB SAMA SEPERTI BANGSA BUMIPUTRA "RED INDIAN" AMERIKA!.
Penulisan Mamak Penang.
Posted by AbgTuah at 7:54 PG 4 comments
Jumaat, 14 November 2008
BEWARE OF CAT SHIT !
Punyalah aku tersenyum apabila mendengar berita pukul 8 berkaitan dengan Dasar Baru Pemilikan Rumah orang Paih Kedah. Setelah dipujuk-pujuk, setelah didesak-desak, setelah dibincang-bincang maka akhirnya mengalah juga pejuang Melayu terakhir di dalam PAIh, tertewas sebelum mula berjuang ke!
Wahai pejuang, tekad tu kenalah betul-betul KEJAB dan PEJAL baru orang RESPEK.
Cihh, aku dah terpijak TAIK KUCING, tarik balik aku punya TABIK SPRING.
Posted by AbgTuah at 8:51 PTG 2 comments
Khamis, 13 November 2008
DEB ORANG PAIH.
Dasar baru pemilikan rumah di Kedah jadi isu ALOR STAR:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini jika tidak bersetuju dengan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus di semua projek perumahan.
"Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana... mana boleh saya tahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.
Beliau juga membidas tindakan pemimpin DAP dari luar Kedah yang campur tangan dalam isu itu sedangkan ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik dan parti Gerakan.
Bagaimanapun, akhbar melaporkan Gerakan dan DAP Kedah saling sokong-menyokong membantah dasar baru itu.
"Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita... Jangan sibuk hal orang lain," katanya.
Beliau mengulas ugutan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Kim, yang menyokong jika Lee mahu meninggalkan PR dan menjadi pembangkang di Kedah jika Kerajaan Pas Kedah meneruskan dasar itu.
Teng dilaporkan berkata, ahli CEC DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, juga bersetuju jika Lee mahu bertindak demikian.
Azizan berkata, tindakan ugut-mengugut itu tidak akan menguntungkan kerajaan PR.
"Kalau di Selangor dan Perak pula Pas ugut untuk keluar (PR), apa mereka akan kata.
"Saya tidak suka orang ugut saya. Janganlah ugut, biar Kedah selesaikan masalah kita sendiri," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai dasar itu untuk memberi penjelasan kepada semua pihak.
Azizan sebelum ini dilaporkan berkata dasar itu diperkenalkan untuk memastikan Bumiputera yang membentuk 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk Kedah tidak terpinggir daripada memiliki rumah mampu milik.
Sumber: Berita Harian On-line
Pendapat penulis tindakan MB Kedah adalah tindakan yang wajar, tegas dan berani untuk menaikan taraf hidup orang Melayu. Kawan amat menyokong keputusan tersebut. Beliau tidak akan rugi apa-apa sekiranya DAP keluar Pakatan Rakyat di Negeri Kedah. Sekali lagi TABIK SPRING untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Posted by AbgTuah at 4:43 PTG 4 comments
Rabu, 12 November 2008
BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA
Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat
IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.
Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.
‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.
‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.
Sumber: utusan on-line.
Hmmm, nak kawan buat pangilan kecemasan kepada Mulah Omar bagi membantu ke?
Posted by AbgTuah at 10:14 PG 9 comments
BENTERAS HABIS-HABISAN
Perak digesa batalkan lesen GRO asing .
Polis menggesa kerajaan Perak dan pihak berkuasa tempatan(PBT) membatal lesen pengusaha pusat hiburan yang menggunakan wanita-wanita asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Ketua polis negeri Datuk Zulkefli Abdullah berkata, cadangan itu berikutan pihaknya banyak menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suri rumah yang mengadu suami mereka sering menghabiskan wang dan masa di luar dengan mengunjungi premis-premis hiburan.
"Kita tidak boleh mengabaikan aduan yang dibuat oleh suri-suri rumahberkenaan kerana nanti dikatakan pihak polis tidak berbuat sesuatu tetapi saya berharap pihak PBT juga turut membantu menangani masalah ini," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan ketua polis Perak hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga September 2008 seramai 983 wanita warganegara asing telah ditahan dalam 305 serbuan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di premis berkenaan.
"Kebanyakan wanita pekerja asing itu, berasal dari China, Indonesia dan Vietnam, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menggunakan visa melancong untuk bekerja di premis berkenaan yang merupakan satu kesalahan.
"Saya berharap kerajaan negeri atau PBT dapat membatalkan premis-premis terbabit yang dikesan sering mengambil pekerja asing tanpa sebarang dokumen bekerja di premis mereka kerana ia turut menggalakkan perbuatan maksiat," katanya.
Zulkefli juga meminta syarat lebih ketat diletakkan bagi permohonan lesen itu memandangkan ada bilik-bilik khas atau tempat persembunyian GRO terbabit ketika pihak polis menjalankan operasi di pusat-pusat hiburan berkenaan.
Sumber: malaysiakini.
Penulis berpendapat Kerajaan Negeri Perak sepatutnya bertakwa serta bersungguh dalam usaha membenteras kegiatan maksiat seperti ini atau yang seumpama bagi menjaga imej Kerajaan Islam yang di uar-uarkan selama ini.
Posted by AbgTuah at 8:30 PG 0 comments
Selasa, 11 November 2008
RASUAH DARI KACA MATA MAMAK
Keikhlasan kerajaan harus dipuji dengan PAC tersebut. Sikap kerajaan sentiasa terbuka dengan pembangkang. Cuma pembangkang tiada sikap terbuka pada kerajaan..inilah masalah pembangkang di Negara ini. Apa jua kemajuan terbantut...yang amat menyedihkan ialah tiada seorang pun mengambil kisah tentang keselamatan anggota TUDM dan keluarganya yang terpaksa melalui lagi mimpi buruk setiap kali heli Nuri membuat penerbangan di udara!. Bayangkanlah bagaimana perasaan anda yang bawa kenderaan tiba-tiba brek kenderaan ada tiada berfungsi?. Begitu jualah keadaan anggota TUDM sekarang!. Satu ketika Heli Nuri dikatakan tak selamat digunakan tapi kerana birokrasi politik ia masih digunakan. Nasib Angkatan Tentera Malaysia selalunya bergantung pada keputusan reotrik ahli politik!. Keputusan-keputusan kerap kali digantung atau perkaaan yang lebih suka digunakan KIV dulu!.
Tentang rasuah ini di mana-mana didunia ada. Dinegara-negara maju mereka merasuah negara miskin untuk mereka sentiasa dalam era maju!. Di negara-negara membangun mereka sentiasa menerima rasuah untuk majukan diri mereka. Di Negara miskin mereka menerima rasuah untuk diri mereka dan juga untuk kelurga mereka. Rasuah di mana-mana bukan di kerajaan sahaja di sektor swasta lagi teruk...dari orang jaga pintu pagar hingga kedalam pejabat pengarah sentiasa ada rasuah!. Tentang pembelian senjata...lagi teruk cara pelobi-pelobi penjual senjata buat kerja. Parti pembangkang cuma tak dapat kadangkala mereka cemburu juga!. Tak akan bekas Menteri kewangan Malaysia dan yang digelar terbaik didunia (itu mat salleh kata ..orang penang pulak kata hapraak punya menteri!) yang menjadi ketua pembangkang tak terima kot!. Ini no.ekor punya duit pun kebas!tak akan tak rasa habuan kot?. Nak cerita pasai saham-saham free untuk wakil umno yang disogok untuk mengalahkan TGB tak akan dah lupa kot?. Mana dapat duit nak sogok lompat parti itu bukan rasuah kot?. Masa pilihanraya Permatang Pauh sogok tak akan perbuatan itu nak panggil rasuah...itu bukan rasuah...itu pemberian ikhlas dari bangau obama kot?.Jadi rasuah berada dimana-mana negara didunia. LKS nak bendung konon...Pas nak bendung konon..anwar nak bendung konon!.Tentang rasuah ini negara menteri-menteri negara maju lagi teruk!.
Sapa tak tahu cerita syarikat Lockheed dalam tahun -70an itu. Apabila lingkup syarikat penjual senjata termasuk kapal-kapal terbang awam dan pejuang F-104 starfighter lagi kecoh di merata dunia kerana skandal rasuah yang amat besar dan mengegarkan negara - negara maju seperti German Barat, Belanda, Italy dan juga Jepun. Sehingga bekas PM Negara Jepun Kakuei Tanaka didapai bersalah menerima rasuah dari pendedahan Pelobi Lockheed Earnest Houser pada dewan Senate Amerika sebab-sebab syarikat muflis!. Dengan itu selepas pendedahan PAC ini janganah tunjuk hero kononya ketua-ketua parti pembangkanglah orang yang paling jujur didunia!!!.
Mamak juga bukan mengatakan rasuah itu perkara biasa dan tak perlu ambil tindakan..tapi benci memainkan cuma isu ini tanpa bukti dan tanpa memikirkan keselamatan negara dan juga anggota TUDM adalah lebih-lebih macam nasi tambah!. Kerajaan yang memerintah ini bukan pandang ringan tentang amalan rasuah.
Punca Berlakunya Rasuah;
1. Kelemahan peribadi seperti kurang Iman dan Taqwa. Seseorang bukan tak tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan juga Undang-undang negara tetapi dilakukan dengan seribu satu alasan. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah.
2. Kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi. Pengurusan yang kurang penyeliaan, tiada pemantauan, lebab dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya dalam gejala rasuah!
Soalan Lazim "Apa kerajaan UMNO buat selama 50 tahun untuk membenteras rasuah?.
Jawapanya:
1. Menerapkan Nilai-nilai Islam di kalangan kakitangan pentadbiran kerajaan. Dengan ini dapat memantapkan Iman dan Jati diri.
2. Memasukan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan negara. Dengan mendedahkan gejala rasuah dan kesan terhadap negara pada golongan muda dari awal bangku sekolah lagi.
3. Meningkatkan penguatkuasaan Undang-undang dan juga hukuman yang lebih berat!.4. Memudahkan urusan kerajaan dengan menggunakan ICT.
Wassalam
Penulisan Mamak Penang.
Posted by AbgTuah at 6:48 PTG 1 comments
Isnin, 10 November 2008
NASIHAT APAINGELAI KEPADA UMNO.
Salam,Permasalahan rasuah memang sudah sinonim dengan mana-mana kalangan ahli politik dalam menentukan sesuatu keputusan memihak kepada mereka. Amat sukar kita hendak membendung perbuatan ini jika tidak dibasmi dari peringkat akar umbi.
Posted by AbgTuah at 10:55 PTG 0 comments
Jumaat, 7 November 2008
MASIH TAK CAYA LAGI KA??

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Pengerusi ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid (BN – UMNO)
Naib Pengerusi ialah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (DAP)
Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin MohamedAhli bagi kawasan Pulai (BN-UMNO)
Yang Berhormat Puan Tan Ah EngAhli bagi kawasan Gelang Patah (BN-MCA)
Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin SamuriAhli bagi kawasan Ledang (BN-UMNO)
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@WilfredAhli bagi kawasan Tuaran (BN-UPKO)
Yang Berhormat Tuan Liang Teck MengAhli bagi kawasan Simpang Renggam (BN-GERAKAN)
Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta LinggiAhli bagi kawasan Kapit (BN-PRS)
Yang Berhormat Tuan Lee Chee LeongAhli bagi kawasan Kampar (BN-MCA)
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji DahlanAhli bagi kawasan Kota Belud (BN-UMNO)
Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin AbbasAhli bagi kawasan Teluk Kemang (PKR)
Yang Berhormat Tuan William Leong Jee KeenAhli bagi kawasan Selayang (PKR)
Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin JaffarAhli bagi kawasan Tumpat (PAS)
Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam WeeAhli bagi kawasan Petaling Jaya Utara (DAP)
Sumber: pemudaenggang@wordpress.com
Penulis berpendapat, dengan begitu ramai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yg di ambil dari kalangan berbagai parti sudah tentu keputusan PAC tidak perlu dipertikaikan lagi.
Wahai pihak pembangkang, terima ajelah keputusan tersebut dan renti-rentikanlah, usah lagi dipertikai lagi integriti dan kredibiliti Kerajaan, dah muak dengar!!.
Posted by AbgTuah at 9:36 PG 2 comments
NASIHAT MAMAK HAJI
Salam
Yang paling penting ialah Orang Melayu perlukan minda yang ingin berdaya maju. Mamak fikir apabila negara ini maju tanpa minda orang Melayu maju tentu orang Melayu akan ketinggalan di tanah mereka sendiri. Apabila ini berlaku, orang Melayu akan kecewa bukan kerana sikap mereka tapi dengan UMNO. Kerana selalunya modal pihak pembangkang ialah "apa telah UMNO buat selama 50 tahun memerintah untuk Melayu!. Tapi tak pernah pulak tanya apa orang Melayu buat untuk negara ini selama 50 tahun?. Selain dari menuntut subsidi kerajaan dan hak Istimewa tender dan lesen kemudian diAli Babakan!. llusi parti PAS nak buat kerajaan Islam dan baru negara ini maju...! lagi sakitkan minda Melayu!. Megahlah kaum parti pembangkang dengan kerajaan ini yang tak pernah melutut kat Amerika seperti banyak negara-negara Islam yang lain didunia ini yang mempunyai hampir rakyatnya 98% Islam berjanggut dan pakai jubah!!!. Apa yang hampa parti PAS boleh buat...cuma mintak duit kerajaan pusat, kalau tak bagi... mau potong kayu balak!. Tak ingat lagi ke satu masa dulu...nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun tak ada duit masa raya haji!. Keadaan akan berulang!. Memerintah negara bukan macam khutbah berapi kat Mesjid!. Ini baru tak sampai 1 tahun memerintah nak bagi post tinggi kat bukan Melayu kalau 10 tahun memerintah lingkup Melayu!.Yang sedih satu pihak ingin kuatkan mental Melayu yang satu pihak pulak nak lingkupkan Melayu.
Bapak Mamak dulu suka cerita kisah Nabi-Nabi waktu kami kecil dahulu. Mamak masih ingat kisah sahabat Nabi yang tinggalkan Unta kenaikannya diluar Mesjid tanpa mengikat. Dan Nabi menegur sahabatnya dengan bertanya "kenapa kamu tinggalkan Unta kamu tanpa mengikat terlebih dahulu sebelum memasuki mesjid?". Sahabat Nabi jawab "Allah akan membantu menjaganya". Dan Nabi berkata "kamu pergilah mengikat dulu unta kamu selepas itu barulah kamu doa pada Allah supaya allah membantu menjaga unta kamu itu". Dengan ini kita sebagai hamba Allah perlu melakukan kewajipan kita selepas laksanakan kewajipan kita , barulah memohon pada Allah!. Menyerahkan bulat-bulat pada Allah tanpa berusaha adalah kerja orang malas dan balaq....Wassalam.
Sumber: Mamak Haji.
Posted by AbgTuah at 9:33 PG 0 comments








